Punca utama Sindrom Cushing ialah penyalahgunaan berlebihan ubat-ubatan kortikosteroid seperti prednisone, dalam dos yang tinggi pada tempoh masa yang lama. Doktor menggunakan ubatan ini dalam pesakit yang menjalankan pemindahan organ untuk mengelakkan penolakan organ oleh badan mereka. Ubat ini juga digunakan untuk merawat penyakit keradangan seperti lupus dan arthritis. Suntikan steroid dengan dos yang tinggi untuk rawatan sakit belakang juga boleh menyebabkan sindrom ini.
Punca lain termasuklah:
- Ketumbuhan pada kelenjar pituitari menyebabkan kelenjar tersebut merembeskan hormon adrenokortikotropik secara berlebihan. Keadaan ini turut dikenali sebagai penyakit Cushing.
- Sindrom ACTH ektopik, di mana terdapat ketumbuhan yang berlaku kebiasaannya pada paru-paru, pankreas, tiroid, atau kelenjar timus.
- Keabnormalan pada kelenjar adrenal atau ketumbuhan
Faktor-faktor Risiko
Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Sindrom Cushing?
Anda mungkin lebih berisiko untuk mendapatkan sindrom Cushing jika anda mengalami:
- Kadar tekanan yang tinggi, termasuklah tekanan disebabkan penyakit akut, pembedahan, kecederaan, atau kehamilan, terutamanya pada trimester terakhir.
- Latihan atletik
- Malnutrisi
- Alkoholisme
- Kemurungan, Gangguan panik, atau tekanan emosi yang teruk
Semua keadaan ini meningkatkan kadar kortison dalam badan.
Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit Sindrom Cushing didiagnosis?
Sindrom Cushing berpunca daripada pelbagai sebab yang berbeza. Diagnosis dibuat berdasarkan kadar cortison yang tidak normal dalam badan.
Pada permulaannya, doktor anda akan melaksanakan pemeriksaan fizikal dan menyemak rekod kesihatan dan simptom. Mereka juga akan menyarankan anda melakukan beberapa ujian makmal, termasuklah:
- Ujian air kencing bebas kortison 24 jam
- Ukuran kortison dalam darah pada waktu tengah malam dan ujian kortison dalam air liur pada lewat malam
- Ujian penindasan deksametason dos rendah
Selepas menerima keputusan kadar kortison anda, doktor anda harus pula menentukan punca penghasilan kortison berlebihan tersebut. Ujian untuk menguji punca tersebut termasuklah ujian stimulasi pelepasan kortikotropin dan ujian penindasan deksametason dos tinggi. Doktor juga mungkin mengarahkan ujian pengimejan lain dibuat seperti CT dan MRI.
Bagaimana pesakit Sindrom Cushing dirawat?
Pilihan rawatan bergantung kepada punca sindrom Cushing. Doktor anda mungkin akan menggunakan ubat-ubatan yang mengurangkan penghasilan kortison dalam kelenjar adrenal atau mengurangkan penghasilan ACTH dalam kelenjar pituitari. Ubat lain pula menghalang efek kortison kepada tisu badan.
Jika anda menggunakan kortison, anda mungkin perlu mengubah ubat atau dos ubat. Jangan mencuba untuk mengubah dos ubat secara sendiri. Anda hanya boleh melakukan ini di bawah pengawasan perubatan.
Pembedahan mungkin akan diperlukan jika anda mempunyai ketumbuhan yang menyebabkan sindrom Cushing. Ketumbuhan boleh jadi menular (kanser) atau benigna (bukan kanser). Doktor anda juga mungkin akan menyarankan terapi radiasi atau kemoterapi.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Sindrom Cushing?
Tips berguna berikut dapat membantu anda mengelakkan sindrom Cushing:
- Makan dengan sihat.
- Lindungi tulang anda dengan memakan makanan dengan kalsium dan vitamin D
- Kurangkan pengambilan garam dan makanan berlemak
- Pakar nutrisi boleh membantu memastikan anda mendapat nutrisi yang mencukupi.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen