Ada kalanya, kulit yang berasa gatal boleh menyebabkan ketidakselesaan yang berpanjangan khususnya ketika tidur. Namun anda tidak perlu berasa khuatir. Ini kerana ada beberapa petua hilangkan gatal kulit yang boleh anda cuba di rumah. Ini 5 cara tradisional menghilangkan gatal kulit.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.
Apa penyebab tiba-tiba gatal seluruh badan?
Ada banyak sebab kulit menjadi gatal-gatal. Antara penyebab tiba-tiba gatal seluruh badan terbesar adalah perubahan cuaca di sekitar kita.
Sebagai contoh, udara yang lembap ketika musim panas akan menyebabkan persekitaran menjadi lebih kering.
Sekiranya kulit anda sudah sedia ada kering, maka persekitaran seperti ini akan menyebabkan keadaan tersebut menjadi lebih buruk.
Sama juga seperti ketika anda mandi air panas di rumah, ia boleh mendorong kulit untuk menjadi lebih kering berbanding jika anda mandi air sejuk atau suam.
Namun, perubahan cuaca bukanlah satu-satunya penyebab tiba-tiba gatal seluruh badan.
Gigitan serangga, penyakit kulit tertentu, dan juga alahan merupakan antara punca lain kulit menjadi gatal.
Petua hilangkan gatal kulit
Terdapat beberapa cara tradisional menghilangkan gatal kulit yang anda boleh cuba di rumah.
Ia tidaklah sesukar mana dan hanya menggunakan bahan-bahan yang ringkas dan mudah didapati.
Ini caranya:
1: Sejukkan kawasan yang gatal
American Academy of Dermatology mencadangkan bahawa, cara yang baik untuk melegakan kulit gatal adalah dengan meletakkan kain sejuk yang basah atau pek ais pada kawasan kulit yang gatal selama 5 hingga 10 minit.
Penyejukan membantu mengurangkan keradangan yang mungkin menyebabkan kegatalan. Selain itu, anda juga boleh menyimpan krim dan losyen pelembap di dalam peti sejuk.
Ini akan memastikan ia mempunyai kesan penyejukan langsung apabila anda menyapunya pada kulit.
Petua hilangkan gatal kulit 2. Guna oatmil koloid
Apakah oatmil koloid? Ia diperbuat daripada biji oat dan diadun menjadi serbuk halus yang larut dalam air.
Larutan yang disapukan pada kulit gatal akan membentuk lapisan pelindung pada permukaan kulit, yang membantu mengelakkan kulit kering.
Oatmil koloid ini boleh membantu melegakan kekeringan dan kegatalan.
Oatmil koloid juga mempunyai ciri antioksidan dan antiradang yang diketahui boleh membantu mengurangkan kerengsaan pada kulit.
Satu kajian kecil pada tahun 2015 mendapati bahawa, oatmil koloid mengurangkan masalah berikut:
- Kulit bersisik
- Kekeringan kulit
- Tekstur kulit yang kasar
- Kegatalan tahap ringan hingga sederhana
3: Sapu krim pelembap
Krim dan losyen pelembap boleh membantu melembapkan lapisan paling luar kulit.
Ia penting untuk menguruskan keadaan kulit yang menyebabkan kegatalan dan kekeringan.
Pelembap yang baik mengandungi kandungan humektan dan emolien.
Humektan berperanan menyerap air ke dalam kulit, manakala emolien pula membentuk lapisan pelindung di atas permukaan kulit, yang membantu mengekalkan kelembapan.
4. Petua hilangkan gatal kulit akibat hama dengan baking soda
Soda penaik atau baking soda mempunyai sifat antikulat, dan kajian mencadangkan ia adalah rawatan yang berkesan untuk pelbagai keadaan kulat kulit penyebab kegatalan.
Persatuan Ekzema Kebangsaan Amerika Syarikat mengesyorkan penambahan satu perempat cawan baking soda ke dalam air mandian suam.
Selain itu, anda juga boleh mencampurkan baking soda dengan sedikit air untuk membentuk pes dan boleh disapukan terus pada kulit yang gatal.
5: Sapukan menthol, antara petua hilangkan gatal kulit akibat hama
Menthol adalah minyak pati yang terdapat dalam tumbuhan daripada keluarga pudina.
Ia mempunyai kesan penyejukan dan boleh menjadi antara petua hilangkan gatal.
Kajian pada 2012 dilakukan untuk menyiasat sama ada minyak pudina yang mengandungi mentol, boleh merawat kulit gatal dengan berkesan pada wanita hamil.
Peserta kajian menyapu minyak pada kawasan kulit yang gatal dua kali sehari selama 2 minggu.
Mereka yang menggunakan minyak infusi pudina melaporkan pengurangan ketara dalam tahap keterukan gatal berbanding mereka yang menggunakan produk lain.
Namun, anda perlu sentiasa mencairkan minyak pati dalam minyak asas lain sebelum menyapunya pada kulit.
Kesimpulan
Namun ingat, petua hilangkan gatal kulit yang kami kongsikan ini hanya sesuai untuk gatal-gatal ringan seperti kulit kering atau digigit serangga.
Bagi gatal yang berpunca daripada masalah kulit seperti cara hilangkan gatal di badan, sila berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.