backup og meta

Ramai Gemar Mandi Laut Tanpa Tahu Efeknya Kepada Kulit, Bermanfaat @ Bahaya?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 23/04/2021

    Ramai Gemar Mandi Laut Tanpa Tahu Efeknya Kepada Kulit, Bermanfaat @ Bahaya?

    Tidak dinafikan, mandi air laut adalah salah satu daripada aktiviti rekreasi yang sangat menarik untuk dilakukan ketika masa lapang.

    Bukan sahaja ia mampu menenangkan minda malahan juga bermanfaat sebagai satu peluang untuk menjalankan senaman berenang.

    Pun begitu, ketahuilah bahawa mungkin terdapat kesan mandi laut terhadap kulit kita! Persoalannya, adakah ia kesan yang bagus atau bahaya?

    Jom sama-sama kita semua mengetahui jawapannya melalui pembacaan artikel ini.

    Mandi laut, aktiviti yang sihat?

    Mungkin di era pandemik COVID-19 ini, adalah tidak sesuai untuk kita semua mengunjungi laut untuk bermandi-manda kerana virus masih berkeliaran di udara.

    Namun sebelum dan selepas pandemik ini berakhir nanti, aktiviti mandi laut wajar dipertimbangkan semula ekoran pelbagai manfaat yang wujud jika melakukannya.

    Pertama, kita akan mendapat manfaat dari sudut mental kerana suasana yang indah dan tenang di kawasan pantai sememangnya boleh merelakskan minda sebentar.

    Kedua, kita akan mendapat manfaat dari sudut fizikal ekoran aktiviti yang dilakukan ketika mandi laut seperti berenang, bersukan atau bermain di dalam laut.

    Pendek kata, ia memang merupakan aktiviti yang menyihatkan! Namun, perlukah kalian berwaspada?

    kebaikan berenang

    Kesan mandi laut terhadap kulit

    Ya, anda yang meminati aktiviti di laut wajar berwaspada kerana terdapat beberapa kesan buruk mandi laut terutamanya terhadap kulit.

    Menurut kajian yang dijalankan oleh Marisa Chattman Nielsen, seorang saintis dari University of California, kulit mungkin akan terjejas akibatnya.

    Beliau mengatakan bahawa akan berlaku perubahan mikrobiome kulit yakni dari aspek komposisi dan diversiti.

    Ia berpunca daripada patogen yang wujud di dalam laut dan akan melekat pada permukaan kulit individu walaupun selepas 24 jam naik ke permukaan pantai.

    Kesannya, anda mungkin berisiko mengalami jangkitan bakteria pada kulit yang seterusnya akan menyebabkan kegatalan, kerengsaan atau kebengkakan.

    Untuk pengetahuan anda, kesan mandi laut ini adalah lebih kurang sama seperti kesan mandi kolam yang mengandungi klorin di dalamnya.

    Disebabkan itu, pakar akan menyarankan anda agar mandi semula selepas tamat sesi mandi laut atau kolam untuk membersihkan tubuh badan dari segala bakteria.

    kesan mandi laut

    Kesan mandi laut terhadap rambut

    Bukan sahaja terhadap kulit, rambut juga mungkin akan mengalami kesan yang negatif berpunca daripada aktiviti mandi laut ini.

    Jika anda perasan, rambut kalian pasti akan menjadi sedikit keras atau kejung semasa dan selepas bermandi-manda di dalam air laut bukan? Itu mungkin petanda rambut rosak!

    Ini kerana air laut mempunyai kandungan garam yang sangat tinggi dan ia mungkin boleh jadi punca kepada kerosakan rambut anda itu.

    Namun kerosakan yang bakal dialami ini tidaklah terlalu teruk kerana ia mungkin akan kembali seperti sedia kala selepas kalian mencuci rambut.

    Disebabkan itu, anda dinasihatkan untuk mencuci rambut semula selepas mandi laut menggunakan syampu, pelembut atau perapi bagi mengembalikan kesihatan rambut kalian.

    Adakah risikonya tinggi?

    Baiklah, sekarang kita sudah tahu bahawa mandi laut mungkin akan mendatangkan beberapa kesan negatif terhadap tubuh badan terutamanya pada kulit dan rambut.

    Persoalannya, adakah risikonya tinggi?

    Menurut Dr Dana Hawkinson yang merupakan pembantu profesor di University of Kansas School of Medicine, risikonya adalah tidak tinggi.

    Ini kerana dalam kebanyakan kes, berenang di dalam air laut mungkin sukar untuk membuat seseorang itu mengalami jangkitan yang serius.

    kolam mandi

    “Manusia sudah berenang di lautan sejak dari zaman dahulu lagi dan ini menunjukkan bahawa aktiviti ini ternyata selamat untuk kalian lakukan’, kata beliau lagi.

    Pun begitu, ada beberapa faktor risiko yang akan membuatkan kalian lebih mudah mendapat jangkitan!

    Faktor risiko terkena jangkitan akibat aktiviti ini

    Walaupun ramai pakar kata ia adalah bagus dan tidak bahaya, individu masih perlu berjaga-jaga kerana wujud faktor risiko terkena jangkitan akibat mandi air laut seperti:

    Sekiranya ada faktor risiko di atas, sila batalkan niat anda dan cuba cari alternatif rekreasi yang lain.

    Dalam erti kata yang lebih mudah, mandi laut adalah satu aktiviti yang ternyata boleh menyihatkan namun ada beberapa perkara yang kalian perlu waspada.

    Ketahuilah bahawa ia mungkin akan mengakibatkan kulit dan rambut anda terjejas meskipun kesannya tidaklah begitu serius.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 23/04/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan