Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Kenapa Kita Tidak Digalakkan Cukur Bulu Kemaluan Setiap Kali Sebelum Seks?
Ada banyak perkara atau rutin yang akan dilakukan oleh individu setiap kali sebelum seks seperti mandi untuk segar, makan untuk tenaga serta mungkin juga mencukur bulu kemaluan agar alat sulit kelihatan lebih menarik.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.
Kenapa ramai gemar mencukur bulu kemaluan?
Sebenarnya, mencukur bulu tidak kira pada kemaluan, kaki, tangan, ketiak dan lain-lain bahagian pada tubuh badan itu adalah pilihan peribadi diri sendiri. Anda bebas untuk mahu atau tidak buat.
Mungkin ramai individu yang beranggapan bahawa mencukur bulu kemaluan itu bertujuan untuk kebersihan dan kesihatan walhal tidak ada alasan atau sokongan dalam aspek perubatan.
Mencukur bulu kemaluan sebagai langkah menjaga kebersihan diri.
Menurut beliau lagi, perbuatan ini mungkin hanya akan membawa mudarat terutama jika tersalah cara. Anda berisiko tinggi untuk mengalami ketidakselesaan teruk pada alat sulit.
Dalam erti kata lebih mudah, ramai gemar cukur bulu kemaluan mereka untuk tujuan kebersihan dan kesihatan sedangkan ia hanya satu pilihan untuk nilai estetika sahaja.
Tetapi, ada satu anjuran yang kata kita tidak boleh main cukur bulu pada alat kelamin. Kenapa?
Jangan cukur bulu setiap kali sebelum seks!
Anjuran untuk tidak mencukur bulu kemaluan setiap kali sebelum seks itu bukannya datang tanpa sebarang sokongan atau alasan yang serba kukuh, ia terbukti boleh membawa kesan buruk.
Sebuah kajian terbitan jurnal Sexually Transmitted Infections menyatakan bahawa individu yang gemar cukur bulu alat sulit mereka tidak kira pada waktu apa pun mungkin lebih tinggi risiko STD:
Dalam pada itu, ada sebab utama lain kita perlu elak daripada mencukur bulu kemaluan setiap kali sebelum seks untuk menghindari penyakit jangkitan kelamin. Teruskan baca di bawah.
Risiko STD akan jadi lebih tinggi jika cukur!
Kita mungkin sudah tahu jika perbuatan cukur bulu alat sulit akan meningkatkan risiko STD. Kenapa?
Selain itu juga, cara cukur bulu di sekitar kemaluan yang kurang tepat juga boleh jadi punca bulu tumbuh ke dalam (ingrown hair), kondisi yang biasa berlaku di tempat ini.
Akibatnya, ia akan jadi seakan sebuah ‘pintu gerbang’ untuk kulat, bakteria atau virus itu masuk ke dalam tubuh badan sekali gus menyebabkan jangkitan penyakit seksual.
Maka, kita tidak digalakkan cukur bulu kemaluan setiap kali sebelum seks kerana khuatir jika ia boleh jadi punca STD. Namun, adakah itu bermakna anda tidak boleh langsung cukur bulu kemaluan? Atau, adakah ia perlu dibuat dengan cara lain?
Cara cukur bulu kemaluan yang betul…
Perbuatan ini tidak boleh asal dilakukan begitu sahaja tanpa ada asasnya. Ikuti panduan yang berikut:
Mari ikuti langkah mencukur bulu kemaluan.
Cara cukur bulu kemaluan #1. Menggunting itu lebih baik
Alat cukur bulu kemaluan ada banyak kaedah untuk buang bulu kemaluan termasukshaving, waxing, threading atau dengan krim. Namun, kaedah menggunting itu ternyata paling bagus kerana ia tidak akan menyentuh akar bulu lantas mengelak banyak masalah lain.
Cara cukur bulu kemaluan #2. Mencukur pada waktu tepat
Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, mencukur bulu alat kelamin setiap kali sebelum seks itu boleh membawa risiko STD. Jadi, apa yang anda perlu buat adalah mencukur ia pada waktu lain dan jauh dari waktu seks tersebut.
Cara cukur bulu kemaluan #3. Pastikan anda dan pasangan bebas STD
Dengan mengetahui perkara ini, maka anda tidak lagi perlu pening kepala memikirkan jika boleh atau tidak cukur bulu setiap kali sebelum seks kerana risiko itu mungkin sangat rendah.
[embed-health-tool-ovulation]
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Are there benefits to removing my pubic hair?, https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/adult-health/expert-answers/pubic-hair-removal/faq-20455693, Accessed Apr 20 2022.
Should I Shave My Pubic Hair Before Having Sex?, https://www.hopkinsallchildrens.org/Patients-Families/Health-Library/HealthDocNew/Should-I-Shave-My-Pubic-Hair-Before-Having-Sex, Accessed Apr 20 2022.
Should I Shave My Pubic Hair Before Having Sex?,
https://www.connecticutchildrens.org/health-library/en/teens/shave-query/, Accessed Apr 20 2022.
Should I Shave My Pubic Hair Before Having Sex?, https://kidshealth.org/en/teens/shave-query.html, Accessed Apr 20 2022.
42 Burning Questions on Body Shaving Answered by Flo, https://flo.health/menstrual-cycle/lifestyle/hygiene-and-beauty/44-burning-question-on-female-shaving-answered-by-flo, Accessed Apr 20 2022.