Malu dengan siku yang berwarna gelap dan hitam? Sudah cuba pelbagai cara putihkan siku dan lutut namun semuanya tidak berkesan? Jangan runsing, dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan beberapa cara hilangkan siku hitam yang mungkin dapat membantu anda.
Ingin tahu apakah tip dan cara putihkan siku? Jom, baca penjelasan lanjut di bawah!
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.
Siku gelap, adakah ia sesuatu yang normal?
Kulit yang gelap di sekitar siku merupakan sesuatu yang normal. Manakan tidak, kawasan ini lebih banyak terdedah kepada geseran dan tekanan.
Sepanjang hari, kita akan letakkan siku atas meja, bersandar sambil meletakkan siku pada dinding dan banyak lagi. Tekanan dan juga geseran inilah yang menyebabkan siku kita jadi kasar, gelap dan ‘berkerak’.
Bukan itu sahaja, masalah ini juga lazim dalam kalangan mereka yang mempunyai kulit yang lebih gelap. Individu berkulit gelap menghasilkan lebih banyak melanin, sejenis pigmen semula jadi yang melindungi kulit daripada sinaran UV matahari.
Selalunya, masalah siku gelap bukanlah tanda sebarang penyakit. Namun, ia mungkin merupakan simptom beberapa jenis penyakit, contohnya diabetes.
[embed-health-tool-bmi]
Punca siku gelap
Ada beberapa punca kawasan siku menjadi gelap. Antaranya:
- Geseran akan menyebabkan kulit siku menjadi lebih tebal dan gelap berbanding kawasan lain.
- Pendedahan terhadap cahaya matahari.
- Pengumpulan sel-sel kulit mati.
- Melasma, hiperpigmentasi yang lazim berlaku selepas hamil.
- Hiperpigmentasi disebabkan luka atau inflamasi.
- Kesan sampingan ubat.
- Penyakit kulit seperti dermatitis atau psoriasis.
Cara putihkan siku secara semula jadi
Siku anda gelap? Jangan risau, ada banyak cara hilangkan siku hitam secara semula jadi yang anda boleh cuba.
Kebanyakan cara putihkan siku yang kami berikan di bawah boleh dilakukan dengan barang-barang dapur sahaja.
Jom cuba!
1. Gunakan perahan lemon
Lemon merupakan sejenis buah yang sering digunakan untuk tujuan kecantikan.
Ia mempunyai vitamin C yang dapat mencerahkan kulit. Malah, penggunaan yang berpanjangan juga mungkin dapat mengurangkan masalah kulit gelap di sekitar siku dan lutut.
Mula-mula, perahkan jus lemon dan urut pada kawasan yang terjejas. Tunggu 10 minit dan kemudian bilas seperti biasa dengan air suam.
Selalunya, perubahan dapat dilihat dalam masa beberapa minggu.
Cara putihkan siku 2: Sapu pelembap
Kulit yang berwarna gelap sekitar siku juga mungkin disebabkan kekeringan, terutamanya pada waktu sejuk.
Cara yang termudah untuk memastikan kulit kekal hidrat adalah dengan pemakaian pelembap.
Anda boleh gunakan apa sahaja pelembap yang dijual di pasaran. Walau bagaimanapun, pilih pelembap yang diformulasi khas untuk kulit badan.
Selain itu, anda juga boleh gunakan gel aloe vera. Sapukan pada kawasan siku untuk pastikan kulit sentiasa lembap.
Anda juga boleh gunakan gel dari daun aloe vera dan sapukan terus pada kulit. Tetapi, jangan lupa bilas ya!
Baca juga:
- Ini Cara Pakai Masker Yang Betul, Bukan Main Letak Sahaja Atas Muka!
- 5 Langkah Rawat Kulit Kaki Kering & Gatal, Cara Terbaik Guna Skrub Dengan Madu?
3. Gunakan kunyit
Kunyit bukan sahaja digunakan untuk menggoreng atau menyedapkan makanan. Ia juga mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan, salah satunya adalah untuk kecantikan wajah.
Menurut kajian, penggunaan kunyit mungkin dapat membantu mengurangkan kedutan dan bintik hitam pada kulit. Walau bagaimanapun, masih banyak lagi kajian lain yang perlu dilakukan untuk mengesahkannya.
Kunyit juga mengandungi sejenis komponen yang dikenali sebagai curcumin. Bahan ini dikatakan dapat mengurangkan masalah kulit gelap, terutamanya pada siku dan lutut.
Sebagai panduan, anda boleh sediakan skrub kunyit mengikut resipi di bawah:
- Campurkan kunyit dengan 1 sudu susu.
- Sapukan pada kawasan siku dan lutut.
- Biarkan selama beberapa minit sehingga kering.
- Bilas seperti biasa menggunakan air suam.
Cara putihkan siku 4: Guna minyak kelapa
Satu lagi remedi yang mungkin berkesan sebagai cara putihkan siku ialah minyak kelapa. Minyak kelapa kaya dengan vitamin E dan juga asid lemak yang bermanfaat untuk kulit.
Mula-mula, urut kawasan yang terjejas dengan minyak kelapa. Kemudian, pastikan ia meresap sepenuhnya pada kulit.
Kemudian, mandi seperti biasa sehingga badan tidak lagi rasa berminyak. Pada waktu ini, cuba elakkan menyabun kawasan siku untuk pastikan minyak tidak tertanggal.
5. Minyak zaitun dan gula
Selain itu, anda juga boleh gunakan gabungan minyak zaitun dan gula. Campuran ini boleh dijadikan skrub badan yang dapat membuang sel-sel kulit mati.
Gula merupakan exfoliant semula jadi. Minyak zaitun pula dapat memastikan kulit kekal hidrat.
Untuk pengetahuan anda, skrub badan semula jadi ini juga merupakan kegemaran pengamal spa di luar sana.
Jadi, jika anda ingin memanjakan diri di rumah, cubalah gunakan skrub DIY ini. Bukan siku sahaja yang bakal jadi cerah, badan pun sama!