backup og meta

Pasangan Tinggi Lampai, Anda Pula Kecil? Ini 4 Posisi Senggama Paling SESUAI Untuk Kalian!

Pasangan Tinggi Lampai, Anda Pula Kecil? Ini 4 Posisi Senggama Paling SESUAI Untuk Kalian!

Jika anda mempunyai pasangan yang tinggi, pasti sukar untuk anda memeluk atau mencium mereka tanpa berjengket atau mereka membongkokkan badan. 

Memang biasa kita lihat pasangan yang mempunyai ketinggian badan yang agak ketara (seorang tinggi, seorang rendah), mereka perlu berada pada kedudukan yang selesa bagi menikmati sentuhan/interaksi romantik.

Perkara yang lebih penting lagi adalah ketika mengadakan hubungan seks. Ketinggian memainkan peranan penting memandangkan ia boleh menentukan posisi, keselesaan dan kenikmatan semasa melakukan hubungan seks.

Artikel ini akan membincangkan 4 posisi seks yang sesuai dilakukan oleh pasangan yang mempunyai ketinggian yang berbeza. Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

4 posisi seks yang sesuai dipraktikkan oleh pasangan tinggi

1. Cowgirl, posisi kegemaran gadis

posisi seks

Posisi cowgirl merupakan posisi yang digemari oleh ramai individu. Ia memberikan keupayaan kepada wanita yang berada di atas untuk mengawal kelajuan dan rentak seks di samping kedalaman penetrasi zakar ke dalam vagina.

Bagi lelaki atau wanita yang jauh lebih tinggi daripada pasangannya, posisi ini dapat memberikan keselesaan seksual berikutan anda tidak perlu tunduk, berjengket atau mengubah posisi badan jika ingin menyentuh atau melakukan aksi foreplay.

Posisi cowgirl dilakukan dengan pasangan lelaki berbaring di atas katil dan pasangan wanita berada di atasnya. Penetrasi zakar dilakukan ketika wanita tersebut berada dalam posisi duduk atau mencangkung.

Walau bagaimanapun, anda perlu berhati-hati kerana posisi ini dianggap sebagai salah satu posisi yang boleh menyebabkan kecederaan pada zakar. Ketika melakukan aksi sorong tarik, hentakkan tubuh anda perlahan-lahan. 

Nikmati posisi tersebut dan kawal rentak mengikut kemahuan pasangan anda. Jika anda berasa sakit ketika mencubanya, beritahu kepada pasangan anda dan cuba ubah kedudukan atau kelajuan hentakan.

2. Doggy style, cara hangatkan keintiman pasangan

posisi seks

Ini merupakan antara posisi yang digemari oleh wanita berikutan ia boleh memberikan rangsangan terhadap organ seks mereka iaitu kelentit, bagi mencapai orgasme.

Pasangan wanita hendaklah berada pada posisi merangkak sambil menahan permukaan rata menggunakan tangan dan lutut. Pasangan lelaki kemudiannya akan melakukan penetrasi daripada belakang.

Mungkin bunyinya agak janggal namun, posisi ini sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai perbezaan daripada sudut ketinggian.

Posisi tersebut bukan sahaja memerlukan wanita untuk membelakangi lelaki, malah ia tidak memerlukan mereka untuk bersemuka. Ini bermakna ketinggian bukanlah faktor yang dianggap penting.

Jika anda berasa bosan melakukan posisi tersebut dalam keadaan merangkak, anda boleh cuba melakukannya dalam keadaan berdiri. Pegang pada mana-mana objek seperti meja dinding bagi memastikan anda dan pasangan anda selesa.

Posisi ini boleh dilakukan selama mana pun cuma bagi mengekalkan kehangatan hubungan seksual, sekali-sekala kena bertentang mata juga ya.

3. Spooning bersama pasangan tinggi

pasangan tinggi

Kehangatan semasa melakukan hubungan seks kebiasaannya dicapai melalui susunan rentak yang betul. 

Kebanyakan pasangan akan mula bercium, berpelukan, melakukan aktiviti foreplay yang lain sebelum melakukan hubungan seks sehingga sampai kemuncaknya.

Namun, bagi mereka yang suka menggunakan kaedah spooning, aktiviti foreplay dan penetrasi seks boleh dijalankan secara serentak. Posisi ini memerlukan kedua-dua pasangan untuk baring mengiring ke arah yang sama.

Pasangan lelaki akan berada di belakang wanita.

Dalam posisi ini, kadangkala, pasangan wanita boleh menoleh ke belakang untuk mencium pasangan sebelum atau semasa penetrasi sedang berlangsung. 

Jika dibandingkan dengan posisi lain, spooning agak terkenal memandangkan ia memudahkan wanita untuk mencapai klimaks dan rentak hubungan seksual tidaklah terlalu cepat. Seperti posisi doggy style, pasangan tidak bersemuka maka ia sangat sesuai buat mereka yang mempunyai perbezaan ketinggian yang ketara.

Jika hubungan seks dilakukan bersemuka, jarak ketinggian yang berbeza tersebut akan menyebabkan anda berada pada paras dada atau leher pasangan. 

Mungkin ada lelaki yang suka dengan keadaan tersebut, namun ramai pasangan yang hendak bertentang muka jika mereka melakukan hubungan seks pada posisi sedemikian.

4. Missionary di tepi katil, kaedah klasik yang tiada tandingannya

pasangan tinggi

Bagi mereka yang gemarkan posisi missionary, usah risau. Ketinggian yang berbeza tidak menghalang anda daripada melakukan hubungan seks dalam posisi tersebut. Anda cuma perlu melakukan pengubahsuaian sedikit bagi mencapai keselesaan dan kenikmatan seksual.

Bagi mereka yang mempunyai beza tinggi yang ketara, anda boleh melakukan posisi seks ini di tepi katil. Pasangan lelaki berdiri dan punggung wanita berada betul-betul di sisi katil dengan kaki mereka tergantung ke bawah.

Sebelum melakukan penetrasi, anda perlu mengangkat kedua-dua kaki pasangan anda, rapatkannya sedikit dan mula mendayung. Kerapatan kaki tersebut akan membuatkan faraj terasa lebih ketat dan mampu merangsang anda berdua untuk mencapai orgasme.

Pastikan anda menuruti rentak pasangan anda. Hubungan seks yang menyeronokkan adalah apabila kedua-dua pasangan dapat menikmati posisi seksual yang dipraktikkan.

Konklusi

Jika anda dan pasangan mempunyai perbezaan ketinggian yang ketara, tiada alasan untuk anda tidak menikmati hubungan seks. Terdapat pelbagai teknik yang boleh memudahkan penetrasi serta dapat memberikan kenikmatan kepada kedua-dua pasangan. 

Apa yang perlu anda buat adalah untuk mencuba posisi-posisi tersebut dan pilih teknik yang bersesuaian dengan rentak anda dan pasangan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 10 Hot-As-Hell Sex Positions For Short Women And Tall Men. (https://www.womenshealthmag.com/sex-and-love/g19549291/sex-positions-short-women-tall-men/). Diakses pada 24 Februari 2020.
  2. 6 Sex Positions For Tall Women Who Don’t Give AF About Dating Shorter Dudes. (https://www.womenshealthmag.com/sex-and-love/g19661320/sex-positions-short-men-tall-women/). Diakses pada 24 Februari 2020.

 

Versi Terbaru

26/11/2020

Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Tiada Lagi Masalah Tewas Awal Dengan 4 Petua Ini, Tip No. 4 Guna Kondom Ketika Beraksi!

Betul Ke Pelincir Faraj Dapat Kurangkan Rasa Pedih Ketika Bersama? Ini Jawapannya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 26/11/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan