Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Folikulitis ialah keradangan folikel rambut. Ia berlaku pada bahagian badan yang mempunyai rambut seperti janggut, tangan, belakang badan, punggung dan kaki. Folikulitis mungkin kelihatan seperti benjolan merah atau jerawat pada mulanya. Namun, keadaan ini mungkin berkembang dan merebak ke bahagian badan yang lain.
Folikulitis tidak berbahaya, tetapi ia menyebabkan rasa gatal dan pedih, dan mempengaruhi perasaan anda tentang penampilan diri. Kes yang serius boleh menyebabkan keguguran rambut dan parut.
Folikulitis adalah penyakit kulit yang biasa berlaku. Ia boleh berlaku kepada kanak-kanak dan orang dewasa, tetapi jarang berlaku sebelum usia 2 tahun. Keadaan ini dapat ditangani dengan mengurangkan faktor risikonya. Hubungi doktor anda untuk maklumat lanjut.
Simptom folikulitis yang biasa berlaku ialah:
Terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.
Dalam kes ringan, ia kebiasaannya sembuh sendiri dalam masa 2 minggu. Anda boleh melakukan penjagaan dengan meletakkan tekanan panas pada kulit yang terjejas dan menggunakan syampu berubat.
Jika kawasan yang terjejas menjadi merah, bengkak, panas atau bertambah sakit atau mula merebak selepas 2 minggu, sila hubungi doktor anda. Tubuh badan setiap orang memberi tindak balas secara berbeza. Adalah lebih baik untuk berbincang dengan doktor anda tentang rawatan terbaik mengenai situasi anda.
Folikulitis boleh berlaku disebabkan pelbagai jangkitan pada folikel rambut atau disebabkan keadaan kulit yang lain. Antara puncanya ialah:
Terdapat banyak faktor risiko folikulitis, seperti:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Doktor anda akan memeriksa kulit anda dan bertanyakan soalan tentang keadaan kesihatan anda, atau ubat-ubatan yang anda gunakan. Sampel cecair dalam benjolan tersebut juga mungkin diambil untuk menentukan punca jangkitan. Ujian makmal boleh dilakukan untuk menentukan jenis bakteria atau kulat yang menyebabkan jangkitan.
Bergantung kepada tahap keadaan anda dan puncanya, rawatan mungkin berbeza:
Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani folikulitis:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen