backup og meta

Bolehkah Pesakit Positif Hepatitis B Berkahwin Dan Melakukan Seks? Ambil Tahu Berkaitannya Ini

Bolehkah Pesakit Positif Hepatitis B Berkahwin Dan Melakukan Seks? Ambil Tahu Berkaitannya Ini

Semua makhluk bernama manusia di dunia ini pasti mahu mempunyai pasangan dan berkahwin untuk meneruskan sulur galur keturunan mereka.

Disebabkan itu, jangan pelik bila kami kata bahawa setiap orang pasti ingin meneruskan perkahwinan meskipun mereka positif penyakit berbahaya.

Sebagai contoh, ada individu yang telah disahkan menghidapi hepatitis B namun tidak mahu melukakan dan meninggalkan pasangan mereka.

Apakah yang mereka perlu buat? Adakah mereka boleh berkahwin dengan pasangan? Jom ikuti artikel ini!

Apa itu hepatitis B?

hepatitis b adalah

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita tahu serba sedikit mengenai penyakit berbahaya ini terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan anda, hepatitis B adalah sejenis penyakit yang berlaku akibat daripada jangkitan virus hepatitis B (HBV) pada organ hati.

Sekiranya terjangkiti, ia akan meningkatkan risiko kalian mengalami kegagalan organ hati, kanser hati atau cirrhosis – terbentuk parut kekal pada organ ini.

Bagaimana untuk tahu bahawa anda mungkin terkena penyakit ini? Perhatikan simptom berikut:

  • Sakit abdomen
  • Sakit sendi
  • Kencing keruh
  • Demam
  • Hilang selera makan
  • Selalu mual
  • Kerap muntah
  • Badan lemah
  • Sering penat
  • Kulit dan putih mata berubah menjadi kekuningan (jaundis)

Kalian harus ingat bahawa simptom-simptom ini mungkin akan muncul selepas 1 ke 4 bulan terkena jangkitan HBV.

Lebih membimbangkan, ada juga individu yang tidak menunjukkan sebarang simptom terutamanya kanak-kanak.

Dalam kebanyakan kes, orang dewasa yang terjangkiti boleh pulih sepenuhnya dan hepatitis B ini adalah lebih berbahaya kepada kanak-kanak.

Apakah cara untuk mengelaknya? Ya, anda tepat jika tahu ia mempunyai vaksin!

Bolehkah penderita hepatitis B berkahwin?

berkahwin

Berbalik kepada persoalan utama artikel ini iaitu bolehkah penderita penyakit ini berkahwin? Jawapan ringkasnya adalah ya, anda boleh berkahwin.

Malahan, perkahwinan juga mampu memberikan semangat dan teman buat mereka yang sedang menjalani rawatan.

Pun begitu, masih ada beberapa perkara yang penderita dan pasangan perlu utamakan untuk faktor keselamatan.

Menurut Dr. Sudeep Sodhi yang merupakan Konsultan dan Pakar Gastroenterologi dari Amerika Syarikat, penderita hepatitis B boleh berkahwin namun anda berisiko menyebarkan virus ini kepada pasangan.

Disebabkan itu, beliau menyarankan agar anda tidak berselindung dan berbohong sebaliknya memberitahu tentang kondisi kesihatan kalian itu terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk berkahwin.

Ini bertujuan bagi memastikan kalian berdua bersedia untuk melakukan langkah seterusnya yang sangat penting.

Apakah ia? Untuk pengetahuan anda, hepatitis B adalah penyakit yang boleh dicegah melalui vaksin!

Vaksin adalah jalan penyelesaiannya!

seks

Penularan HBV boleh dicegah melalui vaksin dan ia boleh diambil walaupun sebelum kalian disahkan positif penyakit ini lagi.

Sekiranya belum ambil, anda mungkin perlu berjumpa doktor untuk melakukan ujian darah (HBsAg, HBsAb dan HBcAb total) terlebih dahulu.

Ini penting untuk mengetahui jika anda perlu atau tidak mengambil vaksinasi ini sebelum berkahwin.

Bagi mengelakkan ia berulang dan berlaku kepada anak anda pula, pastikan kalian membawa si kecil berjumpa doktor untuk suntikan vaksin terutamanya jika salah seorang daripada anda positif hepatitis B (HBsAg+).

Persoalannya, bagaimana jika pasangan anda belum boleh atau tidak boleh divaksinasi atas alasan tertentu?

Baiklah, pertama sekali kalian perlu tahu bahawa hepatitis B adalah penyakit yang boleh berjangkit dari satu individu ke individu lain melalui titisan darah atau air dalam tubuh badan.

Disebabkan itu, adalah sangat penting untuk kalian berwaspada dengan ini terutamanya ketika bersenggama!

Antara langkah yang kalian boleh amalkan dalam rumah tangga adalah seperti berikut:

Konklusinya, penderita hepatitis B masih boleh berkahwin dan meneruskan kehidupan seperti pasangan yang lain.

Pun begitu, kalian berdua dimestikan untuk mengambil vaksinasi untuk mencegah ia dari menular ke pasangan.

Sekiranya terdapat halangan di mana anda atau pasangan belum boleh atau tidak boleh mengambil suntikan vaksin atas alasan tertentu, lakukan petua yang kami senaraikan di atas tadi.

Untuk mendapatkan informasi lebih lanjut tentang apa itu hepatitis B, sila berkonsultasi dengan doktor anda ya!

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.hepb.org/blog/hepatitis-b-can-get-married/
  2. https://www.hepbpositive.org.uk/hepatitis-b-and-sex
  3. http://www.hepvic.org.au/page/1157/myths-and-misconceptioins
  4. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/hepatitis-b/symptoms-causes/syc-20366802
  5. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/hepatitis-b/diagnosis-treatment/drc-20366821
  6. https://www.cdc.gov/hepatitis/HBV/PDFs/HepBWhenSomeoneClose.pdf

Versi Terbaru

03/09/2021

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Ambil Tahu 4 Perkara Ini Sebelum Beli Kondom! Baru Lebih Nikmat & Sedap Dipakai

Kondom Untuk Wanita Pun Ada! Ini Beza Antara Kondom Lelaki & Kondom Perempuan


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/09/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan