backup og meta

Ingin Kepuasan Saat Bersama? Ini Berapa Lama Suami Isteri Kena Buat 'Sentuhan Oral'

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 10/07/2023

    Ingin Kepuasan Saat Bersama? Ini Berapa Lama Suami Isteri Kena Buat 'Sentuhan Oral'

    Tiada apa yang lebih penting dalam kehidupan seks pasangan suami isteri melainkan aksi panas dan hisap zakar yang selamat. Juga melakukan seks secara sihat.

    Inilah antara kunci utama untuk menghangatkan lagi perkahwinan dan tanpanya maka hambarlah rumah tangga kalian.

    Disebabkan itu, ramai yang berpendapat bahawa pasangan suami isteri perlu berasmara setiap hari dengan kerap untuk mengecapi bahagia bersama.

    Tidak, ia kurang tepat kerana seks bukan bermaksud penetrasi zakar ke dalam faraj semata-mata ya?

    Adegan ringan-ringan seperti berciuman, berpelukan dan bersentuhan sahaja sebenarnya sudah memadai!

    Ini termasuklah perbuatan ‘blowjob’ atau seks oral. Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenainya dengan lebih mendalam lagi.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini. 

    Apakah itu blowjob?

    Sebelum pergi dengan lebih lanjut, wajarlah untuk kita berkenalan dengan perbuatan ini terlebih dahulu.

    Buat anda yang mungkin belum tahu, blowjob atau seks oral adalah satu perbuatan menghisap atau menjilat kemaluan pasangan dalam usaha memuaskan nafsu syahwat.

    Perbuatan ini boleh merangkumi perbuatan hisap zakar dan jilat faraj sama ada dilakukan berasingan ataupun secara serentak (posisi 69).

    Sekiranya anda dan pasangan melakukannya, usah khuatir kerana ia adalah normal dan hampir semua suami isteri pernah melakukannya.

    Dalam pada itu, ramai juga pasangan yang gemar menelan air mani kerana tidak tahu akan bahayanya terhadap kesihatan tubuh badan.

    Persoalannya, adakah ia satu perbuatan yang selamat?

    hisap zakar

    Adakah seks oral selamat?

    Ya, ia mungkin adalah selamat sekiranya ia dilakukan dengan cara yang betul yakni menggunakan kondom.

    Ini kerana perbuatan hisap zakar atau jilat faraj ini berisiko menyebarkan penyakit jangkitan kelamin (STD).

    Antara penyakit yang berisiko terjangkit akibat perbuatan ini termasuklah:

    Kesemua penyakit ini bukan sahaja boleh tersebar jika menelan air mani sahaja bahkan sekadar memasukkan kemaluan pasangan dalam mulut juga berisiko tinggi.

    Apakah yang akan meningkatkan risikonya?

    Baiklah, sekarang kita sudah tahu mungkin tidak begitu selamat melakukan seks oral tanpa sebarang perlindungan yakni kondom.

    Selain itu, kita juga perlu tahu bahawa ada perkara yang akan meningkatkan risikonya iaitu:

    Bukan itu sahaja, kalian juga perlu tahu bahawa selain STD terdapat satu lagi masalah besar yang boleh berlaku akibat perbuatan hisap zakar atau jilat faraj ini berkaitan kesihatan mental.

    Seks oral yang tidak sihat hanya akan memuaskan nafsu syahwat seorang pasangan sahaja iaitu si penerima dan bukan si pemberi.

    Ini seterusnya akan mengakibatkan pasangan berasa tidak puas hati lantas menjejaskan kehidupan di kamar tidur pasangan suami isteri.

    Ia juga sangat berkait rapat dengan waktu pasangan itu melakukan blowjob.

    hisap zakar

    Berapa lama waktu ideal untuk hisap zakar?

    Sebenarnya, tidak wujud sebarang ukuran yang wajar digunakan untuk menentukan waktu ideal untuk hisap zakar.

    Ini kerana kemahuan atau kemampuan seksual lelaki atau wanita adalah berbeza bergantung kepada individu.

    Sebagai contoh, ada pasangan yang gemar melakukannya 10 minit, 15 minit, 20 minit, kurang atau lebih mengikut cita rasa masing-masing.

    Menurut kajian yang dijalankan terhadap 1,100 lelaki dan wanita di sekitar benua Eropah dan Amerika, hasilnya mungkin memeranjatkan kita semua.

    Dikatakan majoriti lelaki di Amerika cuma gemarkan sekitar 11 minit blowjob bersama pasangan mereka.

    Manakala majoriti wanita di Eropah pula gemarkan sekitar 9 minit blowjob untuk memuaskan nafsu syahwat.

    hisap zakar

    Dapatan yang mengejutkan bukan? Ini bermakna ramai individu luar negara gemarkan seks oral yang boleh dikatakan sekejap sahaja iaitu sekitar 10 minit.

    Bagaimana pula dengan individu di Malaysia? Sehingga kini, masih belum wujud sebarang kajian mengenainya.

    Namun apa yang boleh dikatakan di sini adalah waktu ideal untuk blowjob bagi mana-mana pasangan suami isteri adalah berkaitan dengan tahap ketahanan seksual mereka.

    Ini bermakna jika mereka mempunyai masalah ejakulasi pramatang, maka ‘projek’ tersebut mungkin berakhir dengan lebih cepat dan begitulah sebaliknya.

    Akhir kata, seks oral adalah perbuatan seks yang normal dan selamat selagi ia dilakukan dengan cara yang betul. Jadi, sila hati-hati ya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 10/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan