backup og meta

Encik Suami Nak Goda Isteri? Manfaatkan 7 Bahagian Tubuh Ini, Pasti 'Orang Rumah' Geram!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Halifah · Disemak pada 05/10/2022

    Encik Suami Nak Goda Isteri? Manfaatkan 7 Bahagian Tubuh Ini, Pasti 'Orang Rumah' Geram!

    Wanita bukan satu-satunya makhluk seksi yang mampu naikkan nafsu syahwat. Tidak kurang hebatnya lelaki, mereka juga ada daya tarikan seksual tersendiri, lebih-lebih lagi di mata isteri. Jadi, apa ciri-ciri lelaki seksi?

    Jujur saja, kita semua mempunyai bahagian badan kegemaran apabila dikaitkan dengan tarikan seksual, kan?

    Bagi golongan suami, mereka mungkin lebih cenderung untuk terangsang dengan bahagian dada dan punggung isteri.

    Oleh itu, tidak mengejutkan untuk penulis katakan bahawa para wanita juga memiliki pemikiran yang sama!

    Buat para suami di luar sana, tunggu apa lagi? Jom kenal pasti bahagian-bahagian tubuh lelaki seksi untuk merancakkan lagi aktiviti bercinta!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    7 bahagian tubuh lelaki seksi

    Penulis telah mengumpulkan 7 bahagian badan lelaki seksi yang cenderung menarik perhatian, dan anda mungkin terkejut dengan apa yang tidak termasuk di dalam senarai ini!

    #1 Torso

    Menurut kajian tahun 2017, sebanyak 24% wanita mendapati dada merupakan bahagian yang paling menarik untuk seorang lelaki seksi, dan 13% pula memilih kawasan perut.

    lelaki seksi

    Jika digabungkan, torso lelaki mempunyai daya tarikan yang lebih tinggi berbanding bahagian tubuh lain.

    Para suami, kalau mahu nikmati seks panas, cuba ‘buat badan’ sedikit dan singkirkan perut buncit itu, mana tahu boleh buat isteri lebih ghairah?

    #2 Mata

    Kata orang, dari mata turun ke hati… Ternyata mata juga boleh menjadi antara daya tarikan lelaki seksi!

    Kajian yang dijalankan oleh Dr Kang Lee, Ahli Psikologi di The University of Toronto mendapati, individu dengan mata berukuran sederhana dan berposisi seimbang dilihat paling menarik.

    Hal ini berpunca daripada otak kita yang mendapati ciri-ciri mata tersebut sebagai ‘mathematically average’, kerana ia menandakan kepelbagaian gen dan kesihatan pembiakan yang lebih baik.

    Bagaimana rupanya mata ‘mathematically average’?

    Menurut kajian, ruang optimum antara mata dan mulut haruslah kira-kira sepertiga dari panjang wajah anda.

    Manakala, jarak antara mata anda mestilah kurang daripada separuh lebar wajah anda.

    Apa lagi? Goda isteri dengan kuasa mata seksi anda untuk nikmati hubungan seks panas!

    #3 Lengan

    Lengan, buat para lelaki ia mungkin bukan perkara yang pertama terlintas di fikiran ketika menilai bahagian tubuh wanita.

    Tetapi, bahagian lengan ternyata memperoleh 19% undian dalam sebuah kajian, menempatkannya di kelompok atas dalam ‘senarai nafsu’ wanita.

    Lengan yang berotot mempunyai simbolik lelaki gagah perkasa, yang membuatkan wanita rasa selamat dan dilindungi untuk berada di sisi.

    Selain itu, pakar juga menghasilkan teori bahawa golongan wanita tertarik dengan lengan kaum Adam dek fizikal berurat yang memberikan visual seakan zakar.

    Menarik bukan? Apa pendapat anda, setuju?

    #4 Lelaki seksi – Mulut

    Katanya, senyuman mampu menawan hati… Percaya atau tidak, ada segelintir wanita yang tidak bersetuju dengan kenyataan ini!

    Kajian mendalam yang dilakukan oleh Profesor Jessica Tracy di University of British Columbia mendakwa, perempuan lebih mudah terpikat dengan aura ‘bad boy’.

    Penemuan itu menunjukkan, sesetengah wanita tidak tertarik pada lelaki yang selalu tersenyum dan berpenampilan gembira, malah mereka lebih cenderung memilih jenis lelaki versi sebaliknya.

    Kajian menunjukkan bahawa wanita mengaitkan lelaki dengan fizikal macho, gagah dan berkemampuan untuk melindungi. Maka, lelaki dengan gaya ‘bad boy’ menjadi pilihan!

    #5 Lelaki seksi – Bahagian belakang & bahu

    lelaki seksi

    Kajian pada tahun 2013 dalam Proceedings of the National Academy of Sciences, para penyelidik menjumpai penemuan yang mungkin mempengaruhi rutin gim anda.

    Kajian tersebut telah meminta golongan wanita untuk memilih jenis badan pilihan lelaki.

    Walaupun kebanyakan wanita kerap memilih lelaki yang lebih tinggi dan berotot, namun para saintis juga menemui dapatan mengejutkan mengenai nisbah bahu ke pinggul.

    Dengan kata lain, lelaki yang memiliki bahu bidang dan belakang badan berbentuk ‘V’ dilihat lebih menarik dan seksi!

    #6 Punggung

    Satu perkara yang dapat disimpulkan dalam beberapa tinjauan adalah, wanita sebenarnya tidak jauh beza pun dengan lelaki.

    Ini kerana, golongan wanita juga gemar melihat punggung yang anjal dan berotot, lebih-lebih lagi apabila lelaki mengenakan seluar yang ketat.

    Visual bahagian tubuh ini sahaja sudah dapat membuatkan para isteri berasa geram, apatah lagi jika dipegang, kan?

    Jadi jangan sia-siakan kelebihan ini, manfaatkan aset anda untuk hubungan seks panas!

    #7 Tangan yang kuat

    Kaum Hawa dikenali dengan sifat detail-oriented.

    Dalam sebuah tinjauan, wanita menyukai tangan seseorang lelaki kerana ia mencerminkan banyak perkara tentang dirinya seperti; jenis pekerjaan dan juga kerajinan terhadap penjagaan tubuh badan.

    Seperti yang mungkin anda jangkakan, tangan lelaki yang lebih besar dikaitkan dengan maskuliniti dan kelihatan lebih ‘jantan’.

    Akhir kata…

    Mudah-mudahan dengan perkongsian di atas, sedikit sebanyak membantu para suami di luar sana menggunakan kelebihan dimiliki untuk menambah rencah ke dalam hubungan kelamin!

    Jika anda berbadan besar, usah bersedih! Kalian masih mempunyai waktu untuk membina badan dan membuang lebihan-lebihan lemak.

    Di samping menguruskan badan, kualiti kesihatan anda juga akan meningkat dan yang paling penting, isteri pun lebih gembira!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Halifah · Disemak pada 05/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan