backup og meta

Pembedahan Plastik & Pembedahan Kosmetik BUKAN Benda Sama! Ini Bezanya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 02/07/2020

    Pembedahan Plastik & Pembedahan Kosmetik BUKAN Benda Sama! Ini Bezanya

    “Let’s kill this love! Yeah, yeah, yeah, yeah, yeah. Rum, pum, pum, pum, pum, pum, pum.”  Anda tentu biasa mendengar bait lirik tersebut sekiranya anda seorang pengikut muzik semasa Korean pop atau ringkasnya KPOP. Selain lagu mereka yang trendy, anda juga perlu mengetahui bahawa disebalik wajah licin penyanyi-penyanyi tersebut, sebahagian daripada rahsia kecantikan mereka adalah melalui pembedahan plastik. Kadar pembedahan plastik di Korea Selatan amat tinggi sehingga negara tersebut merupakan satu-satunya negara dari Asia Timur yang termasuk dalam senarai Top 10 untuk negara-negara yang mempunyai kadar pembedahan plastik tertinggi di dunia. Itulah rahsia disebalik wajah mulus artis-artis Korea Selatan yang perlu kita akui. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan oleh pembedahan plastik? Adakah prosedur pembedahan plastik ini sama dengan pembedahan kosmetik?

    Sekiranya anda memikirkan bahawa pembedahan plastik dan pembedahan kosmetik adalah sama, anda salah. Kedua-duanya adalah bidang yang berkaitan antara satu sama lain tetapi secara teknikalnya, kedua-duanya adalah dua jenis pembedahan yang berlainan. 

    Apakah pembedahan plastik?

    Pembedahan plastik memberi tumpuan kepada pembaikan kecacatan untuk membina semula fungsi normal & penampilan. Pembedahan plastik ditakrifkan sebagai pembedahan khusus untuk pembinaan semula kecacatan muka dan badan akibat gangguan kelahiran, trauma, luka terbakar dan penyakit. Pembedahan plastik bertujuan untuk membetulkan semula bahagian-bahagian disfungsi badan. Walaupun banyak pakar bedah plastik memilih untuk melengkapkan latihan tambahan dan juga melakukan pembedahan kosmetik, asas latihan pembedahan mereka masih lagi pembedahan plastik rekonstruktif. Malah, pada tahun 1999, Persatuan Pakar Bedah Plastik dan Rekonstruktif Amerika menukar namanya kepada Persatuan Pakar Bedah Plastik Amerika untuk menyampaikan mesej dengan lebih jelas bahawa “pakar bedah plastik dan rekonstruktif adalah sama.’

    Jenis prosedur pembedahan plastik:

    • Pemulihan payudara
    • Pembedahan pembaikan kesan terbakar
    • Pembaikan kecacatan kongenital: Cleft Palate, pembaikan kecacatan ekstrem
    • Pembinaan semula ekstrem yang rendah
    • Pembedahan tangan
    • Pembedahan pembaharuan parut

    Apakah pembedahan kosmetik?

    pembedahan plastik

    Pembedahan kosmetik memberi tumpuan kepada peningkatan penampilan. Prosedur, teknik, dan prinsip pembedahan kosmetik memberi tumpuan sepenuhnya kepada peningkatan penampilan pesakit. Meningkatkan daya tarikan estetik, simetri, dan perkadaran adalah matlamat utama pembedahan kosmetik. Pembedahan estetik boleh dilakukan di semua bahagian kepala, leher, dan badan. Oleh kerana prosedur kosmetik merawat kawasan yang telah berfungsi dengan betul, pembedahan kosmetik ditetapkan sebagai pilihan. Prosedur elektif kosmetik dilakukan oleh doktor daripada pelbagai bidang perubatan, termasuk pakar bedah plastik.

    Jenis prosedur pembedahan kosmetik:

    • Pembesaran payudara: pembesaran, pengangkatan, pengurangan
    • Kontur muka: rhinoplasty, dagu, atau peningkatan pipi
    • Peremajaan wajah: facelift, pengangkatan kelopak mata, pengangkatan leher, pengangkatan kening
    • Kontur badan: tummy tuck, liposuction, rawatan ginekomastia
    • Peremajaan kulit: pelapisan laser, Botox®, rawatan filler

    Komplikasi yang paling kerap berlaku hasil pembedahan plastik dan kosmetik

    Jika anda sedang mempertimbangkan pembedahan plastik atau kosmetik, anda mesti sedar mengenai kedua-dua manfaat dan risikonya. Berikut adalah beberapa komplikasi yang paling biasa dan paling dibincangkan hasil pembedahan plastik dan kosmetik.

    Hematoma

    Hematoma adalah sejenis poket darah yang menyerupai lebam yang besar dan menyakitkan. Ia berlaku dalam 1 peratus prosedur pembesaran payu dara. Ia juga merupakan komplikasi yang paling biasa selepas facelift, yang berlaku dalam purata 1 peratus pesakit. Ia berlaku lebih kerap dalam kalangan lelaki berbanding wanita. Hematoma adalah satu risiko yang boleh berlaku hampir di semua pembedahan. Rawatan yang diambil bagi hematoma termasuklah operasi tambahan untuk mengalirkan darah jika pengumpulan darah adalah besar atau berkembang pesat. Ini mungkin memerlukan prosedur lain di dalam bilik operasi dan kadangkala dengan anestetik tambahan.

    Seroma

    Seroma adalah keadaan yang berlaku apabila serum, atau cecair badan steril, bertakung di bawah permukaan kulit, mengakibatkan pembengkakan dan kadang-kadang menyebabkan kesakitan. Ini boleh berlaku selepas sebarang pembedahan, dan ini adalah komplikasi yang paling biasa selepas tummy tuck, yang berlaku dalam kira-kira 15 hingga 30 peratus pesakit. Memandangkan seroma boleh dijangkiti, cecair tersebut seringkali dikeluarkan dengan menggunakan jarum. Kaedah ini berkesan menghilangkannya, walaupun ada peluang untuk keadaan ini kembali berulang.

    Kehilangan darah

    Sepertimana sebarang pembedahan, kehilangan darah adalah boleh dijangka. Walau bagaimanapun, kehilangan darah yang tidak terkawal dapat menyebabkan penurunan tekanan darah dengan kesan yang berpotensi boleh membawa maut. Kehilangan darah boleh berlaku semasa di bilik pembedahan, tetapi ia juga boleh berlaku secara dalaman selepas pembedahan.

    Jangkitan

    Walaupun penjagaan selepas pembedahan dilaksanakan termasuklah langkah-langkah untuk mengurangkan risiko jangkitan, ia tetap menjadi salah satu komplikasi pembedahan plastik yang paling kerap terjadi. Sebagai contoh, jangkitan berlaku dalam kalangan 1.1 hingga 2.5 peratus daripada individu yang menjalani pembesaran payudara. Selulit infeksi kulit mungkin berlaku selepas pembedahan. Dalam sesetengah kes, jangkitan boleh menjadi dalaman dan parah yang memerlukan antibiotik intravena (IV).

    Kerosakan saraf

    Potensi kerosakan saraf hadir dalam pelbagai jenis prosedur pembedahan. Kebas dan kesemutan adalah biasa selepas pembedahan plastik dan boleh menjadi tanda kerosakan saraf. Selalunya kerosakan saraf adalah bersifat sementara, tetapi dalam beberapa kes, ia boleh menjadi kekal. Kebanyakan wanita mengalami perubahan kepekaan atau sensitiviti selepas pembedahan pembesaran payudara, dan 15 peratus individu mengalami perubahan kekal dalam sensasi puting susu.

    Adakah saya sesuai untuk melakukan pembedahan kosmetik?

    pembedahan plastik

    Oleh kerana pembedahan kosmetik boleh membawa perubahan yang bersifat tahan lama dan dramatik kepada penampilan luar, adalah penting untuk memahami bagaimana perubahan ini boleh menjejaskan anda di bahagian dalam. Sebelum membuat temujanji untuk berjumpa dengan pakar bedah kosmetik, anda perlu mempertimbangkan motif anda untuk menukar imej seperti yang diinginkan. Banyak ciri fizikal boleh diubah menerusi pembedahan kosmetik. Seseorang individu yang bersesuaian untuk melakukan pembedahan kosmetik adalah seperti berikut:

    • Mempunyai tanggapan yang realistik mengenai apa yang boleh dicapai.
    • Memahami risiko perubatan, kesan fizikal semasa penyembuhan, bagaimana pembedahan akan memberi kesan kepada mereka secara peribadi dan profesional, apa perubahan gaya hidup yang mungkin perlu diikuti semasa dalam tempoh pemulihan, dan perbelanjaan yang terlibat.
    • Telah membincangkan matlamat mereka untuk pembedahan dengan pakar bedah mereka dan menyelesaikan sebarang pertanyaan.
    • Mempunyai keadaan perubatan kronik yang terkawal.
    • Tidak mempunyai sejarah merokok atau komited untuk menahan diri daripada merokok (termasuklah secondhand smoker) dan produk nikotin, termasuklah mengunyah tembakau dan tampalan nikotin, gula-gula atau lozenges selama 4 – 6 minggu sebelum dan selepas pembedahan.
    • Mempunyai berat badan yang stabil selama enam bulan hingga satu tahun.

    Mengapa prosedur pembedahan kosmetik sedang meningkat naik dan mendapat permintaan?

    Perkembangan dan kepentingan terhadap media sosial

    Dr. Dennis Schimpf, FACS, pengarang “Finding Beauty: Think, See and Feel Beautiful’ menganggap bahawa penggunaan telefon bimbit, selfie, dan platform media sosial sangat mendorong keinginan untuk melakukan pembedahan plastik . Pada zaman sekarang, dengan kewujudan peranti mudah alih dan pelbagai platform, kita secara literal melihat beratus-ratus atau beribu-ribu gambar diri kita mendokumentasikan perkara-perkara yang kita tidak gemar mengenai penampilan kita selain proses penuaan. Oleh sebab itu, terdapat permintaan yang tinggi terhadap pembedahan kosmetik bagi memastikan wajah kekal jelita agar menarik untuk dipaparkan di media-media sosial.

    Lebih banyak penerimaan

    Jika pada satu masa dahulu, individu yang ingin melakukan pembedahan plastik perlu melakukan secara tersembunyi untuk mengelakkan persepsi negatif orang ramai. Antara persepsi yang sering ditimbulkan ialah kecantikan hasil pembedahan plastik atau pembedahan kosmetik bersifat tidak semula jadi dan neutral. Walau bagaimanapun, seiring dengan perkembangan media sosial yang lebih menumpukan kepada imej dan susuk tubuh yang cantik dilihat dan dipandang, usaha untuk mendapatkan pembedahan plastik dan kosmetik bukan lagi sesuatu yang dilakukan secara tersembunyi. Malah, individu terlibat kadangkala akan bergambar bersama pakar bedah tersebut dan mengongsikan kehadiran mereka ke pusat rawatan tersebut di media sosial.

    Kos yang berpatutan

    Kos bagi prosedur pembedahan kosmetik juga semakin rendah dan berpatutan berbanding satu ketika dahulu. Kos yang serendah ratusan ringgit sahaja telah menarik pelbagai golongan dengan peringkat umur yang berbeza seperti pelajar institusi pengajian tinggi, suri rumah dan remaja-remaja untuk melakukan pembedahan kosmetik. Selain itu, kaedah pembayaran juga semakin mudah dengan kewujudan konsep cashless seperti kad kredit, kad debit dan pelan pembayaran ansuran.

    Kemajuan teknologi yang semakin meningkat

    Prosedur teknikal yang digunakan semasa prosedur kosmetik terus menjadi lebih selamat dan lebih dipercayai. Begitu juga dengan instrumen dan produk yang digunakan oleh doktor pada masa sekarang. Rawatan nonsurgical adalah bidang yang sangat pesat berkembang. Untuk maklumat anda, rawatan laser tidak wujud 10 tahun yang lalu dan Botox pernah menjadi satu-satunya neurotoksin di pasaran. Kini, tiga pilihan lagi telah wujud, dan pilihan keempat, Jeuveau, telah diluluskan oleh FDA.

    Pertambahan keyakinan diri

    Mengikut tinjauan pada tahun 2019 yang dilakukan oleh RealSelf / Harris Poll, motivasi teratas dalam kalangan mereka yang telah atau sedang berfikir tentang rawatan kosmetik adalah “untuk meningkatkan harga diri / keyakinan’ dan “untuk kelihatan sebaik yang saya rasakan.’ Motivasi tersebut konsisten merentasi kedua-dua prosedur pembedahan dan nonsurgical – dan sebab-sebab tersebut tidak berubah sejak RealSelf dilancarkan sedekad yang lalu. RealSelf adalah pasaran penjagaan kesihatan di mana pengguna mencari rawatan estetik dan berhubung dengan doktor yang berkaitan.

    Kesilapan memilih prosedur pembedahan kosmetik bukan daripada profesional pembedahan kosmetik yang berkaitan

    Masalah lebih besar yang muncul akibat tidak mengetahui perbezaan antara kepakaran pakar bedah adalah, ramai individu yang mencari prosedur kosmetik daripada profesional yang bukannya pakar bedah kosmetik. Ini termasuklah doktor pergigian atau pakar ginekologi yang juga menyediakan rawatan filler. Doktor-doktor tersebut mungkin menawarkan beberapa pilihan kosmetik, tetapi mereka mungkin tidak memberikan pesakit kesemua pilihan mereka dan tidak dapat menangani komplikasi yang mungkin berlaku.

    Jika doktor tersebut hanya boleh melakukan satu atau beberapa prosedur, mereka tidak akan memberikan anda pilihan berdasarkan anatomi dan keperluan khusus anda memandangkan cadangan mereka adalah berdasarkan apa yang mereka boleh lakukan. Doktor yang melabel dirinya sebagai “doktor kosmetik,’ berbanding dengan pakar bedah kosmetik, mungkin mempunyai beberapa latihan mengenai satu atau beberapa prosedur kosmetik.

    Mereka memberikan pilihan rawatan yang terhad kepada pesakit dan mungkin menghalang pesakit memahami kesemua pilihan mereka. Di sisi lain, seorang pakar bedah kosmetik akan dapat menentukan teknologi mana yang terbaik untuk seseorang dan memberi pesakit kesemua pilihan mereka. Mencari doktor yang diperakui adalah sangat penting dan bukannya mencari doktor yang hanya menjalankan satu pilihan rawatan.

    Apakah soalan-soalan yang boleh ditanyakan untuk memastikan kesediaan anda terhadap pembedahan plastik atau kosmetik?

    pembedahan plastik

    Soalan-soalan yang boleh dipertimbangkan sebelum menjalani pembedahan kosmetik

    • Apakah motif saya ingin menukar penampilan saya?
    • Apakah ciri-ciri khusus penampilan saya yang ingin saya ubah?
    • Adakah saya mempunyai harapan yang realistik mengenai hasil pembedahan?
    • Apakah aspek kehidupan saya yang akan terjejas seperti keluarga, pekerjaan, perjalanan dan kewajipan sosial?
    • Adakah ini masa yang terbaik dalam hidup saya untuk menjalani pembedahan kosmetik?
    • Adakah saya menyatakan mengenai kebimbangan saya dan bertanya secara terbuka dengan doktor saya?

    Soalan-soalan yang boleh ditanyakan kepada pakar bedah kosmetik

    Anda digalakkan untuk membawa buku nota untuk tujuan catatan dan rujukan anda sendiri

    • Apakah kelayakan anda?
    • Berapa lamakah anda telah diperakui oleh lembaga berkaitan?
    • Berapa banyak prosedur yang telah anda lakukan yang sama dengan apa yang sedang saya pertimbangkan?
    • Siapakah lagi profesional penjagaan kesihatan akan terlibat dalam pembedahan saya?
    • Apakah hasil yang boleh saya harapkan?
    • Adakah saya memerlukan pemeriksaan fizikal sebelum pembedahan?
    • Adakah terdapat risiko yang unik untuk sejarah kesihatan saya?

    Soalan-soalan yang boleh ditanyakan mengenai prosedur pembedahan

    • Apakah prosedur yang dilakukan? Apa yang tidak dilakukan?
    • Adakah ini rawatan yang bersesuaian untuk saya? Adakah terdapat prosedur lain yang perlu saya pertimbangkan?
    • Apakah risiko dan komplikasi yang berkaitan dengan prosedur ini?
    • Berapa lamakah tempoh pemulihan yang akan diambil?
    • Adakah saya akan mengalami banyak ketidakselesaan? Apakah pilihan pengurusan kesakitan saya?
    • Adakah saya akan mempunyai bekas luka? dan jika ya, bagaimanakah ia akan kelihatan?
    • Jika prosedur saya memerlukan jahitan, bilakah ia akan ditanggalkan?
    • Apakah jenis aktiviti yang akan saya lakukan selepas pembedahan?
    • Berapa lamakah masa yang diambil sebelum saya boleh kembali melakukan rutin saya?
    • Berapa lamakah masa yang diambil sebelum saya boleh melihat hasil akhir pembedahan saya?
    • Berapa lamakah hasil pembedahan tersebut akan bertahan?
    • Berapakah kos prosedur?

    Apakah yang boleh anda harapkan hasil daripada pembedahan yang dijalani?

    Walaupun anda mengikuti arahan dan penyediaan yang diberikan oleh doktor, anda mungkin akan menyedari kemunculan lebam dan bengkak selepas pembedahan kosmetik dijalankan dan berapa lama ia akan terjadi. Lebam mungkin mengambil masa minimum selama tiga minggu untuk berkurang manakala bengkak mungkin mengambil masa yang lebih lama.

    Adalah biasa bagi seseorang individu untuk mengalami tempoh singkat ‘ the blues’ atau semangat yang rendah semasa proses pemulihan. Melihat kesan yang terjadi akibat daripada proses pembedahan yang telah dijalani dan menunggu untuk kembali melakukan rutin harian yang normal mungkin menyumbang kepada perasaan kecewa.

    Harapan yang realistik adalah kuncinya dan matlamat pembedahan adalah untuk tujuan peningkatan, bukan kesempurnaan. Setiap individu akan mempunyai hasil yang berbeza. Perlu diingatkan bahawa:

    • Lebam dan bengkak yang berlaku adalah bersifat sementara. Walau bagaimanapun, parut pembedahan adalah bersifat kekal.
    • Masa pemulihan berbeza-beza bergantung kepada individu dan prosedur, tetapi ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya 6 hingga 12 minggu. Ia adalah tempoh yang biasa untuk kebanyakan pembedahan kosmetik.
    • Pembedahan susulan mungkin diperlukan untuk mencapai matlamat anda.

    Lakukan pembedahan plastik dan pembedahan kosmetik mengikut keperluan anda. Anda tidak perlu berlumba-lumba mengikut trend semata-mata untuk kekal cantik memandangkan setiap langkah yang anda ambil pasti mempunyai pro dan kontra. Perlu diingat, pembedahan kosmetik atau pembedahan plastik mempunyai komplikasinya yang tersendiri dan anda perlu berfikir dan berbincang dengan pakar bedah berkaitan berkenaan niat anda agar anda tidak mengalami tempoh kekecewaan selepas proses pembedahan dijalankan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 02/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan