Mungkin ramai yang akan sangka bahawa adalah normal untuk individu terjaga daripada tidur dengan mata bertahi bukan?
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Mungkin ramai yang akan sangka bahawa adalah normal untuk individu terjaga daripada tidur dengan mata bertahi bukan?
Namun, sudah pasti lain pula ceritanya jika kondisi ini disertai dengan mata yang merah, gatal serta sukar untuk berkelip!
Jadi, kita semua harus faham dengan betul akan keadaan kesihatan sakit mata bertahi ini terlebih dahulu. Jom baca artikel ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mata, sila dapatkan di sini.
Untuk pengetahuan anda, organ mata memang akan menghasilkan mukus yang lebih dikenali sebagai rheum (tahi mata).
Ia akan dihasilkan pada setiap waktu untuk tujuan melindungi mata daripada anasir luar berbahaya seperti debu, bahan kimia atau benda asing.
Mukus ini sebenarnya tidak berbahaya namun boleh mengering lalu berkumpul pada mata sekiranya ia tidak dibuang secara manual.
Pada siang hari, rheum ini akan tertanggal sedikit demi sedikit secara semula jadi apabila mata mula berkelip.
Pada malam pula, rheum boleh mengering dan berkumpul akibat mata yang tidak berkelip ketika sedang tidur.
Namun ia akan jadi masalah apabila mukus ini terlalu banyak sehingga menyebabkan mata menjadi merah, gatal dan sukar untuk berkelip!
Seperti mana yang kami telah nyatakan di atas tadi, proses penghasilan mukus di mata adalah normal dan semua orang melaluinya.
Namun, ada beberapa punca yang menyebabkan rheum pada mata menjadi lebih banyak sekali gus menyebabkan mata merah dan gatal.
Berikut adalah beberapa punca sakit mata bertahi sehingga sukar untuk berkelip:
Jika mata banyak terdedah kepada anasir luar berbahaya seperti debu, bahan kimia atau benda asing, ia akan merengsakan mata.
Ekoran itu, organ ini akan menghasilkan lebih banyak mukus untuk melindunginya lantas menyebabkan ia berkumpul dan mengering.
Kondisi ini juga mungkin boleh terjadi akibat reaksi tubuh badan terhadap perubahan cuaca atau iklim tertentu (contohnya musim panas/sejuk).
Tindak balas ini mungkin akan menyebabkan mata individu menghasilkan lebih banyak mukus pada mata secara tidak terkawal.
Ada beberapa produk mata seperti kanta lekap, cermin mata atau alat kosmetik yang akan menyebabkan kerengsaan padanya.
Oleh itu, sila pilih dan beli produk mata yang sesuai setelah berbincang tentang pro dan kontranya dengan pakar mata.
Kondisi ini juga mungkin akan didalangi oleh jangkitan mikroorganisme berupa virus (viral conjunctivitis) atau bakteria (bacterium conjunctivitis).
Jika ia terjadi kepada anda, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dan ubatan.
Baca juga:
Ada satu kes di China melibatkan seorang wanita yang mengalami sakit mata bertahi sehingga sukar untuk membuka dan menutup mata.
Setelah disiasat, rupanya mangsa telah mengalami jangkitan pada bulu mata dan hampir 100 parasit ditemui pada bulu mata mangsa.
Parasit ini dikatakan telah berjangkit pada matanya daripada cadar tilam dan sarung bantal mangsa yang tidak ditukar selama 5 tahun!
Oleh itu, sila periksa dan tukar cadar tilam serta sarung bantal anda sekerapnya untuk mengelakkan anda juga terkena kondisi ini.
Kalian perlu tahu bahwa tahi mata yang normal adalah berwarna kekuningan serta tidak akan menyebabkan kemerahan, kegatalan atau kesakitan.
Ia adalah reaksi normal daripada organ mata untuk melindunginya daripada anasir luar berbahaya seperti yang kami telah nyatakan di atas.
Namun jika ia mula mengering dan berkumpul serta mengakibatkan mata sukar untuk dibuka atau ditutup, segera berjumpa doktor untuk diagnosis.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen