Badan Gemuk Tapi Cergas & Cukup Stamina, Masih Perlu Ke Untuk Turunkan Berat Badan?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 11/11/2020 . 3 minit bacaan
Share now

“Saya sentiasa bersukan dan bersenam, namun saya masih dalam kategori berat badan berlebihan. Adakah saya perlu turunkan berat badan kerana obesiti walaupun masih aktif dan cergas?”

Cergas tetapi gemuk, mana satu lebih baik bagi mereka yang mempunyai berat badan berlebihan?

Istilah cergas tetapi gemuk (fit but fat) juga disebut sebagai obesiti sihat metabolik (MHO).

Ia bermaksud bahawa seseorang individu tersebut mempunyai berat badan berlebihan tetapi kekurangan faktor risiko penyakit kardiovaskular (CV) lain.

Aktiviti fizikal sememangnya boleh membantu meredakan proses keradangan, selain membantu tubuh kita menjaga insulin dan gula darah pada tahap yang sihat.

Berat badan yang berlebihan, terutama jika tertumpu di kawasan perut anda, akan mempercepat proses keradangan ini dan mengganggu aturan gula darah.

Oleh itu, adalah logik bahawa aktiviti fizikal atau senaman dapat mengurangkan kesan negatif kegemukan ini walaupun ia mungkin tidak menyebabkan penurunan berat badan.

Kajian juga ada menunjukkan bahawa adalah tidak mustahil untuk seseorang itu mempunyai berat badan berlebihan tetapi kekal cergas.

Dalam pelbagai kajian, peratusan individu yang berlebihan berat badan – terutama dalam tahap sederhana (BMI antara 25 dan 30), didapati melakukan ujian treadmill dengan baik dan cukup aktif secara fizikal.

Ini berdasarkan jawapan mereka kepada soal selidik yang dijalankan.

Namun, ada juga kajian yang menyatakan hal yang sebaliknya. Ada kajian yang menunjukkan bahawa aktiviti fizikal tidak menghilangkan risiko-risiko akibat daripada mempunyai obesiti ini secara total.

Risiko kardiovaskular pada masa hadapan bagi individu dengan MHO mungkin kelihatan serupa dengan individu yang mempunyai berat badan normal yang sihat secara metabolik.

Namun, ini bukanlah perkara yang benar-benar tepat seperti yang disangkakan.

Risiko yang lebih tinggi untuk dapat penyakit kardiovaskular

berat badan berlebihan

Analisis terbaharu kajian Multi-Etnik Atherosclerosis (MESA) menyatakan, walaupun golongan MHO sama risiko dengan golongan berat badan normal, namun sebenarnya ia tidak dapat menentukan sebarang risiko kesihatan pada masa depan.

Ini kerana, dalam tempoh analisis yang dijalankan selama 12 tahun, hampir separuh daripada golongan MHO yang tiada faktor risiko penyakit kardiovaskular mempunyai sindrom metabolik yang meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular sebanyak 60%.

Peratusan ini jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan mereka yang mempunyai berat badan yang normal.

Sindrom metabolik dicirikan oleh pelbagai faktor, termasuklah obesiti, tekanan darah tinggi, peningkatan paras gula darah, peningkatan paras trigliserida dan kurangnya kolesterol baik.

Kurangkan risiko sindrom metabolik dalam kalangan mereka dengan berat badan berlebihan

mempunyai obesiti

Sebaik-baiknya, individu yang mempunyai berat badan berlebihan disarankan untuk mengurangkan risiko mereka mendapat sindrom metabolik walaupun kekal aktif.

Pencegahan terhadap sindrom metabolik ini dan usaha untuk mendapatkan rawatan adalah satu perkara yang amat penting.

Antara langkah yang boleh dilakukan bagi mencegah sindrom metabolik adalah dengan cara mengelakkan pertambahan berat badan pada masa akan datang.

Selain itu, individu obesiti juga perlu sentiasa mengekalkan keaktifan dan kecergasan mereka dengan melakukan pelbagai aktiviti dan juga senaman.

Anda juga perlu mengamalkan gaya pemakanan yang mengurangkan pengambilan lemak tepu, gula halus dan juga sumber karbohidrat. 

Walaupun anda rasa badan masih cergas dan aktif meskipun mempunyai berat badan berlebihan, tapi anda masih lagi perlu melihat kepada tekanan darah, kelainan pada tahap kolesterol dan juga peningkatan paras gula darah.

Dengan memantau ketiga-tiga perkara ini, ia boleh membantu mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit berkaitan kardiovaskular. 

Golongan obesiti, teruskan bersenam!

Walaupun terdapat perbezaan hasil kajian berkenaan perlu atau tidak untuk turunkan berat badan jika kekal cergas, namun kesemuanya mencadangkan satu perkara yang sama.

Sebarang penglibatan dalam aktiviti fizikal boleh membantu mengurangkan kesan negatif akibat mempunyai obesiti.

Jadi, penting untuk anda sentiasa bersenam dengan kerap walau apa pun target anda.

Jika anda seorang yang mempunyai berat badan yang normal, teruskan bersenam untuk mengekalkan kecergasan dan meningkatkan stamina.

Jika anda mempunyai berat badan berlebihan, ia boleh membantu anda mengurangkan berat badan dan seterusnya mengurangkan sebarang risiko kesihatan lain. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ibu Hamil Kerap Rasa Sakit Bahagian Bawah Perut? Jom Cuba 7 Cara Ini Untuk Atasinya

Ibu hamil sering alami rasa sakit perut bawah? Jangan bimbang, ada 7 cara untuk mengatasinya yang boleh dicuba. Pasti berkesan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 19/11/2020 . 3 minit bacaan

Mana Satu Lagi Cepat Untuk Turunkan Berat Badan, Angkat Berat Atau Buat Kardio?

Jika anda ingin kurangkan berat badan, agak-agak anda, manakah kaedah yang lebih berkesan; senaman kardio atau sukan angkat berat?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 17/11/2020 . 3 minit bacaan

Bukan Hanya Banyak Makan, 5 Perkara Ini Juga Jadi Punca Utama Anda Cepat Gemuk!

Terdapat 5 tabiat yang sering menjadi penyebab badan gemuk. 5 perkara inilah yang sering membuat kita jadi cepat gemuk tanpa kita sedari!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 13/11/2020 . 3 minit bacaan

Ingin Bersenam Bukan Hanya Untuk Sihat, Tapi Juga Nak Hilangkan Berat? Ini Senaman Yang Sesuai

Ingin bersenam untuk kesihatan dan hilangkan berat badan? Petua berikut boleh menjaga kesihatan dan membantu mendapatkan ukuran pinggang yang anda hajati!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 13/11/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

tidur berlebihan

AWAS, Ada 7 Bahaya Jika Terlebih Tidur, Boleh Sampai Hilang Nyawa!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan
kerap kencing

Sering Buang Air Kecil Bukan Hanya Sebab Pundi Kencing Aktif, Ada 6 Lagi Punca Lain!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 25/11/2020 . 3 minit bacaan
hidung mancung

Ada Tip Nak Bagi Hidung Mancung, Caranya Lakukan Senaman, Berkesan Atau Sekadar Harapan Palsu?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 24/11/2020 . 3 minit bacaan
sakit senggugut wanita

Bersenam Boleh Kurangkan Sakit Senggugut- Fakta @ Auta? Ini Jawapan Kajian!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 20/11/2020 . 3 minit bacaan