Nak Cabut Bulu Hidung Jangan Terus Tarik Saja, BAHAYA! Ada Kaedah Lebih Selamat, Cuba Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 23/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Semua orang yang hidup di muka bumi ini lahir dengan rambut dalam ruang nasal – dikenali sebagai bulu hidung.

Kewujudannya mempunyai fungsi tersendiri yang tertentu namun mungkin masih belum ramai mengetahui mengenai rambut ini.

Pun begitu, keberadaannya juga mungkin akan menampilkan imej yang serabai dan serabut lebih-lebih lagi jika ia terlalu banyak.

Persoalannya, bagaimana untuk buang bulu hidung yang mungkin sangat mengganggu ini? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi!

Kenapa bulu hidung wujud?

Sebelum pergi dengan lebih lanjut, rambut ini adalah satu bahagian pada tubuh badan yang wujud dalam lubang hidung setiap individu.

Ia sebenarnya berfungsi sebagai salah satu sistem pertahanan tubuh badan manusia untuk menghalang bendasing daripada masuk.

Antara bendasing yang sangat berbahaya adalah habuk, debu dan serangga kecil kerana ia muat untuk masuk ke dalam hidung.

Sekiranya bendasing yang dinyatakan ini berjaya memasuki rongga hidung, maka kalian berisiko mendapat jangkitan dan alahan.

Selain itu, kalian juga perlu tahu bahawa ia wujud untuk memastikan atau mengekalkan kelembapan udara yang masuk dan keluar bagi tujuan pernafasan.

Ini kerana udara yang terlalu kering akan membuat hingus dan kahak terhasil selain meningkatkan risiko lubang hidung tercedera lalu berdarah.

hidung tersumbat

Meskipun kewujudannya banyak fungsi, kadangkala ia mungkin akan tampak serabai dan serabut!

Ini terutamanya jika bulu hidung itu terlalu banyak, panjang dan terkeluar dari hidung bukan?

Buang bulu hidung itu selamat atau tidak?

Sebelum membuangnya, maka adalah wajar untuk soalan yang sangat penting ini dijawab terlebih dahulu.

Jawapan mudahnya adalah ya, perbuatan membuang bulu hidung ini adalah selamat selagi ia dilakukan dengan etika dan cara yang betul.

Anda juga masih perlu ingat bahawa rambut ini berfungsi mengelakkan bendasing daripada masuk lantas mengurangkan risiko jangkitan dan alahan.

Jadi ia masih perlu wujud dalam kuantiti yang mungkin tidak begitu banyak namun mencukupi untuk bertindak sebagai penapis atau pelindung.

Jika tidak berwaspada, akan berlaku beberapa komplikasi jika rambut dalam hidung ini dibuang termasuklah:

  • Kesakitan pada rongga dalam hidung
  • Kerosakan membran mukus dalam hidung
  • Rambut tumbuh ke dalam
  • Tinggi risiko bendasing masuk ke dalam salur pernafasan

Kesimpulannya, tidak salah untuk kalian buang bulu hidung namun ia perlu dilakukan dengan cermat!

Ini cara yang berkesan buang bulu hidung!

Ramai yang sangat gemar mencabut rambut dalam hidung ini kerana ia adalah satu kaedah yang paling mudah dan cepat untuk dilakukan.

Namun ketahuilah bahawa kaedah ini mungkin agak berbahaya kerana ia bukan sahaja menyakitkan malah meningkatkan risiko ia tercabut dengan terlalu banyak.

Oleh itu, anda mungkin boleh cuba kaedah lain seperti berikut:

#1. Memangkas bulu hidung

sakit hidung

Kadangkala, anda tidak perlu untuk mencabut namun hanya perlu memangkas rambut yang terdapat di dalam rongga nasal.

Caranya senang sahaja iaitu dengan menggunakan gunting kecil yang juga boleh digunakan untuk memangkas rambut di kawasan muka yang lain.

Sebaiknya, sila gunakan gunting yang mempunyai muncung tidak tajam agar ia tidak akan mencederakan kulit anda lantas mengakibatkan kecederaan.

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh dipraktikkan:

  • Berdiri di depan cermin
  • Hembus hidung untuk mengeluarkan mukus yang keras
  • Pegang gunting dengan cermat dan dongakkan kepala
  • Gunting hujung bulu hidung jauh daripada kulit
  • Hembus hidung untuk mengeluarkan sisa bulu yang tertinggal
  • Jangan pangkas kesemuanya dan hanya fokus kepada yang jelas sahaja

Jika tidak selesa dengan gunting, anda juga boleh gunakan pemangkas jenis eletrik yang mungkin sedikit mahal namun lebih cepat dan mudah!

#2. Kaedah waxing atau plucking

Dalam kebanyakan kes, dua kaedah ini adalah tidak digalakkan kerana ia mungkin akan menyebabkan rambut tumbuh ke dalam dan mencederakan kulit.

Jika masih mahu melakukannya, gunakan produk yang telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan baca label dengan teliti sebelum guna.

Apa yang menarik mengenai kaedah ini adalah kerana ia akan membuat rambut dalam hidung anda kekal seperti mana yang telah dibuang sebelum itu.

hidung mancung

#3. Rawatan laser

Akhir sekali, ada satu lagi kaedah yang mungkin memerlukan kos yang agak tinggi iaitu rawatan laser.

Pun begitu, kaedah ini mungkin agak kontroversi kerana ia boleh mencederakan membran mukus di dalam kaviti nasal meskipun hasilnya adalah agak baik.

Jika kalian bercadang untuk melakukannya, tolong pastikan anda berkunjung ke klinik yang telah disahkan bertauliah dan kredibiliti mereka terlebih dahulu.

Konklusinya, bulu hidung memang boleh tampak serabai dan serabut jika tidak diuruskan dengan baik terutamanya apabila ia terkeluar daripada landasannya.

Namun itu tidak bermakna kalian perlu terus mencabutnya ya? Gunakanlah kaedah-kaedah berkesan yang kami telah nyatakan di atas ini!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Rimas Dengan Bulu Kemaluan? Jangan Cukur Dulu, Ada Manfaatnya Pada Kesihatan

Pernah terfikir kenapa anda ada bulu kemaluan? Macam tiada fungsi saja, bukan? Namun sebenarnya, rambut pada bahagian sulit ada manfaat kesihatan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 16/06/2020 . 3 minit bacaan

Takut Pergi Salun Masa PKP? Relaks, Ini 5 Cara Betul Rapikan Rambut DIY Di Rumah!

Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bahawa kedai gunting rambut boleh mula beroperasi pada pkp fasa 3 ini. Namun, adakah ia selamat untuk pergi?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Coronavirus, COVID-19 16/04/2020 . 3 minit bacaan

Umur Masih Muda Tapi Uban Makin Penuh Atas Kepala, Adakah Ia Disebabkan Stres?

Ada yang pernah mengatakan, rambut beruban tumbuh disebabkan oleh seseorang itu banyak berfikir. Bagaimana jika kami katakan ia disebabkan oleh stres?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Ghairah Tengok Benda Seksi Sebab Hidung Berdarah? Ini Jawapan SEBENAR Anda Perlu Tahu

Kalau dalam kartun, punca hidung berdarah adalah kerana berfikiran yang bukan-bukan tentang seks. Benarkah perkara ini atau ada punca lain ia terjadi?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 01/03/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

hidung tersumbat

Ada Masalah Hidung Tersumbat? Tak Perlu Cari Ubat Lain, Pakar Kata Ia Boleh Sembuh Dengan Seks!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 23/08/2020 . 3 minit bacaan
apa itu ent

9 Isu Utama Berkaitan Kesihatan Telinga, Hidung & Tekak (ENT), #8 Paling Biasa!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 15/07/2020 . 3 minit bacaan
bagaimana hingus terhasil

Rahsia Di Sebalik 7 Warna Hingus, Kalau Hitam Kena Jumpa Doktor Segera!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan
rambut lanugo

AWAS Jika Tubuh Bayi Baru Lahir Ditumbuhi Rambut Halus, Ada Yang Bahaya Tau!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 07/07/2020 . 3 minit bacaan