Pasangan Berkahwin Dikatakan Kurang Risiko Tekanan Darah Tinggi, Tapi Mengapa?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 17/06/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Fakta ini mungkin sedikit berbeza dengan apa yang selalu diperkatakan oleh sesetengah pihak bahawa berkahwin menyebabkan lebih banyak tekanan.

Oleh itu, macam-macam penyakit boleh datang. Itu adalah apa yang mereka dakwa.

Walau bagaimanapun, menurut kajian yang dimuatkan di dalam National Center for Biotechnology Information (NCBI), ia menunjukkan sebaliknya.

Kajian yang bertajuk Factors Affecting Hypertension among the Malaysian Elderly ini mengatakan bahawa kes hipertensi lebih tinggi dalam kalangan bujang iaitu 48% manakala 42% dalam kalangan yang sudah berkahwin, dengan sampel lebih 2000 orang.

Bagaimana ia boleh berlaku?

Jika dilihat dengan teliti, banyak faktor yang boleh menjadi penyebab kepada dapatan kajian tersebut.

Antaranya adalah orang yang berkahwin mempunyai kadar hormon stres kortisol yang lebih rendah berbanding bujang atau bercerai.

Hormon ini, dalam jangka masa panjang, berpotensi meningkatkan tekanan darah. Sokongan sosial yang berlaku antara pasangan mungkin menyumbang kepada keadaan ini.

Selain itu, pasangan berkahwin cenderung mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. Tanggungjawab yang bertambah serta peranan sebagai ibu dan bapa menjadikan mereka lebih berdisiplin dan berhati-hati dalam membuat keputusan sebelum mengambil kira ahli keluarganya.

Contohnya, jika ingin membeli rokok, mereka akan lebih berkira-kira dengan wang yang ingin digunakan serta kesan kesihatan yang mungkin terpalit kepada pasangan dan anak-anaknya.

Malah, ada kajian yang menemui bahawa pasangan berkahwin lebih mudah berhenti merokok.

Pasangan berkahwin juga secara amnya lebih sihat berbanding orang lain. Ada beberapa kajian yang menemui bahawa golongan ini lebih berkemungkinan untuk berjaya melawan kanser dan kurang risiko serangan jantung serta strok.

Menariknya, lelaki dilihat lebih banyak mendapat manfaat dalam perkahwinan berbanding wanita. Ini adalah kerana golongan wanita lebih terdedah kepada penganiyaan dan lebih terkesan dengan konflik rumah tangga.

Namun, mungkin juga boleh berlaku di mana bukan perkahwinan yang menggalakkan kesihatan. Sebaliknya, orang yang lebih sihat dan berharta serta berpendidikan cenderung untuk berkahwin.

Itu semua hanyalah fakta dan nombor daripada beberapa dapatan kajian. Setiap orang adalah berbeza dengan pelbagai pengaruh di dalam kehidupan sekelilingnya.

Selain sosial dan demografi, banyak lagi faktor-faktor lain yang menyumbang kepada tekanan darah tinggi.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    9 Faktor Ini Punca Ibu Terdedah Kepada Kehamilan Berisiko Tinggi, No. 3 Kena Jaga-Jaga

    Kehamilan berisiko tinggi dialami ibu mengandung mungkin berpunca daripada masalah kesihatan yang dihidapi sebelum, semasa atau selepas melahirkan anak.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Cubaan Hamil, Kehamilan 28/08/2020 . 3 minit bacaan

    Ibu Hamil, Jaga Berat Badan Jangan Sampai Obes! Risiko Bukan Hanya Pada Anda, Tapi Juga Bayi

    Obesiti dan masalah berat badan berlebihan dalam kalangan wanita hamil menjadi salah satu masalah kesihatan kaum Hawa yang paling penting.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kehamilan, Penjagaan Ibu 20/08/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Beli Mesin Tekanan Darah Tapi Tak Tau Yang Mana OK? Ini 5 Panduan Pilih Dengan Tepat

    Sebelum membeli mesin tekanan darah, anda patut tahu apakah ciri yang perlu diperhatikan sebelum membeli alat tekanan darah tersebut. Ini panduannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Hipertensi, Pusat Kesihatan 19/08/2020 . 3 minit bacaan

    Minum Air Rendaman Kapal Terbang Boleh Rawat Kencing Manis? Jangan Buat BAHAYA!

    Ada yang mendakwa, daun kapal terbang boleh ubati kencing manis. Namun, tidak ramai yang sedar, air rendaman daun pokok kapal terbang boleh sebabkan kanser.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan Sihat 18/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    mi segera

    Layan Betul Makan Mi Segera Sambil Tonton Drama Korea, Tapi AWAS, Bahaya Untuk Kesihatan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 04/01/2021 . 3 minit bacaan
    hikmah perkahwinan

    Ini Sebab Mengapa Lelaki Kena Kahwin, Bukan Untuk Nafsu Saja, Tapi Ada Kaitan Dengan Kesihatan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 31/12/2020 . 3 minit bacaan
    susu kultur

    Selalu Cirit-birit? Cuba Minum Susu Kultur, Ada 9 Kebaikan, Termasuk Kepada Ibu Hamil

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 05/11/2020 . 3 minit bacaan
    emosi ibu mengandung

    BAHAYA Ibu Hamil STRES, Boleh Bersalin Bayi Pramatang, Si Manja Pula Berdepan Risiko Sakit

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 03/11/2020 . 3 minit bacaan