backup og meta

Kondom Berduri Buat Pasangan Lebih Cepat Puas? Ini Info Lengkap Tentangnya

Kondom Berduri Buat Pasangan Lebih Cepat Puas? Ini Info Lengkap Tentangnya

Ada banyak jenis kondom yang wujud di dalam pasaran dengan pelbagai tekstur, warna serta rasa. Tapi, jangan hairan kerana kami belum lagi cerita tentang kondom berduri!

Ya, memang wujud kondom berduri di farmasi dan pasaran ekoran ia sudah amat popular kini. Persoalannya, wujudkah sebarang manfaat atau mudarat akan penggunaannya?

Apa yang dimaksudkan dengan kondom berduri?

Dengan melihatnya sahaja sudah pasti akan mendatangkan rasa sakit atau ngilu pada alat sulit, apatah lagi jika menggunakan salah satu alat kontraseptif yang efektif ini.

Buat anda yang mungkin belum tahu, kondom jenis berduri ini memang akan mempunyai permukaan yang berduri, bergigi atau bergerigi pada luar namun bukan begitu tajam.

Alat ini sudah tentu dicipta untuk tujuan mengelakkan pasangan hamil luar jangkaan di samping demi menambahkan kenikmatan dan keghairahan ketika hubungan seks.

Sama juga dengan pelbagai lagi jenis kondom lain, kondom dengan duri dipercayai mampu untuk mengurangkan risiko seorang wanita hamil luar jangkaan sehingga 90%.

kondom berduri

Apa yang mungkin ramai individu masih kurang pasti dengan alat ini adalah adakah ia akan beri sebarang manfaat atau mudarat? Adakah ia bagus? Atau adakah ia berbahaya? Atau mungkin kedua-duanya sekali?

Kenapa wujud alat ini di pasaran?

Sesungguhnya, kepuasan dalam kehidupan seks adalah sesuatu yang agak sukar untuk didapati. Disebabkan itu juga, telah wujud banyak tip dan petua tentang perkara ini.

Antara tip atau petua yang paling popular adalah menggunakan kondom dengan variasi warna, rasa serta tekstur untuk memberikan pengalaman yang baru di kamar tidur.

Disebabkan idea untuk menggunakan kondom dengan ciri-ciri unik, maka telah wujud pelbagai jenis kondom yang aneh-aneh. Namun, ia masih boleh diterima oleh akal.

Melihat kepada kepentingan serta keunikan kondom jenis berduri, maka syarikat kondom akan mula menghasilkan lantas mengeluarkan kondom dengan ciri unik seperti duri bagi memenuhi setiap kehendak dan keperluan individu di luar sana.

Maka, tidak hairan jika produk yang sebegini sudah semakin banyak dan meriah di pasaran. Bagi diri anda sendiri pula, adakah kondom dengan duri bakal jadi pilihan?

Ini dia manfaat kondom dengan duri!

kondom berduri

Seperti mana yang kita semua mungkin sudah tahu, kondom normal atau biasa itu mempunyai tekstur licin dan halus. Ia mungkin begitu untuk memudahkan zakar masuk ke dalam faraj.

Manakala bagi kondom jenis berduri, teksturnya mungkin masih sama licin dan halus tetapi dengan tambahan duri-duri pada permukaan yang mungkin akan memberikan kesan yang lebih baik.

Menurut Pakar Seks, Dr Prima Progestian, gerigi atau gigi pada kondom yang menyerupai duri itu dapat bantu pasangan wanita anda untuk lebih cepat puas ketika seks.

Alasannya adalah kerana duri yang ada pada kondom tersebut akan terkena pada dinding faraj serta akan membantu merangsang klitoris – pusat saraf organ intim wanita.

Menurut Dr Progestian lagi, kondom dengan duri-duri juga mungkin bukan sahaja bagus buat wanita malah lelaki terutama jika mereka ada masalah ejakulasi pramatang.

“Tekstur kondom jenis berduri yang mungkin lebih tebal ditambah pula dengan gerigi atau gigi ini mungkin akan bantu lelaki yang ada masalah ejakulasi pramatang untuk lebih tahan lama ketika bersenggama dengan pasangan,” jelas beliau.

Ini pula mudarat kondom berduri!

Selepas membaca banyak manfaat kondom dengan duri di atas tadi, maka anda mungkin sudah mula mahu untuk mencari dan membeli kondom berduri di farmasi bukan?

kondom berduri

Tunggu dulu ya, anda juga perlu tahu bahawa setiap perkara itu ada pro dan kontra dan kondom jenis ini juga tidak terkecuali kerana masih wujud mudarat di sebaliknya.

Meskipun ia telah dicipta untuk tujuan dimasukkan dan digerakkan di dalam faraj dengan selesa serta selamat, namun masih ada kemungkinan timbul masalah di luar jangkaan.

Sebagai contoh, masih wujud risiko untuk duri-duri pada kondom itu akan mencederakan kawasan dalaman faraj pasangan wanita anda apabila ia dicipta daripada bahan-bahan yang mungkin lebih keras dan bahaya.

Dalam pada itu, wujud juga risiko di mana kondom ini mendatangkan reaksi alergi atau infeksi akibat kulat, bakteria atau virus terutama jika individu tidak mengamalkan cara jaga dan pakai kondom dengan baik.

Konklusinya, kondom berduri di farmasi itu masih boleh dibeli dan dipakai bergantung pada individu itu sendiri. Jika masih kurang pasti, dapatkan informasi dan nasihat daripada doktor.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Condoms, https://www.nhs.uk/conditions/contraception/male-condoms/, Accessed Apr 12 2022.
  2. Condoms, https://my.clevelandclinic.org/health/drugs/9404-condoms, Accessed Apr 12 2022.
  3. Male Condoms, https://wa.kaiserpermanente.org/kbase/topic.jhtml?docId=hw190504spec, Accessed Apr 12 2022.
  4. Male condoms, https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/condoms/about/pac-20385063, Accessed Apr 12 2022.
  5. What Are the Different Types of Condoms, and How Can One Use Them Properly?, https://www.issm.info/sexual-health-qa/what-are-the-different-types-of-condoms-and-how-can-one-use-them-properly, Accessed Apr 12 2022.

Versi Terbaru

10/01/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Ambil Tahu 4 Perkara Ini Sebelum Beli Kondom! Baru Lebih Nikmat & Sedap Dipakai

Kondom Untuk Wanita Pun Ada! Ini Beza Antara Kondom Lelaki & Kondom Perempuan


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 10/01/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan