Industri Pelacuran Perlu Diberi Didikan Untuk Elak Penyakit Kelamin, Bukan Hinaan Tapi Bantuan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 25/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Jika disebut berkenaan dengan pelacuran, semestinya terlintas di fikiran kita gambaran wanita atau lelaki yang terpaksa menjual badan demi mencari wang. Pernahkah anda terfikir jika golongan pelacur ini lebih memerlukan bantuan kesihatan (perubatan, psikologi) berbanding ancaman yang sering kali diterjemahkan sebagai hukuman penjara ataupun denda bayaran wang ringgit?

Ikuti artikel ini untuk mengetahui apa yang saya fikirkan berkenaan dengan pemberian akses khidmat kesihatan yang baik kepada golongan ini.

Stigma dan persoalan berkaitan pelacur

Walau apa pun yang diperkatakan oleh masyarakat setempat, stigma tidak mengenal bangsa, kaum atau pekerjaan individu. Prostitusi atau kegiatan pelacuran adalah merupakan salah satu perkhidmatan yang telah wujud sekian lamanya.

Namun, ia tidak dianggap sebagai satu pekerjaan yang boleh diterima pakai mahupun baik oleh masyarakat setempat. Kajian-kajian yang telah dijalankan oleh ahli akademik telah membuktikan bahawa mereka yang terlibat dalam sektor ini terdedah kepada pelbagai jenis penyakit kelamin.

Walaupun secara konsepnya, aktiviti pelacuran dianggap sebagai kegiatan jenayah yang boleh membahayakan umat manusia, merokok juga dapat memberikan risiko yang sama, bahkan lebih tinggi. Namun, tidak pula kita lihat mereka yang merokok ditangkap oleh polis.

Jika mahu dilihat pada konteks agama, kedua-duanya adalah perkara yang haram. Mereka yang mahu berhenti merokok boleh mendapatkan rawatan di klinik-klinik kesihatan. Bagaimana pula mereka yang terlibat dalam aktiviti pelacuran?

Adakah mereka yang datang ke klinik kesihatan untuk mendapatkan rawatan boleh ditahan kerana mereka bekerja sebagai pelacur? Adakah seorang doktor harus melaporkan kehadiran pelacur kepada pihak berkuasa atau maklumat tersebut perlu dilindungi di bawah prinsip kerahsiaan di antara doktor dan pesakit?

Ini adalah merupakan persoalan yang bermain di benak fikiran pekerja khidmat seks ini, lantas memadamkan keinginan mereka untuk mendapatkan rawatan. Risiko terlalu tinggi!

Penyakit kelamin kian meningkat dalam kalangan pelacur

mencari wang

Kebanyakan “pelanggan” sudah sedia maklum bahawa hubungan kelamin bersama pelacur perlu menggunakan kondom. Namun apabila nafsu sudah menguasai diri, apakah pilihan yang ada? Mereka yang melacur kebiasaannya berbuat demikian demi mencari wang dengan mudah.

Jadi bila mereka ditawarkan dengan bayaran tambahan untuk tidak menggunakan kondom, perkara tersebut akan membuatkan mereka akur dengan permintaan pelanggan masing-masing.

Menurut kajian yang dijalankan pada tahun 2018 oleh Universiti Malaya, didapati bahawa pelacur wanita tidak menggunakan kondom hampir 24% daripada jumlah mereka melakukan hubungan kelamin dalam tempoh satu bulan.

Buat pelacur transgender pula, mereka tidak menggunakan kondom hampir 11% daripada jumlah mereka melakukan hubungan kelamin dalam tempoh yang sama.

Ini merupakan satu maklumat yang amat membimbangkan. Perkara ini memandangkan risiko untuk mendapatkan penyakit kelamin seperti sifilis, jangkitan HIV dan gonorrhoea adalah tinggi.

Ujian saringan, langkah awal cegah jangkitan kelamin

pelacur

Prevalens HIV dan penyakit kelamin yang tinggi dalam kalangan pelacur boleh diatasi dengan ujian saringan yang kerap dan memulakan rawatan awal pada mereka yang memerlukannya.

Persoalannya di sini, adakah satu tindakan yang baik jika seorang doktor itu merawat penyakit kelamin seorang pelacur untuk terus melacur? Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 merupakan satu senjata yang dapat digunakan bagi mereka yang dipaksa untuk berkhidmat dalam sektor ini. Namun kebanyakan pelacur melacur secara sukarela dengan niat untuk mendapatkan wang.

Dari perspektif kesihatan, ujian saringan dan rawatan awal perlu diberikan untuk mengelakkan daripada penyakit-penyakit kelamin berleluasa. Prevalens HIV dalam kalangan pelacur wanita telah meningkat kepada 11.1% berbanding dengan prevalens 7.3% pada tahun 2014.

Kondom wanita boleh menjadi pelindung kepada pelacur yang ingin melindungi diri daripada desakan pelanggan yang tidak mahu menggunakan kondom. Pemakaian kondom ini digalakkan oleh Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) bagi meningkatkan kadar perlindungan pelacur wanita daripada penyakit kelamin.

Konklusi

mencari wang

Adakah tindakan untuk memberikan rawatan awal kepada pelacur sesuatu yang boleh dikatakan beretika? Adakah perlu untuk kita memberikan pendidikan seksual kepada golongan ini bagi mengelakkan penyakit kelamin yang semakin berleluasa sewaktu mereka sedang sibuk mencari wang? Fikir-fikirkanlah.

Pendidikan awal dapat membantu mengurangkan insiden penyakit kelamin melalui pengamalan seks dengan alat perlindungan. Golongan ini juga perlu menjalani ujian saringan penyakit kelamin dengan lebih kerap. Ia bagi merealisasikan objektif kadar sifar HIV menjelang 2030. Jadilah individu yang bertanggungjawab. Jika anda terdedah, buat ujian saringan dan dapatkan rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Bayi Baru Lahir Sakit Mata? Ini Mungkin Petanda Dijangkiti Bakteria Sakit Kelamin!

Sakit mata bayi ini disebut sebagai konjunktivitis bayi yang disebabkan oleh beberapa faktor seperti bakteria gonorea. Bagaimana hal ini boleh berlaku?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 27/11/2020 . 3 minit bacaan

Selain HIV & HPV, Ada Lagi Jangkitan Kelamin Yang Tidak Boleh Sembuh! Apakah Ia?

Mungkin ramai sudah tahu apa itu STD bukan? Namun tahukah anda ada beberapa jenis yang tidak boleh disembuhkan? Jom klik artikel untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 25/11/2020 . 3 minit bacaan

MENGEJUTKAN! Tanpa Hubungan Intim Pun Anda Boleh Terkena HPV, Anak Dara Turut Berisiko!

Tahukah anda, jangkitan HPV sebenarnya bukan hanya berlaku disebabkan hubungan intim, ia juga mampu terjadi tanpa libatkan aktiviti seksual!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 09/11/2020 . 3 minit bacaan

Muncul Ulser Pada Alat Sulit Itu Tanda Awal Sifilis, Apa Pula Simptom Sifilis Tahap Akhir?

Rasanya ramai sudah tahu gejala awal penyakit STD yang satu ini. Persoalannya, apa pula tanda sifilis tahap akhir? Jom klik artikel ini untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 13/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

pemeriksaan pap smear

Bye Bye Pap Smear, Selepas Ini Wanita Hanya Perlu Jalani Ujian HPV Untuk Kesan Kanser Serviks!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 14/01/2021 . 3 minit bacaan
penyakit chlamydia

Info Lengkap Tentang Chlamydia Yang Perlu Anda Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 31/12/2020 . 3 minit bacaan
penyakit kelamin lelaki

Masalah Jangkitan Kulat Pada Alat Sulit Bukan Dialami Wanita Saja, Lelaki Pun Boleh Kena!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 24/12/2020 . 3 minit bacaan
bagaimana HIV merebak

HIV Tersebar Melalui Seks Bebas, Tapi Benarkah Gigitan Nyamuk Juga Boleh Sebarkan Virus Ini?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 30/11/2020 . 3 minit bacaan