Sesetengah kanak-kanak pulih dengan baik selepas peristiwa traumatik, tetapi sebahagian daripada mereka mengalami PTSD yang memungkinkan mereka mengalaminya selama berbulan-bulan, bertahun dan berkemungkinan sehingga mereka dewasa. Tetapi apakah itu PTSD? Gangguan tekanan selepas trauma atau lebih dikenali dengan nama post-traumatic stress disorder (PTSD) adalah keadan kesihatan mental yang dipicu oleh peristiwa yang menakutkan atau traumatik, samada mengalaminya sendiri atau dengan menyaksikannya. Simptom termasuklah flashback, mimpi ngeri, kebimbangan yang teruk selain pemikiran yang melampau dan tidak terkawal mengenai sesuatu perkara atau peristiwa.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen