Kenapa cuaca panas sekarang? Malaysia merupakan sebuah negara dengan iklim tropika, dan melindungi kulit anda daripada sinaran Ultraviolet (UV) yang berbahaya bukan sahaja dinasihatkan malah amat penting untuk mengekalkan kesihatan kulit untuk jangka masa panjang. Lebih membimbangkan, kajian baru-baru ini mendedahkan bahawa hampir separuh daripada rakyat Malaysia tidak menggunakan pelindung matahari (sunscreen) dengan kerap dan ini boleh mendedahkan mereka kepada risiko kepada pelbagai masalah kulit seperti kulit terbakar, penuaan kulit pramatang (kulit menua sebelum usia sebenar) serta kanser kulit akibat cuaca panas Malaysia.
Jabatan Registri Kanser Kebangsaan (NCR) melaporkan terdapat peningkatan kadar insiden kanser kulit dan ini menunjukkan keperluan penting untuk menyebarkan lebih kesedaran dan langkah pencegahan yang lebih baik untuk menangani masalah ini.
Dr Nur Ashikin Ahmad, Pakar Perunding Dermatologi daripada Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV) berkongsi bahawa pelindung matahari harus menjadi sebahagian penting dalam rutin harian setiap individu tanpa mengira sama ada mereka berada di luar atau di dalam rumah, terutamanya dalam cuaca panas Malaysia.
“Sinar UVA boleh menembusi tingkap lalu menembus ke dalam kulit, menyumbang kepada penuaan kulit pramatang dan pigmentasi,” jelasnya.
Selain UVA, sinaran UV juga termasuk sinaran UVB dan UVC. Walaupun sinaran UVC sebahagian besarnya ditapis oleh lapisan ozon, sinaran UVB kekal menjadi kebimbangan kerana ia merupakan punca utama masalah kulit terbakar dan kanser kulit berlaku.
Selain itu, Dr Nur Ashikin juga berkongsi mengenai bahaya blue light daripada peranti digital, yang mana kajian mengatakan bahawa cahaya dari cuaca panas Malaysia ini boleh menembusi lebih dalam ke kulit berbanding sinaran UVB, seterusnya mempercepatkan penuaan kulit.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.
Memahami peranan SPF dalam cuaca panas Malaysia
Salah satu cara paling berkesan untuk melindungi diri anda daripada sinaran UV yang berbahaya ialah dengan menggunakan pelindung matahari serta memahami bahawa SPF adalah kunci untuk membuat pilihan yang tepat untuk menjaga kesihatan kulit.
SPF, atau Faktor Perlindungan Matahari (Sun Protection Factor) mengukur keberkesanan pelindung matahari dalam menghalang kemerahan kulit yang disebabkan oleh UVB.
“Dalam iklim tropika Malaysia, SPF minimum yang disyorkan untuk kegunaan harian ialah SPF30,” kongsi Dr Nur Ashikin.
Beliau menjelaskan bahawa penggunaan pelindung matahari disyorkan apabila indeks UV diramalkan mencapai 3 atau lebih.
Di Malaysia, indeks UV akan menjadi yang tertinggi di antara jam 10 pagi dan 4 petang dengan paras UV sering diklasifikasikan sebagai “tinggi” hingga “sangat tinggi” pada waktu tengah hari akibat cuaca panas Malaysia.
Walau bagaimanapun, Dr Nur Ashikin menambah bahawa SPF50+ lebih sesuai digunakan jika anda berada dalam di luar dan terdedah secara langsung kepada sinaran matahari seperti apabila berada di pantai, menyertai aktiviti sukan atau bersiar-siar untuk tempoh yang lama.
Beliau mencadangkan untuk memakai pelindung matahari 15-30 minit sebelum mendapat pendedahan kepada sinaran matahari atau melakukan sebarang aktiviti.
Pilih pelindung matahari bersesuaian dengan kulit anda
Dengan pelbagai jenis pelindung matahari yang tersedia di pasaran, memahami perbezaannya adalah penting untuk mendapatkan perlindungan matahari yang berkesan.
Pelindung matahari biasanya dikategorikan sebagai jenis fizikal atau kimia, dan selalunya boleh dikenal pasti melalui senarai ramuan pada pembungkusan produk.
Pelindung matahari jenis fizikal biasanya menyenaraikan zink atau titanium oksida sebagai bahan utama dan berfungsi dengan membentuk penghalang yang dapat memantulkan sinaran UV.
Pelindung jenis ini sesuai untuk mereka dengan kulit sensitif tetapi mungkin meninggalkan kesan putih (white cast), terutamanya pada warna kulit yang lebih gelap.
Perlindungan komprehensif cuaca panas Malaysia selain dari hanya pada kulit muka
Walaupun ramai yang menumpukan pada pelindungan kulit muka, Dr Nur Ashikin menekankan kepentingan melindungi kawasan kulit lain yang sering terdedah seperti leher, tangan dan kaki yang juga berisiko kepada kerosakan matahari.
Pendedahan yang berpanjangan kepada sinaran UV boleh menyebabkan masalah kulit seperti kedutan, hiperpigmentasi, dan juga kanser kulit di kawasan yang sering diabaikan ini.
Mengimbangi perlindungan matahari dan vitamin D
Walaupun cahaya matahari penting untuk pengeluaran Vitamin D, pendedahan berlebihan tanpa sebarang perlindungan atau perlindungan yang tidak mencukupi boleh membawa kepada kesan berbahaya.
Dr Nur Ashikin mencadangkan pendedahan matahari pada awal pagi atau lewat petang untuk sintesis Vitamin D yang optimum.
Ini kerana cuaca panas Malaysia berpanjangan boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan kulit jika tidak dikawal dengan baik.
Dengan memahami risiko pendedahan UV, memilih pelindung matahari yang betul, dan memastikan penggunaan yang konsisten, rakyat Malaysia boleh melindungi kesihatan kulit mereka dan mengurangkan risiko penyakit yang boleh dicegah seperti penuaan kulit pramatang dan kanser kulit.
[embed-health-tool-bmr]