8 Langkah untuk Mencegah Jerawat

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Jerawat dianggap sebagai keadaan kulit yang paling biasa berlaku. Setiap orang mengalami jerawat sekurang-kurangnya sekali. Walaupun jerawat tidak mengancam nyawa, ia boleh meninggalkan parut yang sukar untuk dihapuskan. Oleh itu, pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. Berikut adalah 8 langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah  jerawat pada kulit anda:

Cuci muka anda dua kali sehari

Memastikan kulit bersih adalah cara terbaik untuk mencegah jerawat kerana ia terjadi hasil daripada sel-sel kulit mati, sebum dan kotoran terkumpul. Walau bagaimanapun, pastikan anda menggunakan pencuci yang lembut untuk mengelakkan penyingkiran minyak semula jadi pada kulit anda.

Gunakan pelembap

Kebanyakan rawatan topikal cenderung mengeringkna kulit anda. Untuk mengelakkan kekeringan dan kulit mengelupas, anda perlu pelembap dengan label tidak komedogenik (tidak menyumbat liang roma).

Hadkan penggunaan solek

Jika anda mempunyai acara istimewa di mana anda perlu memakai solekan, gunakan produk bebas minyak sahaja dan jangan lupa untuk mencucinya sebaik sahaja anda pulang ke rumah.

Berhati-hati dengan produk rambut

Apa yang anda gunakan pada rambut anda boleh sampai pada kulit wajah, menyebabkan liang tersumbat dan kerengsaan. Anda dinasihatkan untuk bertukar kepada syampu dan perapi lembut.

Hentikan memicit kulit anda

Menyentuh muka anda dengan kerap akan menyebarkan bakteria dari jerawat anda ke kawasan yang tidak dijangkiti, menyebabkan lebih banyak jerawat dan keradangan. Anda mungkin tidak dapat menahan diri daripada memicit jerawat anda keluar, tetapi hanya lakukannya kadangkala dengan tangan yang bersih.

Elakkan pendedahan cahaya matahari

Sinaran UV dalam cahaya matahari boleh menyebabkan kerengsaan jerawat, menjadikannya mungkin untuk meninggalkan kesan bintik hitam kelak. Setiap kali anda keluar, pakai baju lengan panjang dan seluar. Gunakan pelindung matahari dengan sekurang-kurangnya 30 SPF 20 minit sebelum anda keluar rumah.

Awasi diet anda

Kajian telah menunjukkan kaitan antara produk tenusu dan jerawat hormonal. Jika jerawat anda adalah disebabkan oleh hormon yang tidak seimbang, anda mungkin perlu untuk berhenti makan produk tenusu. Anda juga digalakkan menambah sayur-sayuran dan buah-buahan dalam hidangan harian anda.

Kerap bersenam

Kekal aktif secara fizikal akan memberi manfaat kepada seluruh kesihatan anda, termasuk keadaan kulit anda. Walau bagaimanapun, pastikan anda mencuci muka dan mandi dengan segera selepas bersenam.

Melaksanakan langkah-langkah kecil ini setiap hari akan memastikan anda terselamat daripada jerawat. Langkah ini tidak mahal atau sukar, tetapi anda perlu komited dengannya. Akhirnya, kulit anda akan berterima kasih dengan kesungguhan anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Muncul Banyak Bintik Putih Pada Buah Zakar, Adakah Benar Ia Tanda Kanser Testis?

    Ada yang percaya bahawa muncul bintik putih pada buah zakar adalah petanda kanser testis. Adakah ia benar? Jom klik artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 01/09/2020 . 3 minit bacaan

    Bukan Sebab Hormon Sahaja, Beronani Juga Boleh Jadi Punca Jerawat?

    Melancap ialah sebahagian daripada kehidupan seks, baik lelaki dan wanita. Namun, adakah ia memberi kesan kepada kita? Adakah ia menjadi penyebab jerawat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 20/08/2020 . 3 minit bacaan

    Pakai Makeup Bagi Kulit Berjerawat, Boleh Ke? Bagaimana Pula Kalau Berkongsi Alat Solek?

    Rakan baik anda mungkin mengatakan bahawa anda harus berhenti memakai makeup kerana ia menjadi faktor kulit berjerawat anda. Ini ke sebab jerawat tumbuh?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 19/08/2020 . 3 minit bacaan

    Ini Sebab Jerawat Muncul Pada Setiap Anggota Badan, Kalau Nak Cegah, Kena Tahu Punca Dulu!

    Masalah jerawat boleh akibatkan tekanan jika tidak dirawat. Jika anda struggle merawat masalah ini, anda harus mengetahui punca jerawat badan dan muka.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 24/07/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kondisi kulit yang sihat

    Apakah Maksud Kulit Cantik & Sihat? Ini Rahsia Mendapatkannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 30/12/2020 . 5 minit bacaan
    kepentingan tidur untuk kesihatan

    Selalu Tak Cukup Tidur? Ini Sebab Mengapa Tidur Malam Penting Untuk Kesihatan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 29/12/2020 . 4 minit bacaan
    masalah jerawat

    Hati-Hati Kalau Nak Ambil Pil Jerawat Ini, Kena Faham Kesan Sampingannya Dahulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 02/10/2020 . 3 minit bacaan
    kondisi kulit semasa menopaus

    Kulit Boleh Berubah Ketika Menopaus? Ini Yang Perlu Anda Tahu, Jadi Boleh Bersiap-sedia

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan