Seperti mana yang kita semua mungkin sudah sedia maklum, terdapat banyak penyakit jangkitan kelamin (STD) yang wujud di dunia ini. Penyakit gonorrhea adalah antara jenis STD yang kurang popular. Apakah definisinya? Apakah simptomnya?
Jom kita semua sama-sama ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenai penyakit ini dengan lebih mendalam lagi!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.
Apa itu penyakit gonorrhea?
Sebelum pergi dengan lebih lanjut adalah wajar untuk kita berkenalan dengan definisi sebenar tentang penyakit ini terlebih dahulu.
Untuk pengetahuan anda, gonorrhea adalah sejenis penyakit jangkitan kelamin yang disebabkan oleh bakteria bernama Neisseria gonorrhea.
Ia boleh merebak daripada satu individu ke individu lain melalui aktiviti seksual seperti penetrasi zakar ke dalam faraj, seks oral atau seks anal.
Apa yang lebih membimbangkan adalah ia juga boleh merebak daripada ibu kepada bayi semasa kelahiran!
Ya, mungkin Neisseria gonorrhea adalah bakteria yang menjadi penyebab utama kepada STD ini, namun terdapat beberapa faktor risiko lain termasuklah:
- Pernah mengalami gonorrhea
- Pernah mengalami STD jenis lain
- Mempunyai pasangan seks yang baharu
- Mempunyai pasangan seks ramai
- Melakukan seks bersama pasangan yang ada pasangan lain
Faktor risiko ini harus kalian jauhi dalam usaha mencegah komplikasi gonorrhea yang agak berbahaya.
Apa komplikasi umum penyakit gonorrhea?
Gonorrhea adalah salah satu daripada STD yang sangat berbahaya sekiranya lambat atau tidak dirawat.
Apa yang jelas adalah penyakit ini boleh menjangkiti alat sulit penderita sekali gus menjejaskan aspek fungsi serta mungkin rupa bentuk.
Pun begitu, mungkin ramai yang belum tahu bahawa ia juga boleh mengakibatkan kawasan lain mengalami kesan akibat bakteria ini.
Antara kawasan yang mungkin akan terjejas adalah:
- Rektum – Lubang dubur mengalami kegatalan, kesakitan serta keluar cecair atau darah
- Mata – Mata menjadi sakit, sensitif dan keluar cecair dari satu atau dua belah sekali gus
- Tekak – Tekak menjadi sakit dan bengkak terutamanya pada nodus limfa
- Sendi – Sendi menjadi sakit dan bengkak terutamanya ketika melakukan pergerakan
Ini adalah antara risiko umum yang akan berlaku sekiranya bakteria ini menjangkiti anda, namun ketahuilah bahawa terdapat perbezaan simptom gonorrhea di antara lelaki dan wanita.
Baca juga: