Penggunaan Vasodilator (Pengendur Saluran Darah) dalam Rawatan Hipertensi

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Bila kita bercakap mengenai rawatan hipertensi, anda mungkin biasa mendengar beberapa jenis ubat tertentu. Kali ini, artikel ini akan memberi anda beberapa maklumat berguna mengenai Vasodilator – sejenis ubatan tambahan.

Contoh Vasodilator

Vasodilator adalah sekumpulan ubat yang termasuk hydralazine hydrocholoride (apresoline), dan minoxidil (loniten).

Mengapakah Vasodilator digunakan?

Vasodilator, atau pengendur saluran darah, boleh dipreskripsikan untuk mencegah masalah perubatan tertentu, termasuklah:

  • Tekanan darah tinggi.
  • Preeklampsia atau eklampsia (tekanan darah tinggi semasa kehamilan atau bersalin).
  • Hipertensi pulmonari (tekanan darah tinggi yang menjejaskan saluran darah dalam paru-paru).
  • Kegagalan jantung (jantung tidak mengepam darah sepertimana keadaan yang biasa).

Bagaimanakah Vasodilator berfungsi?

Vasodilator mengendurkan dinding pada arteri dan vena, menghalang mereka daripada menyempit dan mengetat. Ini membantu pembesaran salur darah. Hasilnya, darah dapat mengalir lebih mudah dan tekanan dapat dikurangkan. Vasodilator boleh digunakan apabila ubat-ubatan lain semata-mata, tidak dapat mengawal tekanan darah.

Vasodilator berfungsi secara langsung pada dinding salur darah.

Kemungkinan kesan sampingan dari Vasodilator

Seperti ubat lain, Vasodilator mempunyai kesan sampingan. Kesan sampingan ini boleh berkisar sekitar dari tahap ringan hingga kesan sampingan yang teruk serta memerlukan pemerhatian dari doktor.

Kesan sampingan yang biasa dari Vasodilator termasuklah:

  • Hydralazine boleh menyebabkan sakit kepala, degupan jantung yang abnormal, bengkak di sekeliling mata, atau sakit pada sendi.
  • Minoxidil boleh menyebabkan pengumpulan cecair (berat badan anda boleh meningkat dengan ketara) dan pertumbuhan rambut serta bulu yang berlebihan.
  • Kesan sampingan yang lain termasuk masalah pernafasan, mual, muntah, sakit dada, atau kemerahan.

Walau bagaimanapun, kebanyakan kesan sampingan adalah ringan dan boleh hilang selepas beberapa hari. Oleh itu, adalah dicadangkan agar anda tidak berhenti mengambil ubat walaupun anda melihat tanda-tanda ini. Sekiranya kesan sampingan ini menjadi lebih serius, anda dinasihatkan supaya menghubungi doktor anda secepat mungkin.

Vasodilator boleh digunakan untuk membantu ubat lain dalam rawatan untuk tekanan darah tinggi. Biasanya, mereka bukanlah ubatan barisan pertama. Walaupun kemungkinan Vasodilator dapat menyebabkan beberapa kesan sampingan seperti sakit kepala atau sakit sendi, anda tidak sepatutnya berhenti mengambilnya sebelum berunding dengan doktor anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Artikel lain untuk anda

    Micardis

    Micardis

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Fariha Zakaria
    Diterbitkan pada 31/05/2018 . 5 minit bacaan
    Covapril

    Covapril

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Fariha Zakaria
    Diterbitkan pada 31/05/2018 . 4 minit bacaan
    Twynsta

    Twynsta

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Akalili Sukor
    Diterbitkan pada 23/05/2018 . 5 minit bacaan