backup og meta

Isteri Dambakan Belaian? Ini 4 Cara Baru Menggoda Suami Untuk Ke Ranjang!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 30/06/2023

    Isteri Dambakan Belaian? Ini 4 Cara Baru Menggoda Suami Untuk Ke Ranjang!

    Penat sudah menunggu encik suami mengajak untuk ke kamar tidur, namun segala usaha masih tidak menjadi. Mungkin para isteri kena ubah taktik dalam cara menggoda suami untuk ke ranjang?

    Kadangkala, ia bukan hanya disebabkan oleh penampilan semata meskipun ini juga amat penting. Jangan pula hairan si dia tidak ‘turn on kalau anda yang setiap masa pakai baju kelawar!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Kenapa encik suami susah untuk turn on?

    Untuk pengetahuan para isteri di luar sana, ada banyak sebab kenapa suami anda menolak ajakan ke ranjang. Pertama, sudah tentu kerana penampilan anda tatkala berada di dalam rumah.

    Sudah lumrah lelaki, mereka pasti mahukan suri rumah kesayangan sentiasa tampak cantik, seksi dan wangi. Apatah lagi jika anda punya keinginan untuk berasmaradana dengan encik suami.

    cara menggoda suami untuk ke ranjang

    Dalam pada itu, antara punca lain lelaki itu susah turn on adalah kesibukan dan kepenatan seusai seharian mencari rezeki untuk keluarga. Mungkin di dalam fikiran mereka, rehat dan tidur itu lebih penting apabila pulang sahaja ke rumah.

    Punca yang jauh lebih berbahaya adalah jika suami anda menyorokkan kenyataan di mana mereka mengalami masalah prestasi seksual. Isu seperti ereksi tidak kuat serta ejakulasi pramatang juga bakal buat lelaki hilang keinginan untuk bermesra.

    Baca lagi artikel berkaitan:

    Namun, jangan cepat menggelabah atau mengalah. Ini dia cara menggoda suami untuk ke ranjang!

    Cara menggoda suami untuk ke ranjang!

    Sebenarnya, tidaklah begitu sukar untuk isteri menggoda suami dan mengajak mereka ke ranjang kerana nafsu syahwat itu adalah sesuatu yang agak mudah dirangsang jika betul caranya.

    Ada beberapa trik serta tip yang anda mungkin mahu cuba untuk membuat mereka lebih ‘jinak’:

    Cara menggoda suami untuk ke ranjang #1. Dirty talk

    Pertama, isteri boleh berbicara dengan suami secara nakal dan mungkin sedikit kotor sama ada di dalam telefon, mesej atau berhadapan. Ini akan buat mereka ‘cair’ serta mudah menurut.

    Tidak perlu tunggu sampai mereka pulang ke rumah, ia juga boleh dilakukan ketika mereka masih di pejabat atau dalam perjalanan balik kerana unsur kejutan itu penting dalam hubungan.

    Lagipun, untuk apa rasa malu dengan pasangan anda sendiri? Kuncinya terletak di tangan kalian.

    cara menggoda suami untuk ke ranjang

    #2. Adegan seks foreplay & cosplay

    Cara goda suami di katil atau sebelum mereka tiba ke tempat keramat itu juga sangat penting. Apa kata kalau anda cuba merealisasikan adegan yang sudah lama diimpikan masing-masing?

    Dengan adegan ringan-ringan hangat yang meliputi sentuhan, pelukan dan ciuman, ia sudah tentu akan tambah panas apabila seks disertakan ‘permainan’ dari segi watak dan jalan cerita!

    Sesungguhnya, setiap individu itu punya fantasi seks masing-masing. Tanyakan pada encik suami tentang apa yang mereka suka anda pakai, cakap atau buat ketika aktiviti seksual berlangsung dan cuba untuk memenuhi setiap angan-angan si dia.

    #3. Berkomunikasi tapi bukan dengan perkataan?

    Ya, komunikasi itu benar kunci perhubungan yang berjaya dan ini adalah kata azimat paling tepat.

    cara menggoda suami untuk ke ranjang

    Mungkin jika suami anda masih tidak tergoda dengan perkataan, isteri boleh cuba berkomunikasi dengan cara lain yakni melalui lirikan mata, sentuhan tangan atau ‘hint‘ yang berkesan?

    Sebagai contoh, anda mungkin boleh meninggalkan kondom, alat seks atau pakaian dalam seksi di atas meja? Sekilas pandang sahaja, isteri akan dapat menggoda dan memancing suami!

    #4. Bertindak seperti singa yang lapar!

    Siapa kata lelaki itu mesti mengambil langkah pertama untuk mengajak anda bersenggama? Anda juga boleh bertindak terlebih dahulu dengan menerjah atau menerkam mereka ibarat singa lapar!

    Ini adalah antara cara menggoda suami untuk ke ranjang paling efektif kerana ia bakal membuat mereka terkejut terutama jika kelakuan anda selama ini penuh sopan, santun dan lembut.

    Sesekali, tonjolkan sisi diri anda yang berbeza. Tunjukkan pada mereka bahawa anda juga mampu menggoda sekali gus mengawal log aktiviti seksual yang sudah tentu mengghairahkan.

    Jangan pula seks itu hambar dan hampa!

    Selepas berjaya dengan cara menggoda suami untuk ke ranjang, jangan pula anda mensia-siakan usaha tersebut. Sebarang kehambaran dan kehampaan itu tidak boleh diterima sama sekali.

    Disebabkan itu, anda turut perlu tahu cara goda suami di katil. Layanlah mereka seperti seorang raja seperti mana mereka melayan anda seperti seorang permaisuri di dalam rumah tangga.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 30/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan