backup og meta

7 Bahagian Sensitif Orang Lelaki, Sentuh 'Part' Itu Pasti Si Dia Tak Menolak!

7 Bahagian Sensitif Orang Lelaki, Sentuh 'Part' Itu Pasti Si Dia Tak Menolak!

Setiap pasangan suami isteri pasti mahukan hubungan intim yang sihat dan sejahtera, bukan? Oleh itu, tahu tak mana terletaknya zon erotik lelaki?

Namun, bagaimana jika si suami sering sahaja buat anda kecewa kerana tidak ‘bernafsu’ ketika bersetubuh?

Jangan risau, kami ada beberapa cara naikkan nafsu lelaki yang anda boleh cuba.

Para isteri, ini zon erotik encik suami yang anda perlu tahu!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

Zon erotik lelaki yang isteri perlu tahu!

#1. Bibir

Antara elemen yang paling penting dalam adegan foreplay tentu sekali adalah berkucupan bibir.

Ia adalah babak di mana anda dan pasangan perlu bertentang mata sambil mengungkapkan kata-kata cinta yang romantis.

Bahagian bibir lelaki sangat penuh dengan tisu kecil yang akan menghantar isyarat ‘geli’ sehingga ke tulang belakang mereka apabila disentuh dengan tangan atau bibir pasangannya.

Jadi, jangan lepaskan peluang ini. Tidak perlu meminta izin, terus sahaja rangkul lehernya dan kucup bibirnya dengan penuh keinginan. Bukankah unsur kejutan itu lebih menarik?

#2. Cara menggoda suami di leher

cara bersetubuh
Tip berhubungan intim bersama pasangan.

Seusai sahaja puas berkucupan dengan encik suami, apa kata anda turun sedikit ke bahagian lehernya pula?

Tidak kisah bahagian kiri atau kanan, sentuhlah di kawasan zon erotik ini.

Mungkin anda boleh mengucup dan menyentuh leher suami yang penuh dengan feromon. Dengan ini, bukan sahaja suami akan terangsang malah anda juga akan turut terangsang!

Zon erotik lelaki #3. Puting

Ya, tentu sahaja zon erotik pada tubuh badan lelaki ini akan wujud dalam senarai! Kenapa?

Sudah pasti cara naikkan nafsu lelaki dalam bentuk sentuhan pasti akan membuat mereka berasa geli-geleman sekali gus membangkitkan nafsu mereka.

Jadi, tidak perlu malu atau segan.

Minta suami buka baju atau anda sendiri boleh tanggalkannya dan tumpukanlah perhatian kepada putingnya yang comel umpama bunga matahari itu.

zon erotik lelaki
6 cara hangatkan hubungan intim kembali.

Bahagian sensitif lelaki #4. Punggung

Bagi para wanita, sudah pasti bahagian yang gebu dan montok ini akan menjadi perhatian anda bukan?

Manakan tidak, ia adalah kawasan pada tubuh badan lelaki yang paling seksi!

Jadi, belailah dengan lembut dan kadang kala cuba picit atau genggam punggung encik suami ketika dia sedang asyik mendayung bagi membuat dia lebih tersentak lantas bernafsu untuk terus bekerja keras.

#5. Zon erotik lelaki – Telinga

Pernahkah anda berbisik dan mendengus dengan begitu rapat di telinga suami?

Cuba lihat reaksi mereka, sudah pasti mereka akan sangat teruja mendengar anda mengerang ketika bersenggama, bukan?

Ini kerana bahagian telinga terutamanya cuping, adalah sangat sensitif terhadap apa-apa jenis rangsangan seperti:

  • Bentuk bunyian
  • Dengusan
  • Hembusan nafas

Jadi, ketika suami sedang asyik mendayung, bisikkanlah ke telinganya kata-kata cinta dengan nada yang sangat lembut. Dengan ini, encik suami pasti tidak akan mahu pandang perempuan lain lagi! Ini cara menggoda suami yang paling mudah.

Zon erotik lelaki #6. Ketiak

cara buat suami tergila gilakan isteri
Tip menggoda suami untuk bersetubuh.

Ketiak boleh buat kaum Adam turn on? Memang kedengaran agak aneh, bukan?

Namun, jangan terkejut! Ini kerana bahagian bawah lengan ini memang sudah sedia maklum adalah antara bahagian kegemaran para wanita.

Sebabnya, ketiak adalah bahagian pada tubuh badan yang penuh dengan feromon.

Pernah dengar atau tidak tentang menghidu ketiak suami, isteri boleh hilang migrain?

Selain itu, ia juga akan membuat lelaki tergoda jika ia disentuh dengan manja oleh tangan isteri yang kecil dan halus itu.

Cuma jangan mengigit ia pula ya? Takut encik suami terperanjat pula nanti.

Pun begitu, janganlah encik suami membiarkan sahaja ketiak berbau busuk, berkerak dan berdaki. Jika begitu, pasti si isteri akan lari.

Jadi, peliharalah ia dengan sebaiknya wahai kaum Adam!

#7. Alat kemaluan lelaki

Akhir sekali, sudah tentulah cara menggoda suami zon erotik lelaki ini terletak pada alat kemaluannya.

Jadi, bermainlah dengan zakar, testis dan sekitar kawasan ari-ari mereka untuk membangkitkan nafsu encik suami anda.

Mungkin para isteri perlu memberikan lebih tumpuan pada kawasan frenulum (kawasan urat di bawah kepala zakar), perineum (kawasan di antara skrotum dengan anus) atau prostat (kawasan G-spot lelaki).

Jadi, bagaimana anda mahu bermain dengan prostat encik suami?

Caranya, cuba masukkan jari telunjuk anda ke lubang dubur suami sehingga suami.

Tapi, jangan lupa gunakan pelincir juga ya?

Kesimpulan

Kini anda sudah mengetahui beberapa titik sensitif lelaki. Semoga ia bermanfaat buat para isteri yang ingin mencuba!

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Erogenous zones. https://sexinfo.soc.ucsb.edu/article/erogenous-zones. Accessed Mar 4, 2020.
  2. The 411 on g-spot orgasms. https://sexualbeing.org/blog/the-411-on-g-spot-orgasms/Accessed Mar 4, 2020.
  3. The Male G-Spot: Information and Location. https://www.sexualdiversity.org/sexuality/love/men/445.php. Accessed Mar 4, 2020.
  4. Tips to improve your sex life.https://www.helpguide.org/harvard/tips-to-improve-your-sex-life.htm. Accessed Mar 4, 2020.
  5. 9 Erogenous Zones Not to Ignore During Sex. https://www.aarp.org/home-family/friends-family/info-2024/erogenous-zones.html. Accessed Mar 4, 2020.

 

Versi Terbaru

07/05/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Tiada Lagi Masalah Tewas Awal Dengan 4 Petua Ini, Tip No. 4 Guna Kondom Ketika Beraksi!

Betul Ke Pelincir Faraj Dapat Kurangkan Rasa Pedih Ketika Bersama? Ini Jawapannya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan