Definisi
Apa itu Sindrom Metabolik?
Sindrom metabolik adalah nama bagi sekumpulan faktor risiko yang berlaku serentak dan meningkatkan peluang bagi mereka yanh menghidapi penyakit jantung, strok dan diabetes jenis 2.
Apakah kebarangkalian Sindrom Metabolik?
Keadaan kesihatan ini sangat biasa berlaku. Ia boleh terjadi pada semua peringkat umur dan boleh diatasi dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berjumpa doktor anda untuk maklumat lanjut.
Simptom-simptom
Apakah simptom-simptom Sindrom Metabolik?
Kebanyakan faktor risiko metabolik tidak mempunyai tanda atau simptom walaupun garis pinggang yang besar adalah petanda yang ketara.
Sesetengah individu mempunyai simptom paras gula tinggi dalam darah, jika diabetes – terutamanya diabetes jenis 2 – ada. Simptom-simptom gula tinggi dalam darah termasuklah kerap dahaga, kerap kencing, terutamanya pada waktu malam; lesu (keletihan); dan kabur pandangan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen