home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Ini Sebabnya Kenapa Ujian Kesihatan Penting Sebelum Berkahwin! Jangan Kahwin Sebelum AMBIL Ya?

Ini Sebabnya Kenapa Ujian Kesihatan Penting Sebelum Berkahwin! Jangan Kahwin Sebelum AMBIL Ya?

Ikatan yang menyatukan dua hati ini selalunya diikat dengan rasa cinta daripada kedua-dua pihak.

Namun, sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin, ada lagi perkara penting yang perlu anda lakukan.

Salah satunya adalah dengan menjalani pemeriksaan kesihatan bagi kedua-dua belah pihak; bakal pengantin lelaki dan perempuan.

Kenapa saya perlu buat ujian kesihatan sebelum berkahwin?

Ahli psikologi percaya bahawa dengan mengetahui lebih awal akan kesihatan kedua-dua belah pihak, sebelum berkahwin dapat membantu pasangan untuk bersedia dari segi mental tentang sebarang kebarangkalian yang mungkin berlaku.

Perkara ini juga dilakukan bagi keselesaan psikologi setiap pasangan. Ini juga adalah kunci penting ke arah kebahagiaan perkahwinan.

Pemeriksaan kesihatan juga dapat menyediakan pasangan untuk mengesan penyakit yang berkaitan dengan masalah kesuburan.

Di samping itu, ia juga menjadi persediaan mental untuk setiap pasangan, yang dapat membantu mereka untuk mengelakkan fasa ‘terkejut’ selepas berkahwin atau melakukan keputusan yang betul untuk meneruskan kehidupan mereka bersama pasangan.

Dengan memahami kesihatan setiap pasangan juga dapat membantu anda merancang kehamilan!

berkahwin

Bila saya perlu ambil ujian ini?

Sebaik-baiknya enam bulan sebelum perkahwinan berlangsung adalah masa terbaik melakukan ujian, terutama untuk pasangan yang bercadang menikah dengan cepat.

Jika anda rancang untuk terus hamil selepas berkahwin, kedua-dua bakal pengantin perlulah menjalani pemeriksaan fizikal dan mendapatkan vaksinasi tambahan dan perubatan enam bulan sebelum hamil.

Apa akan terjadi semasa ujian ini?

Kebanyakan hospital menyediakan ujian kesihatan sebelum perkahwinan, termasuklah:

  • Sejarah perubatan peribadi dan keluarga
  • Pemeriksaan umum seperti berat badan, tinggi, tekanan darah, sistem pernafasan dan penghadaman, serta beberapa pemeriksaan lain
  • Pemeriksaan ultrabunyi umum untuk buah pinggang, pankreas, ureter, hati dan pundi
  • Untuk wanita, anda akan menjalani ujian pelvis; hysteroscopy, ujian tiub, ujian payudara, dan ujian pap faraj
  • Untuk lelaki pula, anda akan menjalani ujian ultrabunyi prostat dan ujian air mani. Dengan menjalankan ujian ini, doktor akan tahu kualiti sperma lelaki, serta menilai kesuburan mereka
  • Ujian darah: Ujian ini membantu doktor untuk mengenal pasti penyakit yang boleh disebarkan daripada bakal ibu kepada anak mereka nanti seperti hepatitis B dan penyakit kelamin lain
  • Urinalisis
  • Pemeriksaan hormon seks: estrogen, FSH, LH, progesterone (wanita), testosterone (lelaki)

kahwin muda

Dan, anda juga boleh melakukan ujian lain seperti ujian gula darah, lemak darah, buah pinggang dan juga fungsi hati.

Jika bakal pengantin perempuan ingin segera hamil selepas berkahwin, dia perlu mendapatkan imunisasi untuk cacar air, kancing gigi, rubela, campak, dan beguk.

Jika wanita tidak mahu terus mendapat anak selepas berkahwin, dia perlu mendapatkan nasihat khusus tentang kaedah merancang keluarga yang selamat dan efektif.

Tujuan utama ujian kesihatan sebelum berkahwin ini dibuat adalah untuk memastikan pasangan mendapat kehidupan yang bahagia selepas berkahwin.

Ujian-ujian ini juga dapat membantu mengesan, menghalang atau menyediakan rawatan untuk penyakit-penyakit yang serius sebelum berkahwin.

Masa depan kesihatan bakal anak anda juga akan lebih terjamin jika ujian dijalankan!

Baca juga:

health-tool-icon

Kalkulator BMI

Guna kalkulator ini untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dan semak tahap kesihatan berat badan anda. Anda juga boleh menyemak BMI anak.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin Disemak pada 5 hari lalu
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x