Kenali Jenis Rambut Anda

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 08/04/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Jenis rambut menentukan personaliti dan penampilan seseorang. Sebagai mahkota manusia, rambut memainkan peranan yang besar. Rambut yang tidak terurus memberikan petanda kepada orang bahawa empunya badan tidak kemas.

Begitu juga jenis rambut yang berbeza turut menandakan personaliti dan latar belakang seseorang. Malah, beberapa keadaan kesihatan juga boleh menunjukkan simptom dan tanda pada rambut serta kulit kepala.

Mari kenali jenis rambut anda.

1. Rambut lurus

Rambut lurus mencerminkan rambut yang paling lembut dan kuat berbanding jenis-jenis rambut yang lain. Rambut ini adalah paling susah untuk rosak kerana cecair sebum daripada kelenjar di kulit kepala mudah tersebar sehingga hujung rambut, memberikan perlindungan yang baik kepada rambut.

Ia juga sukar untuk menjadi kerinting dan merupakan jenis yang paling berminyak.

2. Rambut beralun

Jenis rambut ini adalah bergelombang dan mempunyai tekstur antara rambut lurus dan kerinting. Ia lebih cenderung menjadi kerinting berbanding rambut lurus.

Jika alunannya sederhana, ia mudah digayakan. Namun, alunan yang kasar agak susah digayakan dan memerlukan syampu dan gel yang sesuai untuk melembutkan teksturnya.

3. Rambut ikal mayang

Rambut jenis ini adalah sangat unik dan mungkin antara yang paling cantik, terutamanya bagi wanita. Ia bermula lurus daripada kulit kepala dan beralun di hujungnya. Tidak kurang juga mereka yang mendapatkan rawatan salon demi mendapatkan gaya rambut ini.

4. Rambut kerinting

Rambut kerinting adalah rambut yang mempunyai bentuk huruf ‘S’, atau kadangkala berbentuk huruf ‘Z’. Kebiasaannya, ia adalah tebal, tergantung kepada cuaca dan mudah rosak. Jika tidak dijaga dengan betul, sifat kerintingnya akan berkurang.

Sebaliknya, jika dijaga dengan baik, ia akan menjadi gaya rambut menarik yang hanya boleh digayakan oleh pemilik rambut kerinting sahaja.

Mengapa perlu tahu jenis rambut?

Mengenali jenis rambut anda adalah penting. Ia membantu anda menentukan gaya rambut paling sesuai dan cara menjaganya. Gaya hidup dan cara anda menjaga rambut anda dapat membantu mengekalkan kesihatan rambut serta mengurangkan keguguran.

Rambut adalah satu anugerah yang besar kepada seseorang. Hargailah ia walau apa pun jenis rambut anda. Setiap jenis adalah cantik terutamanya jika ia adalah semula jadi. Anda tidak perlu menghabiskan terlalu banyak duit menggayakan rambut untuk nampak cantik sehingga merosakkan sifat semula jadinya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Usus Tersumbat Boleh Bawa Maut, Awasi Jika Anda Kerap Muntah & Kembung Perut!

    Makanan dicerna mesti melalui usus. Tetapi jika wujud penyumbatan, proses tersebut boleh terhenti. Apakah punca masalah usus ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Penyakit Perut/Gastrousus, Pusat Kesihatan 19/01/2021 . 3 minit bacaan

    Jika Pernah Terlintas Ingin Membunuh Diri, Usah Berdiam! Lakukan 3 Perkara Ini

    Bunuh diri merupakan salah satu tanda penyakit mental seperti depresi. Jika anda atau rakan anda ada tanda-tanda ingin membunuh diri, jangan berdiam diri ya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Cegah Bunuh Diri, Kesihatan Mental 19/01/2021 . 3 minit bacaan

    Memori Otak Anda Akan Lebih ‘Power’ Kalau Kurang Ambil 5 Jenis Makanan Ini!

    Apa kata, kali ini kita lihat kepada makanan tidak berkhasiat yang boleh memberikan kesan negatif kepada otak, khususnya memori otak. Apakah makanan itu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Kesihatan Mental 19/01/2021 . 3 minit bacaan

    Ini Manfaat Kesihatan Jika Jaga Silaturahim, Antaranya Panjang Umur!

    Sudah menjadi lumrah kita untuk membina pertalian. Hubungan sihat mampu memberi manfaat terhadap kesihatan mental dan fizikal yang lebih baik.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 18/01/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    manfaat posisi tidur

    Posisi Tidur Mana Yang Paling Sihat? Cara Tidur Ini Boleh Buat Awet Muda Juga, Tau!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan
    buang IUD

    Pasang IUD Untuk Elak Mengandung? Awas, Ia Perlu Dibuang Jika Terjadi 7 Perkara Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan
    kelenjar air liur

    5 Masalah Kesihatan Yang Boleh Berlaku Pada Kelenjar Air Liur, Yang Terakhir Paling Menakutkan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan
    tanda kanser usus

    Lakukan Ujian Najis Untuk Kesan Kanser Kolorektal, Adakah Benar-benar Berkesan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan