-
Merawat masalah kulit dan luka
Air laut mengandungi jumlah mineral seperti natrium, klorida, sulfat, magnesium dan kalsium yang lebih tinggi berbanding air sungai – yang menjadikan ia sangat berguna untuk merawat masalah kulit seperti psoriasis.
Mandi di lautan juga mendatangkan manfaat kepada penyakit kulit ekzema. Ini terutama kepada individu yang mempunyai ekzema yang kronik yang menghalang daripada mandi di kolam mengandungi klorin.

Tetapi tindak balas ekzema adalah berbeza-beza, ada yang merasa tenang dengan air laut, dan juga yang sebaliknya.
Kaya dengan garam mineral seperti natrium dan iodin, menjadikan air laut dianggap sebagai antiseptik, yang dipercayai mempunyai sifat penyembuhan luka. Tetapi berenang di lautan dengan luka yang terdedah, berisiko untuk mendapat jangkitan bakteria.
Garam mineral dalam air laut yang bergabung dengan matahari dapat membantu memulihkan beberapa masalah berkaitan kulit seperti ulser, lupus dan jerawat.
-
Atasi demam dan sinus
Menggunakan air masin untuk menyelesaikan masalah hidung berair atau membersihkan rongga hidung adalah satu terapi yang sering digunakan oleh individu yang menderita demam hay. Kebiasaannya disebabkan alahan, serta kerengsaan dan jangkitan sinus.