backup og meta

5 Fakta Kulit Yang Pelik Dan Luar Biasa, Info No. 2 Tak Ramai Yang Tahu!

5 Fakta Kulit Yang Pelik Dan Luar Biasa, Info No. 2 Tak Ramai Yang Tahu!

Kulit kita mempunyai pelbagai fungsi. Malah, ada banyak fakta tentang kulit wajah yang mungkin kita tidak tahu. Setiap inci kulit wajah kita mempunyai 19 juta sel, 650 kelenjar peluh, 20 saluran darah dan 1,000 saraf. Ajaib bukan!

Kulit juga merupakan organ yang paling besar. Hampir semua orang mempunyai kira-kira 2 meter persegi kulit pada badan masing-masing.

Bukan itu sahaja, 15% daripada berat badan kita sebenarnya terdiri daripada kulit!

Selain itu, ia merupakan pelindung utama kita daripada jangkitan bakteria atau anasir luar lain yang boleh membawa bahaya kepada sistem imun kita.

Sebab itulah, kita perlu menjaga kesihatan kulit untuk pastikan badan sentiasa sihat.

Semua orang kini mengambil berat tentang penjagaan kulit. Namun, sejauh mana sebenarnya anda tahu mengenai organ badan yang terbesar ini?

Dalam artikel kali ini, kami akan hidangkan anda beberapa fakta tentang kulit wajah yang mungkin anda tidak tahu. Pasti anda akan terkejut!

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

5 fakta tentang kulit wajah

Siapa sangka ada banyak informasi mengenai kulit yang kita tidak ketahui. Sama seperti organ lain, kulit juga perlu dijaga dengan rapi, barulah ia nampak cantik dan berseri!

Nak tahu fakta tentang kulit wajah yang lain daripada yang lain? Jom, ikuti perkongsian kami dalam artikel di bawah!

1. Anda stres? Kulit anda juga mungkin akan terkesan!

fakta tentang kulit wajah

Adakah anda stres? Kajian menunjukkan tekanan perasaan boleh menyebabkan reaksi negatif pada kulit.

Malah, ia boleh menyebabkan penyakit tertentu seperti psoriasis, ekzema, jerawat dan keguguran rambut menjadi semakin teruk.

Walau bagaimanapun, kulit juga boleh membuatkan anda stres! 

Walaupun kedengaran luar biasa, kulit kita sebenarnya mempunyai mekanisme yang tersendiri yang dapat menghasilkan signal tertentu yang menyebabkan stres.

Sebagai contoh, kulit kita akan menghasilkan hormon stres jika terdedah kepada sinaran ultraungu dan suhu yang tinggi. Sebab itulah, kita mudah rasa tertekan jika cuaca panas!

2. Kita akan ‘salin kulit’ sekali setiap 28 hari!

fakta tentang kulit wajah

Siapa sangka manusia juga akan salin kulit seperti ular! Malah, setiap minit, hampir 30,000 hingga 40,000 sel mati pada kulit kita akan luruh. Ini merupakan salah satu fakta tentang kulit wajah yang mungkin ramai tidak tahu.

Sebenarnya, lapisan kulit yang paling luar dan nipis, juga dikenali sebagai epidermis, akan bertukar setiap 28 hari. 

Menurut American Skin Association, sel-sel kulit ini mengambil masa sebulan untuk luruh.

Untuk pastikan kulit nampak sihat dan cantik, kita boleh memastikan proses ini berjalan lancar dengan melakukan exfoliation. Apa itu exfoliation? Anda boleh baca selebihnya di sini.

Kita digalakkan melakukan exfoliation sekurang-kurangnya seminggu sekali. Anda tidak perlukan produk yang mahal-mahal. Cukup sekadar mencari pencuci muka yang mengandungi asid salisilik, asid glikolik, AHA atau BHA.

Semua jenis asid ini dapat bertindak secara lembut pada kulit. Selain itu, elakkan membeli skrub fizikal yang terlalu kasar pada muka. 

Skrub ini tidak akan membuatkan wajah anda makin mulus. Malah, ia akan membuatkan wajah anda terluka dan mungkin menyebabkan jerawat menjadi semakin teruk!

3. Kulit sebenarnya membantu mengawal suhu badan!

Kulit kita bukan sahaja menjadi pelindung utama badan daripada anasir luar, ia juga membantu mengawal suhu badan melalui proses termoregulasi.

Tahukah anda mengapa kita berpeluh? Sebenarnya, ia merupakan satu cara kita menyejukkan diri. Kulit kita mempunyai jutaan kelenjar peluh yang tidak nampak dek mata kasar.

Malah, salur darah pada permukaan kulit juga memainkan peranan penting dalam mengawal suhu badan. Ia akan mengembang untuk memastikan badan sejuk dan mengecut untuk pastikan badan kekal hangat.

4. Mahukan kulit yang lebih cantik? Tambahkan sayur dalam diet!

tubuh

Ambil makanan yang berkhasiat dapat buatkan kulit lebih cantik? Betul! Ini merupakan salah satu fakta tentang kulit wajah yang ramai ambil ringan.

Kajian menunjukkan, pengambilan sayur-sayuran boleh membuatkan kulit nampak lebih sihat dan anjal.

Oleh sebab itu, jangan sesekali mengelak makan sayur. Lebih baik jika anda boleh pelbagaikan warna sayur yang diambil setiap hari.

Makan lebih banyak sayur yang mengandungi karotenoid seperti lobak merah, oren dan tomato. Sayuran ini mempunyai banyak vitamin dan mineral yang boleh membuatkan kulit wajah tampak berseri dan cantik.

Baca juga:

5. Kulit berubah? Ia mungkin tanda penyakit!

fakta tentang kulit wajah

Bukan stres sahaja yang boleh menyebabkan perubahan pada kulit. Banyak lagi kondisi serta penyakit lain yang boleh menyebabkan kulit kita alami perubahan.

Sebagai contoh, kulit kita akan alami gatal-gatal, naik ruam atau membengkak disebabkan alahan.

Malah, kulit yang berjerawat juga boleh menandakan wujudnya masalah hormon yang mungkin menjadi tanda kehamilan, perimenopaus atau menopaus.

Bukan itu sahaja, masalah jerawat yang serius juga merupakan simptom penyakit hormon seperti PCOS!

Terkejut dengan fakta tentang kulit wajah yang kami kongsikan di atas? Siapa sangka manusia juga ‘menyalin kulit’ sebulan sekali, kan!

Namun, jangan lupa. Jika anda mengalami sebarang masalah dengan kulit anda, jangan malu untuk berjumpa ahli dermatologi. Mereka dapat melakukan diagnosis yang bertepatan dan memberikan rawatan yang sesuai dengan kondisi anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. How the Body Regulates Heat. https://www.rush.edu/news/how-body-regulates-heat. Accessed on March 21, 2022. 
  2. Stress may be getting to your skin, but it’s not a one-way street. https://www.health.harvard.edu/blog/stress-may-be-getting-to-your-skin-but-its-not-a-one-way-street-2021041422334. Accessed on March 21, 2022. 
  3. Skin cancer. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/skin-cancer/symptoms-causes/syc-20377605. Accessed on March 21, 2022. 
  4. 23 Foods To Eat for Healthier Skin. https://health.clevelandclinic.org/23-foods-good-skin/. Accessed on March 21, 2022. 
  5. Skin Allergy. https://intermountainhealthcare.org/services/dermatology/conditions/skin-allergy/. Accessed on March 21, 2022.

Versi Terbaru

24/05/2022

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

5 Kebaikan Probiotik Untuk Kulit, Salah Satunya Boleh Buat Awet Muda!

Kulit Jadi Kering Semasa Berpuasa? Jom Ikut 5 Tips Kulit Sihat Ini


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 24/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan