backup og meta

Terangsang Bila Pasangan Bisik Nama Anda Ketika Beraksi? Ini Sebabnya Perlu Buat Lagi!

Terangsang Bila Pasangan Bisik Nama Anda Ketika Beraksi? Ini Sebabnya Perlu Buat Lagi!

Seks adalah satu aktiviti rutin yang wajar dilakukan dengan penuh hangat dan semangat oleh pasangan suami isteri.

Tanpanya, maka akan hambar, kelam, suram serta tidak bermaknalah kehidupan di kamar tidur buat kalian berdua.

Disebabkan itu, suami isteri perlulah bersifat bijak dan kreatif dalam merencanakan, seterusnya melaksanakan projek asmara agar ia terus kekal hebat.

Antara tips seks yang boleh kami cadangkan di sini adalah dengan menyebut nama pasangan tatkala beraksi. Kenapa?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual sila dapatkannya di sini.

Sebut nama pasangan ketika lakukan seks?

Ketika sedang beraksi di ranjang, komunikasi juga adalah antara perkara yang sangat penting bagi memastikan apa yang dilakukan bersama pasangan itu tepat dan betul.

Disebabkan itu, ramai pasangan yang gemar menggunakan panggilan manja seperti ‘abang’, ‘sayang’ dan lain-lain dalam usaha berkomunikasi secara lisan.

Tidak kurang juga ada yang menggunakan panggilan lebih nakal atau di luar kotak hanya kerana ingin memenuhi fantasi seksual yang selama ini diimpikan.

Pun begitu, tahukah anda bahawa ada satu panggilan yang akan membuat anda dan pasangan lebih bernafsu?

Untuk pengetahuan anda, panggilan tersebut adalah semudah menggunakan nama sebenar kalian berdua sahaja!

seks

Menurut Dr. Michelle Drouin yang merupakan Profesor Psikologi dari Purdue University Fort Wayne Amerika Syarikat, sebut nama pasangan ketika lakukan seks boleh buat ia lebih hangat dan hebat.

Ini kerana mengujar dan mendengar nama penuh seseorang itu dapat membuat individu terasa lebih dekat, disukai dan diperlukan.

Ambil contoh ketika kalian sedang bersosial di kelompok ramai dan tiba-tiba ada orang menyebut nama anda, sudah pasti anda akan mendengar dan menoleh bukan?

Samalah juga halnya ketika kalian berdua sedang bersenggama di ranjang kerana panggilan nama sendiri akan membuat anda dan pasangan lebih ‘turn on’!

Jangan salah sebut nama bekas kekasih pula!

Pakar Terapi Seks Cyndi Darnell menyatakan bahawa antara tips seks yang penting adalah cuba memanggil nama pasangan anda ketika berasmara dengan nama penuh mereka.

Ini akan membuat mereka berasa lebih teruja kerana ia akan memberi ilusi di mana nama pasangan anda itu kerap bermain dan berlegar di fikiran anda pada setiap masa.

Namun apa yang menjadi kegusaran adalah jika kalian tersalah sebut nama individu yang lain (bekas kekasih)!

Sementara itu, Dr. Jim Pfaus yang merupakan Profesor Psikologi dari Concordia University Amerika Syarikat menambah, adalah normal untuk anda tersalah menyebut nama orang lain tatkala berasa suka atau seronok.

seks

Ini disebabkan oleh sifat semula jadi otak manusia yang akan membuat kalian teringat atau terimbas sesuatu termasuklah nama individu ketika anda berasa suka atau seronok – dikenali sebagai efek euphoria.

Pun begitu, adalah tidak wajar untuk nama bekas kekasih diujar dan didengar oleh pasangan lebih-lebih lagi ketika kalian berdua sedang melayari bahtera kenikmatan bersama bukan?

Antara tips seks lain yang boleh anda cuba

Baiklah, sekarang kita sudah tahu bahawa sebut nama pasangan ketika bersetubuh dengan mereka adalah salah satu daripada tips seks yang wajar diikuti.

Selain itu, ada beberapa petua seks yang kalian berdua boleh cuba seperti:

#1. Kenakan pakaian yang seksi

Siapa sahaja yang suka tengok pasangan buruk, busuk dan comot sahaja bukan? Jadi bergayalah di hadapan pasangan anda!

Sebagai petua seks dari kami, mungkin kalian boleh cuba kenakan pakaian yang seksi seperti lingerie atau apa-apa sahaja pakaian yang boleh buat si dia terangsang.

#2. Realisasikan fantasi seks anda

Tiada apa yang perlu dimalukan kerana setiap orang pasti mempunyai fantasi seksual mereka masing-masing.

Oleh itu, cuba cakap dan ajak pasangan anda untuk bersama merealisasikan fantasi seks anda.

definisi hubungan seksual

#3. Lakukan variasi posisi seks

Ini adalah perkara yang sangat penting kerana kepelbagaian adalah antara perkara terpenting untuk mengelak kalian berdua bosan.

Jadi kenapa hanya perlu buat missionary? Terdapat banyak lagi posisi yang menarik untuk dicuba!

#4. Berkomunikasilah…

Akhir sekali, anda dan pasangan perlu sentiasa berkomunikasi sebelum, semasa dan selepas projek asmara berlangsung sebagai petua seks utama.

Ini sangat penting untuk membuat kalian tahu tentang apa yang disukai dan tidak disukai tentang aktiviti hangat anda dan pasangan.

Mungkin dengan berkomunikasi, kalian berdua mengujar dan mendengar nama penuh sendiri yang boleh buat kalian lebih ‘turn on’?

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.health.harvard.edu/healthbeat/11-ways-to-help-yourself-to-a-better-sex-life
  2. https://www.helpguide.org/harvard/tips-to-improve-your-sex-life.htm
  3. https://www.optionsforsexualhealth.org/facts/sti/safer-sex-tips/
  4. https://better.net/life/sex-relationships/7-naughty-ways-to-have-more-fun-in-bed/
  5. https://www.elitedaily.com/p/heres-why-hearing-your-name-in-bed-is-so-hot-according-to-a-sexpert-17930868
  6. https://www.vice.com/en_us/article/paebeb/why-we-call-people-the-wrong-name-during-sex

Versi Terbaru

06/09/2021

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Tiada Lagi Masalah Tewas Awal Dengan 4 Petua Ini, Tip No. 4 Guna Kondom Ketika Beraksi!

Betul Ke Pelincir Faraj Dapat Kurangkan Rasa Pedih Ketika Bersama? Ini Jawapannya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 06/09/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan