Bukan sahaja aspek fizikal akan terjejas malahan aspek mental juga akan terganggu akibat kecelaruan identiti.
Kesan kepada fizikal
Antara kesan yang paling ketara mungkin akan terjadi adalah penularan STD yang lebih mudah dan teruk.
Berikut merupakan beberapa contoh penyakit jangkitan kelamin yang berisiko buat golongan ini:
- Sifilis
- Herpes
- Hepatitis
- Gonorrhea
- Chlamydia
- Trichomoniasis
Namun ketahuilah bahawa penyakit-penyakit ini bukan sahaja lebih berisiko kepada golongan LGBTQ tetapi kepada anda yang tidak mengamalkan seks yang selamat.
Kesan kepada mental
Ini adalah aspek yang lebih sukar untuk diteliti oleh pakar kerana ada kesannya yang mungkin tidak akan tergambar pada raut wajah seseorang.

Pun begitu, jauh di sudut hati mereka sebenarnya sedang mengalami gangguan lantas mengganggu otak untuk berfungsi dengan baik.
Antara kesan yang pasti akan terjadi akibatnya adalah kecelaruan identiti – mereka sendiri mungkin tidak mengenal diri dengan betul.
Selain itu, terdapat juga kemungkinan untuk mereka ditimpa kegelisahan, kemurungan, stres, depresi atau lebih teruk lagi membunuh diri kerana tidak tahan dengan tekanan yang diterima daripada masyarakat.
Benarkah mereka lebih risiko terjangkiti sifilis?
Baiklah, sekarang kita berbalik semula kepada persoalan utama artikel ini iaitu benarkah lelaki homoseksual dan biseksual lebih risiko terjangkiti sifilis?
Jawapannya adalah mungkin ya jika mahu berpandukan pada kajian!
Menurut kajian yang dijalankan oleh Pusat Pengendalian Dan Pencegahan Penyakit (CDC), LGBTQ adalah golongan yang paling banyak terkena STD.
Kajian pada tahun 2014 itu turut mendedahkan bahawa berlaku peningkatan terhadap kes sifilis bagi lelaki homoseksual dan biseksual di seluruh dunia.
Dikatakan bahawa 83% daripada kes sifilis di dunia adalah berlaku di Amerika Syarikat yang merupakan negara bebas untuk berbuat apa sahaja.
Manakala pada tahun 2017 sehingga tahun 2018 pula, jumlah penderita sifilis dalam kalangan golongan ini di dunia meningkat kepada 14.4%.
Dalam erti kata yang lebih mudah, mungkin dapatlah kita simpulkan di sini bahawa lelaki homoseksual dan biseksual lebih risiko terjangkiti sifilis.

Apa perlu buat jika terjangkiti sifilis?
Jika ia berlaku kepada anda, sila segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjutan agar ia tidak melarat menjadi lebih teruk.
Tetapi apa yang lebih penting adalah mencegah daripada mengubat bukan?
Oleh itu, sila pastikan kalian lakukan seks dengan cara yang selamat:
- Gunakan kondom tidak kira ketika penetrasi, seks anal atau seks oral
- Elakkan berciuman atau berkucupan dengan pasangan yang dikhuatiri
- Jauhkan diri daripada mencuba melakukan aktiviti seks bersama ramai pasangan
- Lakukan ujian klinikal bersama pasangan dengan kerap
Jangan menghukum tapi kena mendidik!
Di sini, kami tidak kata anda boleh bebas menjalani hidup sebagai LGBTQ tetapi tidak juga ingin menghukum atau menghina anda yang terkeliru.
Ini kerana setiap manusia lahir dengan fitrah kejadian yang pelbagai dan kelainan itu mungkin akan berlaku sebagai ujian hidup di dunia ini.
Disebabkan itu, jangan menghukum tapi kena mendidik mereka yang sudah jauh terpesong ini!
Sama ada anda tergolong dalam kalangan lelaki homoseksual, biseksual atau sebarang golongan sekalipun, ketahuilah bahawa anda masih belum terlambat untuk berubah.
Untuk mendapatkan bantuan atau rawatan mengenai masalah yang anda hadapi, sila berjumpa doktor dengan segera okay!