Kulit yang sihat dan flawless adalah idaman bagi setiap wanita serta lelaki. Tetapi, apabila masalah kulit seperti jerawat muncul, ia mungkin menjadi tanda tanya kepada anda tentang puncanya.
Ini terutamanya apabila kulit bebas cela anda mulai breakout, adakah ia disebabkan oleh hormon atau kekotoran?
Tahukah anda, masalah kulit juga boleh terjadi apabila anda menggunakan produk penjagaan wajah yang baharu?
Ya, sering kali apabila ia berlaku kita cenderung untuk membuang produk tersebut kerana beranggapan ia tidak sesuai dengan kulit, tanpa mengetahui perbezaan antara purging dan breakout.
Jika perkara ini pernah berlaku kepada anda, sila ikuti artikel ini untuk mempelajari perbezaan kedua-dua masalah kulit ini.
Macam mana nak membezakan masalah purging dan breakout?
Terdapat perbezaan antara purging dan juga breakout. Jika anda mengalami masalah kulit berjerawat akibat faktor purging, usah risau kerana ia mungkin bermanfaat untuk anda!
Ciri-ciri purging akibat produk penjagaan kulit:
- Sering mendapat jerawat dengan kerap
- Jerawat senang dan cepat pulih
Ciri-ciri breakout akibat penggunaan produk:
- Jerawat berlaku pada kawasan yang jarang atau tidak pernah berlaku
- Kebiasaannya mengambil masa selama 8 sehingga 10 hari untuk muncul, matang dan mengecut
Pertama sekali, kerengsaan yang berlaku daripada penggunaan produk baharu yang bukan berasal dari retinoid, asid, atau pengelupasan mungkin merupakan reaksi alergi atau kulit sensitif.
Sekiranya anda melihat jerawat atau masalah kulit kekeringan berlaku di kawasan yang jarang berlaku, itu mungkin tindak balas terhadap produk baharu yang digunakan.
Dalam kes ini, lebih baik untuk menghentikan penggunaan produk tersebut secepat mungkin. Ini kerana, secara jelasnya, kulit anda tidak sesuai dengan produk tersebut.
Manakala, purging pula akan berlaku di kawasan muka yang biasa jerawat tumbuh dan ia lebih cenderung untuk pulih dengan cepat berbanding breakout.
Produk-produk yang boleh mencetuskan purging meliputi:
- Asid hidroksi (AHA, BHA dan PHA) dan asid buah
- Retinoid
- Rawatan vitamin C
- Pengelupasan
- Rawatan enzim
- Berus pembersih
- Alat mikrodermabrasi
Bersabar untuk satu kitaran kulit, atau kira-kira 28 hari
Masalah kulit yang purging bukan perkara yang memudaratkan kerana ia berlaku apabila produk dipakai berusaha untuk mempercepat pembuangan dan pembaharuan semula jadi kulit.
Ia mengambil masa kira-kira satu kitaran kulit iaitu 28 hari.
Kulit setiap individu adalah unik, dan jangka masa pulih juga berbeza dari individu ke individu.
Sekiranya purging berlangsung lebih lama dari 6 minggu, berjumpa dengan pakar dermatologi anda. Mungkin anda perlu menukar atau mengurangkan dos sesuatu produk.
Masih tidak pasti apa yang harus anda lakukan? Berikut adalah beberapa strategi untuk dicuba:
- Rehatkan kulit buat sementara waktu
Buat masa ini, cuba hentikan produk yang mencetuskan jerawat untuk menenangkan kerengsaan yang berlaku.
Anda boleh menilai semula kondisi kulit selepas kira-kira seminggu. Sekiranya jerawat telah mereda tetapi anda masih mengalami penyumbatan di bawah permukaan kulit, ini petanda bahawa anda masih perlu meneruskan proses purging.
- Kurangkan daripada menggunakan produk yang mengandungi bahan aktif
Berhati-hatilah agar tidak membebani kulit anda dengan menggunakan terlalu banyak bahan aktif sekali gus.
Waktu paling selamat untuk menggunakannya adalah pada waktu yang berlainan dalam masa sehari.
Sekiranya sukar, anda boleh lapiskan produk dengan jarak masa selama 30 minit sebelum meletak lapisan produk baharu.
Selain itu, anda juga boleh melangkau hari, seperti 2 atau 3 hari baru menggunakan produk tersebut.
- Pertimbangkan untuk menggunakan produk berasaskan niacinamide
Sekiranya anda bergelut untuk mencari produk aktif yang tidak akan menyebabkan purging atau breakout, niacinamide adalah pilihan yang tepat.
Ia bersifat tidak berasid dan mungkin boleh diterima dengan baik tidak kira apa jua jenis kulit anda.
Bahan ini juga merupakan antioksidan dan mempunyai banyak manfaat. Ia mampu merawat pigmentasi, jerawat, kedutan, kulit berminyak, pori-pori besar, kemerahan dan masalah kekeringan.
Terdapat cara untuk mengelakkan masalah kulit purging?
Sekiranya anda mempertimbangkan untuk menambahkan retinol, asid, atau produk pengelupasan ke dalam rutin penjagaan kulit anda tetapi tidak mahu mengalami kesan sampingan, anda boleh mengurangkan risiko purging.
Ahli dermatologi mencadangkan kaedah ease in. Sebagai contoh, pada minggu pertama, gunakan retinoid hanya 2 kali seminggu.
Kemudian untuk minggu kedua, gunakannya 3 kali pada minggu itu, sesuai dengan penggunaan harian.
Kaedah ini, katanya, akan membolehkan kulit anda untuk menyesuaikan diri secara beransur-ansur dengan produk tersebut.
Anda juga boleh mengikuti kaedah yang sama untuk produk asid pengelupasan dengan memastikan untuk memulakan aplikasi sekali seminggu, dan jangan melebihi 2 sehingga 3 kali penggunaan dalam masa seminggu.
Apa yang harus anda lakukan sekiranya kulit mulai purging?
Pakar menyarankan untuk mengikuti rutin penjagaan kulit yang lembut untuk mengelakkan masalah keradangan kulit berlaku dengan lebih parah.
Caranya dengan hanya menggunakan produk asas kulit seperti pembersih bebas sulfat, pelembap yang soothing, dan krim pelindung matahari pada siang hari.
Jika anda ingin menambah produk berasid ke dalam rutin penjagaan wajah, boleh, tapi pastikan ia dipakai dengan cara dan masa yang betul.
Sekiranya kulit anda masih ditumbuhi jerawat, sabar, kerana masalah kulit purging hanyalah sementara sehingga kulit yang baru dan sihat muncul.
Namun, adalah lebih baik jika anda berjumpa dengan pakar kulit terlebih dahulu.