6 Langkah Melawan Jerawat Remaja

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Ramai yang akan menghadapi masalah jerawat apabila mencapai usia akil baligh. Malah, Persatuan Dermatologi Amerika menganggarkan bahawa 85% daripada remaja akan mengalami masalah jerawat sekali sepanjang waktu remaja mereka.

Bagi remaja yang terlebih sensitif tentang penampilan mereka, jerawat yang muncul ibarat malapetaka pada harga diri dan keyakinan mereka. Bagi golongan muda terutamanya, manfaat kulit yang licin tidak dapat dinafikan. Malangnya, jerawat adalah salah satu masalah kulit yang paling sukar untuk dirawat. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa langkah untuk remaja mengurangkan atau menghapuskan jerawat.

Berikut adalah panduan langkah demi langkah yang anda dan anak remaja anda perlu tahu jika mereka mahu mencapai kulit bersih licin dan ianya lebih mudah daripada yang anda fikirkan!

Langkah 1: Gunakan pencuci yang lembut

Anda perlu mencuci dua kali sehari dengan pencuci yang lembut dan pencuci larut air untuk mengelakkan kemerahan, membantu kulit pulih, dan mengurangkan pengeluaran minyak. Elakkan sabun dan pencuci dalam bentuk sabun buku yang terlalu mengeringkan kulit kerana bahan-bahan daripada sabun boleh menyumbat liang. Selain itu, jangan menggunakan pencuci skrub kasar kerana kerengsaan boleh memburukkan lagi keadaan. Jerawat tidak boleh sewenang-wenangnya disental pergi.

Langkah 2: Eksfoliat (Pengelupasan)

Pengumpulan sel-sel kulit mati menyebabkan liang tersumbat adalah salah satu punca jerawat yang telah terbukti. Ia juga mungkin menyebabkan lapisan liang menjadi terlebih tebal disebabkan terlalu banyak sel kulit. Kedua-duanya boleh menyebabkan minyak menyumbat liang roma, yang memulakan proses jerawat. Gunakan produk yang mengandungi asid salisilik (BHA) adalah cara terbaik untuk pengelupasan. BHA yang membunuh bakteria, dan mempunyai ciri-ciri anti-kemerahan mengelupas dengan berkesan dan dengan lembut pada kulit dan dalam liang roma.

Langkah 3: Singkirkan bakteria penyebab jerawat

Kajian telah menunjukkan bahawa Benzoyl peroksida membunuh bakteriaa P. acnes. Ia adalah rawatan anti-jerawat tanpa preskripsi yang paling berkesan dan meluas. Cari produk dengan tekstur yang ringan dan tidak mengandungi sebarang bentuk perengsa.

Langkah 4: Melindungi daripada kerosakan matahari

Kulit tidak boleh menyembuhkan jerawat jika ia melawan kerosakan matahari setiap hari pada masa yang sama. Perlindungan matahari berspektrum luas daripada pelindung matahari yang ringan, pelindung matahari ringan dengan SPF 25 atau lebih tinggi akan mempercepatkan proses penyembuhan untuk jerawat dan akan menjaga kulit anda daripada kerosakan yang lebih teruk. Untuk perempuan, foundation dan/atau bedak dengan pelindung matahari adalah alternatif yang baik.

Langkah 5: Serap minyak

Malangnya, tidak ada cara untuk mengawal pengeluaran minyak disebabkan hormon. Walau bagaimanapun, anda boleh membantu mengawal minyak yang berasal dari permukaan kulit dengan tidak menggunakan produk terlalu emolien dan dengan menyerap minyak apabila mungkin. Pilihan yang terbaik adalah dengan menggunakan masker tanah liat lembut secara berkala dan menggunakan kertas menyerap minyak sepanjang hari. Pastikan apa sahaja produk yang anda gunakan tidak mengandungi perengsa seperti menthol, camphor dan alkohol, yang sebenarnya biasa dalam kebanyakan produk anti-jerawat.

Langkah 6: Picit dengan berhati-hati

Jika anda tidak dapat meninggalkan jerawat yang mengganggu, tapi terlebih menekan atau mencucuk akan membawa kepada parut dan membuat segala-galanya kelihatan dan berasa lebih teruk. Walau bagaimanapun, jika anda tahu bagaimana untuk membuang kandungan jerawat dengan betul dan mengurangkan keradangan selepas itu, melakukan perkara tersebut boleh  menggalakkan penyembuhan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tumbuh Bisul Pada Faraj Wanita? Usah Risau, Ini Cara Mudah Merawat, Hanya Di Rumah!

    Bisul di kemaluan adalah benjolan berisi nanah yang terbentuk di luar faraj akibat folikel rambut atau kelenjar minyak yang tersumbat. Ini cara merawatnya..

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 21/12/2020 . 3 minit bacaan

    Ini Cara Nak Tahu Ketuat Yang Tumbuh Pada Badan Normal Atau Sebab Sakit Kelamin!

    Masalah kulit seperti kutil biasanya tidak berbahaya dan boleh hilang dengan rawatan, tetapi ia mampu menjejaskan penampilan dan boleh jadi menyakitkan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Penyakit Kulit, Pusat Kesihatan 02/12/2020 . 3 minit bacaan

    Atasi Masalah Tumit Kaki Merekah Dengan 5 Bahan Dapur Di Rumah, Boleh Cuba, Ya!

    Masalah tumit merekah bukan lagi perkara asing buat kita dan mampu mencacatkan penampilan seseorang. Justeru, apakah rawatan terbaik bagi merawatnya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 30/11/2020 . 3 minit bacaan

    Bahaya! 6 Keadaan Kulit Ini Mungkin Petunjuk Anda Menghidap Penyakit Jantung

    Penyakit jantung berpotensi menjadi antara punca kematian sesetengah individu. Tapi, tahukah anda tanda amaran ia juga boleh dilihat dengan perubahan kulit?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kesihatan Jantung, Pusat Kesihatan 06/11/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    dermatitis atopik dan ekzema

    Dua-Dua Gatal, Tapi Apa Beza Kulit Dermatitis Atopik Dan Ekzema? Ini Jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 22/01/2021 . 3 minit bacaan
    sabun untuk ekzema

    Susah Nak Cari Sabun Sesuai Untuk Kulit Ekzema? Jangan Risau, Ini Beberapa Tip Perlu Tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 11/01/2021 . 3 minit bacaan
    kondisi kulit yang sihat

    Apakah Maksud Kulit Cantik & Sihat? Ini Rahsia Mendapatkannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 30/12/2020 . 5 minit bacaan
    kepentingan tidur untuk kesihatan

    Selalu Tak Cukup Tidur? Ini Sebab Mengapa Tidur Malam Penting Untuk Kesihatan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 29/12/2020 . 4 minit bacaan