Usai sahaja menonton adegan asmara yang hangat dan seks ganas di dalam filem erotik Inggeris bertajuk Fifty Shades of Grey, sudah pasti ada pasangan suami isteri yang terdetik di dalam hati kecil mereka untuk merealisasikan keinginan tersebut bersama pasangan masing-masing.
Persoalannya, adakah seks ganas itu sebenarnya lebih memuaskan berbanding hubungan seksual romantik? Untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut, sila ikuti artikel ini.
Sebelum itu, kita harus faham terlebih dahulu mengenai kedua-dua jenis seks ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.
Apa itu seks ganas?
Seks secara ganas adalah satu perlakuan seks yang berteraskan Sadomasochism, perihal seks yang membabitkan kepuasan dari rasa sakit atau rasa malu.
Ia sangat berkait rapat dengan aspek BDSM (bondage, discipline, dominance dan submission).
Para pelaku seks secara ganas ini cenderung untuk menggunakan pelbagai peralatan seperti tali, gari, pita pelekat atau kostum untuk tujuan role play.
Dalam pada itu, mereka juga banyak menggunakan peralatan seks seperti dildo atau vibrator untuk memuaskan nafsu mereka secara ganas.
Apa itu seks romantik?
Sama sekali berbeza dengan seks ganas, hubungan intim yang romantik ini lebih mementingkan aspek perasaan kasih sayang di antara pasangan suami isteri.
Ia kebiasaannya tidak melibatkan penggunaan apa-apa peralatan seks atau pemakaian kostum.
Ia juga tidak bersifat berat sebelah dan sangat menekankan keharmonian dan kesejahteraan di kamar tidur.
Dalam erti kata yang lain, ia cenderung kepada hak individu untuk mendapatkan yang terbaik dari pasangan demi memuaskan nafsu masing-masing.
Yang mana lebih memuaskan?
Sebenarnya, ia sangat bergantung kepada individu itu sendiri.
Ada individu yang tidak boleh menerima kelakuan ganas ketika melakukan seks dan ada pula individu yang gemar kelakuan seperti memukulatau menampar, yang boleh membuat mereka turn on.
Jadi, jawapan kepada soalan ini sangat subjektif.
Melainkan jika anda pernah terdetik untuk mencederakan pasangan atau individu lain secara berlebihan sehingga boleh mengakibatkan maut atau kecacatan kekal.
Jika ya, segera dapatkan rawatan lanjutan bersama pakar.
Hubungan seks ganas dari sudut sains
Dari sudut sains, kegilaan individu terhadap seks secara ganas ini ada kaitannya dengan reseptor kesakitan yang dikenali sebagai nociception.
Ia berfungsi untuk menghantar isyarat ke otak dan memberi respon kepada anggota badan sekiranya berlaku apa-apa rangsangan kesakitan.
Terdapat 3 rangsangan kesakitan yang anda perlu tahu, iaitu:
- Rangsangan kimia: Untuk rasa sakit akibat kulit melecur
- Rangsangan mekanikal: Untuk rasa sakit akibat kulit terluka
- Rangsangan thermal: Untuk rasa sakit akibat suhu panas atau sejuk
Baca juga: