Malunya jika muka sudah cantik, badan juga langsing tapi bawah lengan hitam. Mungkin ini adalah disebabkan oleh mereka yang tidak tahu cara memutihkan ketiak sendiri.
Ketiak yang hitam ini ada banyak punca seperti kesalahan dalam memakai deodoran, kesilapan teknik mencukur bulu ataupun angkara keadaan kesihatan yang tertentu.
Persoalannya, apa dia cara agar ketiak tidak hitam? Jom terus baca artikel untuk tahu tentangnya!
Bagaimana cara agar ketiak tidak hitam?
Untuk pengetahuan anda semua, ada banyak cara yang kita boleh cuba untuk mengelakkan atau mengembalikan tona warna bawah lengan yang sudah mulai menggelap.
Ia terbahagi kepada dua yakni secara moden atau tradisional. Sekiranya anda ingin cuba cara di bawah ini, pastikan anda telah berjumpa dan berbincang dengan doktor.
Ini kerana kita tidak mahu langkah yang anda cuba ini memburukkan atau menggelapkan lagi ketiak.
Cara memutihkan ketiak – moden
Sebenarnya, ramai pakar yang akan menyarankan agar anda menggunakan cara moden seperti:
Cara agar ketiak tidak hitam #1. Ubat
Pertama, anda mungkin boleh cuba ubat topikal berbentuk krim, gel, minyak atau losen dengan tinggi kandungan hidrokuinon yang boleh mencerahkan tona warna ketiak.
Selain hidrokuinon, ramuan ajaib lain seperti tretinoin, kortikosteroid, asid azelaic, asid kojic atau gabungan kesemuanya juga dipercayai bagus untuk tujuan anda itu.
#2. Prosedur terapi laser
Kedua, anda juga mungkin boleh menjalani prosedur terapi laser yang menggunakan sinar cahaya untuk mencerahkan kembali pigmentasi gelap pada kulit di bawah lengan anda.
#3. Prosedur kelupas kulit
Ketiga, anda turut mungkin boleh menjalani prosedur kelupas kulit dengan bantuan bahan kimia seperti asid hidroksi alfa (AHA) dan asid hidroksi beta (BHA) yang begitu efektif.
Pun begitu, kesemua rawatan di atas ini hanya boleh dibuat setelah anda mengenal pasti punca sebenar ketiak jadi hitam. Jika ia angkara penyakit, ia perlu dirawat terlebih dahulu.
Cara memutihkan ketiak – tradisional
Selain itu juga, anda mungkin boleh cuba cara rawatan tradisional alternatif yang efektif seperti:
Cara agar ketiak tidak hitam #4. Lemon
Lemon adalah pemutih kulit secara semula jadi yang mungkin mampu untuk mencerahkan kembali semua bahagian pada tubuh badan yang gelap termasuk kulit bawah lengan.
Dalam pada itu, ia juga berfungsi menghilangkan bau bahan antiseptiknya. Cuma, pastikan anda tidak sering gosok ia pada ketiak kerana ia boleh jadi punca iritasi.
Cara agar ketiak tidak hitam #6. Timun
Timun bukan sahaja bagus untuk lingkaran gelap di bawah mata malahan juga di bawah lengan anda yang akan memutihkan sekali gus melembapkan kawasan kulit yang disapu.
Caranya juga begitu mudah di mana anda hanya perlu untuk memotong, menggosok dan menyapu ekstrak timun pada ketiak atau di mana-mana bahagian kulit tubuh badan.
#5. Kentang
Kentang juga adalah pemutih kulit secara semula jadi yang boleh digunakan ke atas kulit dengan cara mengisar ia menjadi seakan pes. Jangan pula sapu terus pada kulit.
Dalam pada itu, ia mungkin pilihan lebih bijak kerana ia tidak akan mendatangkan masalah lain seperti kulit kering, kulit keras atau iritasi kerana ia tiada sifat asidik.
#7. Kunyit
Kunyit juga efektif untuk mengembalikan tona warna ketiak, memulihkan iritasi dan alergi serta menyelesaikan masalah pigmentasi hanya dengan serbuk atau ekstrak.
Untuk lebih berkesan, anda juga mungkin boleh jadikan ia sebagai ‘masker‘ untuk bahagian kulit tubuh badan termasuklah pada ketiak. Cubalah, ia pasti akan berkesan.
Cara memutihkan ketiak #8. Minyak kelapa
Tiada perkara yang tidak boleh dilakukan oleh minyak kelapa terutamanya dalam ruang lingkup kesihatan dan kecantikan. Paling penting lagi, ia bagus untuk kulit anda.
Pun begitu, pemulihan masalah seperti ketiak hitam memerlukan proses dan masa yang lama untuk menimbulkan kesan. Jadi, jangan mudah putus asa ketika cuba cara ini.
Cara memutihkan ketiak #9. Kulit jeruk
Akhir sekali, masalah bawah lengan anda yang hitam itu mungkin dapat diselesaikan dengan menggunakan kulit jeruk kerana ia sangat tinggi dengan kandungan asid sitrat.
Apa yang anda perlu buat adalah dengan mengeringkan dan menjemurkan kulit jeruk ini di bawah cahaya matahari selama beberapa hari dan sapukan pada ketiak dengan kerap.
Kini anda sudah tahu cara memutihkan ketiak, bukan? Jadi, apa tunggu lagi. Jom cuba!