Jerawat batu dianggap sebagai keadaan kulit yang paling biasa berlaku. Setiap orang mengalami jerawat sekurang-kurangnya sekali. Walaupun jerawat tidak mengancam nyawa, ia boleh meninggalkan parut yang sukar untuk dihapuskan.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
Jerawat batu dianggap sebagai keadaan kulit yang paling biasa berlaku. Setiap orang mengalami jerawat sekurang-kurangnya sekali. Walaupun jerawat tidak mengancam nyawa, ia boleh meninggalkan parut yang sukar untuk dihapuskan.
Oleh itu, pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. Berikut adalah 8 cara cegah jerawat pada kulit anda:
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.
Memastikan kulit bersih adalah cara terbaik untuk mencegah jerawat kerana ia terjadi hasil daripada sel-sel kulit mati, sebum dan kotoran terkumpul.
Walau bagaimanapun, pastikan anda menggunakan pencuci yang lembut untuk mengelakkan penyingkiran minyak semula jadi pada kulit anda.
Kebanyakan rawatan topikal cenderung mengeringkna kulit anda. Untuk mengelakkan kekeringan dan kulit mengelupas, anda perlu pelembap dengan label tidak komedogenik (tidak menyumbat liang roma).
Jika anda mempunyai acara istimewa di mana anda perlu memakai solekan, gunakan produk bebas minyak sahaja dan jangan lupa untuk mencucinya sebaik sahaja anda pulang ke rumah.
Apa yang anda gunakan pada rambut anda boleh sampai pada kulit wajah, menyebabkan liang tersumbat dan kerengsaan. Anda dinasihatkan untuk bertukar kepada syampu dan perapi lembut.
Menyentuh muka anda dengan kerap akan menyebarkan bakteria dari jerawat anda ke kawasan yang tidak dijangkiti, menyebabkan lebih banyak jerawat dan keradangan.
Anda mungkin tidak dapat menahan diri daripada memicit jerawat anda keluar, tetapi hanya lakukannya kadangkala dengan tangan yang bersih.
Sinaran UV dalam cahaya matahari boleh menyebabkan kerengsaan jerawat, menjadikannya mungkin untuk meninggalkan kesan bintik hitam kelak. Setiap kali anda keluar, pakai baju lengan panjang dan seluar.
Gunakan pelindung matahari dengan sekurang-kurangnya 30 SPF 20 minit sebelum anda keluar rumah.
Kajian telah menunjukkan kaitan antara produk tenusu dan jerawat hormonal. Jika jerawat anda adalah disebabkan oleh hormon yang tidak seimbang, anda mungkin perlu untuk berhenti makan produk tenusu.
Anda juga digalakkan menambah sayur-sayuran dan buah-buahan dalam hidangan harian anda.
Salah satu cara cegah jerawat adalah kekal aktif secara fizikal akan memberi manfaat kepada seluruh kesihatan anda, termasuk keadaan kulit anda. Walau bagaimanapun, pastikan anda mencuci muka dan mandi dengan segera selepas bersenam.
Melaksanakan langkah-langkah kecil ini setiap hari akan memastikan anda terselamat daripada jerawat batu. Langkah ini tidak mahal atau sukar, tetapi anda perlu komited dengannya. Akhirnya, kulit anda akan berterima kasih dengan kesungguhan anda.
Guna kalkulator ini untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dan semak tahap kesihatan berat badan anda. Anda juga boleh menyemak BMI anak di sini.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen