backup og meta

6 Soalan Tentang Seks Yang Ramai Wanita Malu Nak Tanya, Bimbang Dianggap 'Kolot'!

6 Soalan Tentang Seks Yang Ramai Wanita Malu Nak Tanya, Bimbang Dianggap 'Kolot'!

Setiap daripada kita mempunyai kisah tersembunyi yang tidak boleh dikongsi dengan individu lain. Jadi kita akan lebih bergantung kepada Google daripada individu lain walaupun rakan baik sendiri. Jadi, berikut adalah antara soalan tentang seks, yang mungkin sukar untuk ditanyakan.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

6 soalan tentang seks

#1. Apa yang perlu dilakukan jika zakar terlalu besar (atau terlalu kecil)?

Jika saiznya terlalu kecil dan tidak memberikan kepuasan kepada anda ketika melakukan hubungan seksual, terdapat kaedah yang boleh dilakukan untuk memuaskan anda.

Dia mungkin mempunyai kekuatan pada tangan atau kemahiran seks oral.

#2. Dia tidak pandai melakukan oral, apa yang perlu dilakukan?

seks oral

Setiap wanita memerlukan pelbagai rangsangan yang berbeza semasa seks oral disebabkan faktor badan yang  berlainan. 

Jadi adalah penting untuk meluahkan dan memberitahu kepada pasangan secara jujur tentang apa yang anda suka dan menyatakan betapa puasnya perasaan anda supaya dapat memberikan dia rasa terharu.

#3. Kenapa saya tidak merasa puas ketika melakukan hubungan seksual? 

Ia adalah antara soalan tentang seks dan situasi yang sering dialami oleh kebanyakan wanita. 

Dalam kebanyakan kes, ia adalah isu untuk mendapatkan bahagian yang tepat. Kebanyakan wanita tidak mengalami klimaks hanya dengan seks melalui faraj semata dan memerlukan lebih rangsangan klitoris daripada pasangan. 

Jika itu bukan alasannya, mungkin masalah kesihatan tertentu yang menjejaskan klimaks dan keinginan seks seperti diabetes, penyakit kardiovaskular, kemurungan, tekanan dan kemerosotan hormon.

#4. Berdarah dan sakit ketika hubungan seksual, adalah ia tidak normal?

Jika mengalami pendarahan selepas melakukan hubungan seksual, anda perlu mendapatkan pemeriksaan doktor.

Ia mungkin tanda jangkitan atau endometriosis yang mungkin disebabkan ujian Pap

#5. Adakah berkemungkinan untuk kencing ketika melakukan hubungan seksual?

pelincir seks

Jika anda merasakan keinginan untuk kencing, menurut Emily Morse, pengacara kepada rancangan Sex With Emily, ia adalah petanda yang baik.

Ini kerana, ia bermakna G-Spot dirangsang dengan betul dan anda cenderung untuk mencapai klimaks. Namun berkemungkinan akan mengeluarkan sedikit air kencing ketika hubungan seksual, terutama jika pundi kencing tidak mampu menampung kapasiti air kencing.

#6. Apa itu squirting?

Seperti yang dinyatakan, squirting adalah cecair di sekitar uretra. Cecair ini merupakan hasil rangsangan stimulasi G-spot yang sedang dalam keadaan ghairah. 

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

12 Embarrassing Sex Questions You’re Too Afraid to Ask. http://www.womenshealthmag.com/sex-and-love/embarrassing-sex-questions/slide/12 / Accessed December 8, 2016.

 

8 questions women are afraid to ask the doctor. http://komonews.com/news/healthworks/8-questions-women-are-afraid-to-ask-the-doctor /Accessed December 8, 2016.

Versi Terbaru

06/10/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Tiada Lagi Masalah Tewas Awal Dengan 4 Petua Ini, Tip No. 4 Guna Kondom Ketika Beraksi!

Betul Ke Pelincir Faraj Dapat Kurangkan Rasa Pedih Ketika Bersama? Ini Jawapannya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan