Mengalami pedih ulu hati bangun tidur bukanlah perkara yang menyeronokkan. Tentu ia akan menjejaskan produktiviti anda bukan? Namun, wujudkah sebarang cara untuk mengatasinya?
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Sistem Penghadaman, anda boleh klik di sini.
Apa yang dimaksudkan dengan asid refluks?
Asid refluks berlaku apabila asid perut naik semula ke esofagus – tiub yang menghubungkan tekak dan bahagian perut anda.
Penyakit refluks gastroesofageal atau GERD, adalah keadaan biasa di mana anda akan sering mengalami asid refluks.
Menurut Institut Diabetes Nasional dan Penyakit Pencernaan dan Ginjal, hampir 20% penduduk Amerika terjejas disebabkan GERD.
Bagi sesetengah individu, masalah GERD yang dialami lebih teruk pada waktu malam.
Keadaan itu dikenali sebagai pedih ulu hati atau sensasi terbakar pada bahagian dada. Selalunya ia berlaku selepas menikmati hidangan makan.
Pun begitu, terdapat juga mereka yang mengalami ketidakselesaan asid refluks atau pedih ulu hati waktu pagi.
Jadi adakah cara untuk mengatasi masalah yang dialami pada waktu pagi ini?
Pedih ulu hati bangun tidur, kenapa ia terjadi?
Berdasarkan kajian yang dijalankan pada tahun 2009 menunjukkan, 48.7% peserta – kesemuanya mengidap GERD – mengalami situasi serangan asid refluks dalam 20 minit pertama selepas bangun pada waktu pagi.
Gejala asid refluks yang paling biasa adalah pedih ulu hati. Terdapat juga simptom lain, termasuklah:
- Regurgitasi (terjeluak) asid rasa masam menyekat ke mulut atau tekak anda
- Disfagia ketika makanan mengambil waktu lebih lama untuk ditelan, disertai dengan perasaan bahawa makanan terlekat di esofagus anda
- Loya
- Sakit dada
- Serak atau sakit tekak kronik
- Batuk kering
Petua hilangkan pedih ulu hati anda boleh amalkan!
Anda boleh mencuba tip ini untuk membantu mengelak dan merawat masalah pedih ulu hati waktu pagi, antaranya:
- Elak makan lewat makan
- Hindari makanan dan minuman tertentu
- Ubah diet pemakanan
- Ubah posisi tidur anda
- Pengambilan ubat dengan preskripsi doktor
- Amalkan gaya hidup sihat
Konklusinya, pedih ulu hati bangun tidur itu satu kondisi yang mungkin normal tetapi boleh jadi berbahaya jika dibiarkan tanpa perhatian daripada pakar. Segera berjumpa dengan doktor jika ia berlaku atau berulang ya?
[embed-health-tool-bmr]