Sakit Tekak Sebab Demam? Hati-hati Ini Mungkin Sebenarnya Disebabkan Alahan!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Adakah anda mengalami sakit tekak berpanjangan?

Cuba tanya diri anda sendiri, sudah berapa lama anda mengalami sakit tekak?

2 hari? 2 minggu? Atau lebih teruk lagi, 2 bulan?

Sebenarnya, terlalu banyak perkara yang boleh menyebabkan sakit tekak. Tetapi, sakit tekak selalunya berlaku hanya selama beberapa hari, bukannya berlarutan selama berbulan-bulan!

Jika anda mengalami gejala sakit tekak berpanjangan, anda mungkin sebenarnya sedang mengalami tindak balas alergi.

Sakit tekak simptom biasa demam dan alergi

sakit tekak berpanjangan

Sakit tekak merupakan salah satu simptom demam dan reaksi semua jadi badan terhadap alergi.

Ketika anda mengalami sakit tekak atau gatal tekak, anda mungkin juga mengalami simptom lain seperti hidung berair, batuk atau kerap bersin.

Jika anda mengalami semua simptom ini pada jangka masa yang pendek, jangan risau, anda mungkin mengalami demam biasa.

Tetapi, jika simptom ini diikuti dengan rasa gatal-gatal ataupun sakit mata dan berlaku dalam tempoh masa yang panjang, anda mungkin sedang mengalami reaksi alergi.

Selalunya, alergi tidak akan sembuh dalam masa yang singkat. Simptomnya akan kekal sehinggalah alergen itu tidak lagi berada dalam tubuh badan anda.

Apa itu alergi?

Alergi ialah tindak balas negatif badan kepada sesuatu bahan tertentu. Selalunya, bahan ini merupakan bahan biasa yang tidak menimbulkan iritasi atau kesan alahan kepada orang lain.

Ada pelbagai bahan yang boleh menjadi alergen. Sebagai contoh, anda boleh alah kepada habuk, debunga, kulapuk, makanan, dan binatang seperti kucing, anjing ataupun lipas.

Semua bahan ini boleh memicu tindak balas alergi.

Anda akan kerap bersin, mata berair dan rasa gatal tekak.

Selalunya, seseorang itu akan mengalami alahan jika keluarganya juga mengalami alahan yang sama. Berbeza dengan demam, alahan tidak boleh berjangkit kepada orang lain.

Demam atau alahan, bagaimana hendak bezakan?

Pertama sekali, anda perlu tahu simptom-simptom utama demam.

Demam selesema selalunya berlaku selama 3-14 hari diikuti simptom seperti suhu badan yang tinggi, sakit kepala, sakit badan dan rasa penat atau letih yang amat sangat.

Tetapi, simptom alahan pula boleh berkekalan selama berminggu-minggu. Reaksi kepada alergi boleh berlangsung selama mana anda terdedah kepada alergen tersebut.

Walaupun simptom alergi dan demam kadangkala sukar untuk dibezakan, namun masih ada beberapa simptom yang ekslusif kepada demam dan alahan sahaja.

Sakit mata, nafas berbunyi dan gatal-gatal ataupun ruam pada kulit merupakan simptom alahan.

Sakit dada, sakit badan, demam dan kepenatan merupakan simptom untuk demam selesema biasa.

Cuba cari perbezaan antara simptom yang anda alami untuk kenal pasti sama ada anda demam atau sedang mengalami alahan.

Walau bagaimanapun, jika anda tidak pasti tentang punca gatal tekak yang anda alami, berjumpalah dengan pakar untuk mendapatkan nasihat dan rawatan yang sewajarnya.

Anda mungkin berminat untuk membaca:

Rawatan untuk demam dan alergi

Demam biasa akan beransur-ansur pulih jika anda mendapatkan rehat yang mencukupi. Ubat demam yang dijual di farmasi juga boleh digunakan untuk merawat demam.

Tetapi, alergi tidak akan pulih selagi anda tidak dapat mengenal pasti punca sebenar alahan anda.

Oleh itu, perkara terbaik yang anda boleh lakukan adalah dengan berjumpa doktor untuk merawat penyakit yang sedang anda alami.

Jangan cuba diagnosis diri anda sendiri ya! Setiap individu mempunyai simptom alahan yang berbeza-beza.

Walaupun anda mungkin menghadapi alergi yang sederhana, ada sesetengah kes alergi yang boleh menyebabkan anaphylaxis – satu kondisi berbahaya yang boleh membawa maut.

Jika anda sudahpun mengenal pasti punca anda terkena alahan, cuba untuk jauhkan diri anda daripada menyentuh bahan tersebut.

Anda mengalami sakit tekak berpanjangan? Cuba tip ini untuk kurangkan keradangan

gatal tekak

Langkah yang terbaik untuk mengelakkan alergi adalah dengan cara mengelakkan diri daripada bersentuhan secara fizikal dengan alergen tersebut.

Jika anda alah kepada habuk, debunga ataupun kulapuk, cuba pastikan tempat tinggal anda bersih daripada habuk dan debu.

Tutup tingkap dan tinggal di dalam rumah jika keadaan luar rumah penuh dengan alergen.

Selain itu, anda juga boleh cuba beberapa cara mudah untuk mengurangkan rasa sakit tekak.

Amalkan minum air suam untuk melegakan kesakitan. Minum air juga amat digalakkan untuk pesakit sakit tekak kerana tekak kering akan menyebabkan sakit menjadi lebih teruk.

Elakkan minum minuman bergas ataupun mengandungi kafein. Kafein boleh menyebabkan kerongkong anda menjadi gatal.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ketiak Rasa Gatal Dan Sakit? Awas, Ini Mungkin Gara-Gara Deodoran!

Adakah anda rasa ketiak gatal dan sakit setelah memakai deodoran? Mungkin anda sebenarnya sedang mengalami tindak balas alahan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 18/09/2020 . 3 minit bacaan

Jaga-Jaga Penghidap Asma & Alahan, Cuaca Juga Boleh Buatkan Anda Diserang Alergi!

Alahan dan asma boleh menyerang ketika cuaca sejuk atau panas. Jika anda alami sakit hidung seakan-akan reaksi alahan, cepat jumpa doktor ya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Keadaan Alergi/Autoimun, Pusat Kesihatan 20/08/2020 . 3 minit bacaan

Bukan Setakat Makanan, Minuman Pun Kena Jaga Bila Sakit Tekak! Terutamanya Yang Ini…

Siapa yang ada masa untuk sakit tekak bukan? Bolehkah penderita minum pelbagai jenis minuman kopi? Jom klik untuk tahu dengan lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, Pusat Kesihatan 14/08/2020 . 3 minit bacaan

Guna Alat Penyembur Hidung Untuk Elak Alahan? Sebelum Spray, Pastikan Anda Tahu Jenis Yang Sesuai!

Jika anda ingin gunakan alat semburan hidung, pastikan anda kenal pasti gejala dan jenis alergi, serta gunakannya bersama alat yang bersesuaian.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Keadaan Alergi/Autoimun, Pusat Kesihatan 12/08/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

alahan sperma hamil

Wanita Alergik Sperma Lelaki, Boleh Hamil? Ia Bergantung Kepada Aspek Ini…

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 23/11/2020 . 3 minit bacaan
alergi kopi

Pedih Ulu Hati Tanda Anda Sensitif Terhadap Kafein, Ini Tak Sama Dengan Alergi Kopi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 09/11/2020 . 3 minit bacaan
mata bengkak

Mata Bengkak Selepas Bangun Tidur? Mungkin Kerana Alahan Atau Boleh Jadi Juga Sebab 9 Perkara Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 06/10/2020 . 3 minit bacaan
gatal tapak tangan

Selalu Gatal Tapak Tangan, Apa Puncanya? Bukan Bermaksud Dapat Duit Ya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan