Daripada hujung rambut ke hujung kaki, setiap individu terutama golongan wanita tentu sahaja mempunyai impian untuk memiliki kulit yang cantik bukan? Maka, kalian kena tahu tips kecantikan kulit yang terbaik dalam artikel ini!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.
Wanita & masalah kulit yang lazim
Ironiknya, golongan wanita itu sering kali terkena bermacam-macam masalah kulit walhal mereka amat mengambil berat dan menjaga tentang hal-hal yang melibatkan organ terbesar pada tubuh badan ini.
Anda tidak percaya? Berikut adalah antara masalah kulit yang lazim dialami dan dideritai oleh perempuan:
- Jerawat
- Jeragat
- Kulit berminyak
- Kulit berkedut
- Kulit berparut
- Kulit kering
- Kulit kusam
- Kulit sensitif
- Tona kulit tidak sekata
Persoalannya, kenapa? Untuk pengetahuan anda semua, masalah-masalah di atas turut terjadi kepada lelaki namun ia mungkin lebih terkesan kepada wanita kerana mereka mementingkan kecantikan kulit.
Dalam pada itu, faktor lain seperti ketidakstabilan hormon di dalam tubuh badan wanita juga akan mempengaruhi kulit lantas memicu dan membawa kepada masalah yang biasa dikenali sebagai breakout.
Tips kecantikan kulit untuk wanita cuba!
Untuk pengetahuan anda semua, ada beberapa tips kulit cantik dan sihat yang wanita boleh cuba dan ia tidak hanya berkait dengan rutin skin care sahaja. Ya, ada banyak lagi tips kecantikan kulit wanita yang lain.
Khas buat orang perempuan, boleh cuba tips kecantikan kulit wanita di bawah ini agar kulit kekal cantik dan sihat:
#1. Banyak minum air kosong
Pertama dan paling penting, hidrasi adalah kunci utama! Maka, wanita kena lebih banyak minum air kosong kerana ia sudah tentu tinggi dengan oksigen yang sangat diperlukan untuk elak dehidrasi.
Pun begitu, jangan memaksa untuk minum lebih daripada 10 gelas air kosong sehari. Cukup sekadar 8 gelas sahaja setiap hari sesuai dengan saranan pakar supaya kulit anda kekal cantik dan sihat.
#2. Elak minum alkohol & kafein
Sehubungan di atas, elakkan pula minuman yang kurang baik terutama beralkohol dan berkafein kerana ia bukan sahaja akan meningkatkan risiko dehidrasi malah boleh merosakkan kulit anda.
Alasannya, minuman-minuman sebegini berisiko untuk menjejaskan organ dalaman terutama buah pingang dan hati. Apabila dua organ ini terjejas, maka toksin punca kulit rosak tidak dapat dibuang.
#3. Cuci sisa mekap sebelum tidur
Memang benar bahawa mekap itu sudah sinonim dengan kaum perempuan yang gemar memakainya setiap kali berada di luar rumah. Namun, tidak bermakna pula ia perlu kekal di kulit sepanjang masa.
Ini kerana mekap atau alat solek yang melekat pada kulit dalam tempoh waktu yang terlalu lama boleh membuat liang pori pada kulit anda tersumbat lantas terkumpul minyak, debu dan pelbagai kotoran lain.
Tips kecantikan kulit #4. Eksfoliasi
Metode pembuangan atau pengelupasan sel kulit mati (eksfoliasi) amat penting untuk menyingkirkan kulit yang tidak lagi diperlukan supaya ia dapat digantikan dengan kulit lebih baru, cantik dan sihat.
Caranya, anda boleh melakukan eksfoliasi ini hanya di rumah dengan teknik skrub badan. Tetapi, jangan terlalu kerap pula mempraktikkan cara ini kerana ia berisiko membuat kulit anda kering dan sensitif.
Baca lagi artikel berkaitan:
- Setiap Hari Tonyoh Muka Dengan Skrub, Tahu Tak Ia Sebenarnya Boleh Merosakkan Kulit?
- 5 Langkah Rawat Kulit Kaki Kering & Gatal, Cara Terbaik Guna Skrub Dengan Madu?
- Skrub Badan Boleh Hilangkan Daki Dan Putihkan Kulit? Ini Fungsi Sebenarnya!
#5. Pakai pelindung matahari setiap hari
Terutama jika anda kerap berada di luar rumah, wanita perlu sentiasa menggunakan krim, losyen atau ubat pelindung matahari agar radiasi daripada sinar ultra ungu matahari tidak dapat menembusi kulit anda.
Sebaiknya, sapukan sunscreen ini kira-kira 30 minit sebelum anda keluar rumah agar kesannya dapat meresap dengan lebih dalam dan baik. Malah di dalam rumah juga, anda tidak boleh mengabaikannya.
Konklusinya, tips kecantikan kulit wanita di atas tadi adalah antara petua atau rahsia yang paling asas selain menjaga pemakanan serta penggunaan produk di pasaran.
Sekiranya wanita ada sebarang masalah berkenaan kulit, segera berjumpa dan berbincang dengan pakar dermatologi!
[embed-health-tool-bmi]