Tak Boleh Makan Nasi? Percaya Atau Tidak, 10% Orang Asia Sebenarnya Alergi Terhadap Nasi!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Nasi merupakan makanan ruji rakyat Malaysia. Kita makan nasi pada waktu pagi, petang dan juga malam. Namun, tatkala kita menyuap nasi ke dalam mulut, pernahkah terfikir ada insan di luar sana yang menghidap reaksi alergi terhadap nasi?

Tahukah anda, walaupun orang Asia merupakan pemakan nasi yang terbesar di dunia, namun hampir 10% daripadanya mengalami alergi terhadap nasi!

Nasi ataupun nama saintifiknya Oryza sativa merupakan makanan popular yang dimakan oleh penduduk di seluruh dunia. 

Selalunya, individu yang mengalami reaksi alergi semasa makan nasi akan mengalami satu keadaan yang dikenali sebagai contact urticaria.

Contact urticaria merupakan satu tindak balas yang menyebabkan kulit menjadi kemerah-merahan dan membengkak sejurus sahaja individu tersebut mengalami sentuhan dengan bahan yang menyebabkan mereka mengalami reaksi alergi. 

Reaksi alergi disebabkan nasi

alergi nasi

Selama ini, nasi dikenali sebagai satu bahan yang jarang menyebabkan reaksi alergi. 

Walau bagaimanapun, sejak tahun 1990, kes alahan terhadap nasi dilihat mengalami peningkatan di negara Jepun. Alergi nasi merupakan sesuatu yang jarang berlaku di Eropah ataupun di Amerika Syarikat. 

Di Korea, sebuah laporan menyatakan bahawa daripada 240 orang kanak-kanak, 33 daripada mereka mempunyai alergi ini. Jumlah ini merupakan sesuatu yang merisaukan. 

Di Jepun, keadaan ini telah menjadi satu isu yang besar sehinggakan mereka bertindak mengeluarkan beras yang bersifat hypoallergenic (kurang mencetuskan reaksi alergi) untuk kegunaan penduduknya.

Namun, apa sebenarnya yang menyebabkan mereka ini mempunyai alergi terhadap nasi?

Salah satunya adalah disebabkan oleh sejenis protein atau globulin yang boleh ditemui di dalam tunas embrio nasi.

Globulin ini merupakan salah satu punca alergen yang bertanggungjawab ke atas reaksi alergi yang dialami oleh sesetengah orang. 

Sebuah lagi kajian melaporkan bahawa albumin yang mempunyai garis protein dalam lingkungan 14-16 kDa juga boleh mencetuskan reaksi alergi dalam kalangan mereka yang alami alergi nasi. 

Walaupun alergen yang terkandung di dalam nasi berkurangan setelah dipanaskan, tapi kajian mendapati alergen ini tahan panas dan tidak mudah melerai. 

Oleh itu, masih ramai yang tetap mengalami alahan terhadap nasi walaupun nasi tersebut telah dimasak

Elak makanan berunsurkan nasi

alergi nasi

Walaupun makanan tersebut tidak berupa nasi, ia mungkin mengandungi nasi sebagai salah satu bahan utamanya. Sebagai contoh, nasi mungkin terkandung di dalam granola bar ataupun bijirin sarapan.

Selain itu, makanan yang mempunyai label bebas gluten ataupun gluten free mungkin mempunyai bahan yang berasaskan beras.

Selalunya roti yang bebas gluten diperbuat daripada tepung beras

Sama seperti mee, puding dan biskut, anda perlu memastikan bahan-bahannya bebas daripada bahan berasaskan nasi untuk elakkan reaksi alahan.

Alergi yang paling lazim berlaku ialah alergi terhadap nasi putih. Alergi terhadap nasi putih lebih sukar untuk dikawal kerana di Malaysia, nasi putih ada di mana-mana dan digunakan di dalam pelbagai jenis produk. 

Malah, banyak juga produk makanan lain yang mungkin menggunakan nasi sebagai bahan utama. 

Oleh itu, jika anda mempunyai alergi terhadap nasi, pastikan anda sentiasa berhati-hati dengan apa yang anda makan. Sentiasa bertanya kepada pelayan tentang hidangan yang anda ingin beli jika anda makan di luar.

Anda mungkin berminat:

Adakah alergi terhadap nasi boleh dirawat?

Selalunya, pesakit yang menghidap alergi ini ketika kecil akan mengalami reaksi yang berkurangan apabila mereka meningkat umur.

Namun, masih ada sebilangan individu yang masih mengalami alahan ini walaupun mereka sudah berusia.

Jika anda mengalami gatal-gatal pada kawasan kulit, doktor mungkin akan memberi preskripsi ubat antihistamines untuk merawat simptom yang berkaitan dengan kulit anda. 

Selain itu, jika anda mengalami asma akibat debunga yang berasal daripada beras, anda mungkin boleh menerima inhaler yang mengandungi corticosteroid bagi mengurangkan simptom yang dialami.

Simptom ringan yang anda alami disebabkan alergi makanan selalunya akan hilang dengan sendirinya.

Walau bagaimanapun, simptom alergi boleh menjadi teruk. Jika anda mengalami reaksi alergi yang amat teruk ataupun anaphylaxis, anda mungkin perlukan suntikan epinephrine.

Kesimpulan

alergi nasi

Individu yang mengalami reaksi alergi ini perlu elakkan diri daripada makan ataupun menyentuh sebarang makanan berunsurkan nasi.

Selain itu, ruam yang disebabkan oleh alahan nasi selalunya akan hilang apabila bahan tersebut tidak lagi menyentuh kulit. Jika boleh, gunakan sarung tangan jika anda terpaksa menyentuh beras ataupun nasi.

Jika anda mengalami reaksi alergi terhadap nasi, anda perlu berjumpa dengan doktor dalam masa yang terdekat.

Doktor akan lakukan ujian skin prick test untuk menentukan alergi anda. Untuk mengenal pasti alergi tersebut dengan lebih tepat, doktor mungkin akan mencadangkan ujian RAST bagi mengesahkan alergi yang anda alami.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Artikel lain untuk anda

alergi nikel

Kulit Gatal Sebab Jam Tangan, Gelang Atau Cincin? Mungkin Anda Mempunyai Alergi Nikel!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
jenis alergi

Guna Alat Penyembur Hidung Untuk Elak Alahan? Sebelum Spray, Pastikan Anda Tahu Jenis Yang Sesuai!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 12/08/2020 . 3 minit bacaan