Jika tubuh badan seorang anak cukup kuat untuk melawan HBV, simptom tersebut mungkin akan berakhir dalam tempoh beberapa minggu hingga 6 bulan. Kondisi ini dikenali sebagai hepatitis B akut. Namun begitu, kondisi ini tidak akan meninggalkan sebarang kesan jangka masa panjang yang lain.
Bagaimanakah mengetahui anak anda terjangkiti hepatitis B?
Hepatitis B boleh dikesan melalui ujian darah (hepatitis viral panel). Menerusi ujian ini, doktor akan dapat mengesan sama ada anak anda terjangkiti atau tidak selain dapat mengenalpasti infeksi tersebut baru, lampau atau jangka masa panjang.
Bagaimanakah merawat hepatitis B dalam kalangan kanak-kanak?
Hepatitis B akut tidak memerlukan sebarang rawatan khas. Sistem imun anak anda akan melawan infeksi tersebut dengan sendirinya. Jika tidak terdapat sebarang tanda infeksi HBV masih berlaku selepas 6 bulan, maka anak anda sudah pulih sepenuhnya. Walau bagaimanapun, virus yang sedia terdapat dalam badan anak anda masih berisiko merebak kepada individu lain. Anda perlu berhati-hati agar virus tersebut tidak menjangkiti anda mahupun individu lain yang berada di sekitar mereka.
Hepatitis B kronik pula memerlukan rawatan. Tujuan rawatan ini dijalankan adalah untuk meredakan simptom, menghalang penyakit daripada merebak serta menghalang penyakit hati daripada berlaku. Anak anda seharusnya:
- Mendapatkan rehat yang mencukupi
- Minum banyak air putih
- Makan menerusi diet yang seimbang
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen