Bagaimana Untuk Melawan Prehipertensi

Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Artikel ini ditulis dengan kerjasama Naluri.   

Anda mungkin pernah mendengar mengenai hipertensi, tetapi tidak ramai yang mengetahui berkenaan prehipertensi. Memiliki prehipertensi bermakna anda berkemungkinan akan memiliki hipertensi jika anda tidak mengubah gaya hidup anda. Ini biasanya berlaku jika bacaan tekanan darah anda mempunyai bilangan teratas secara konsisten sekitar antara 120 hingga 139 mmHg, atau nombor bawah anda secara konsisten sekitar antara 80 hingga 89 mmHg.

Namun, menyedari keadaan anda mungkin tidak menggambarkan kepada amalan hidup yang sihat. Ramai orang menyedari pilihan gaya hidup yang sihat tetapi masih gagal untuk memulakan perubahan. Kekurangan motivasi dalaman dan maklumat yang banyak boleh menjadi faktor penyumbang. Oleh itu, kami telah merumuskan cara yang mudah untuk anda mengingati langkah-langkah asas untuk menangani prehipertensi melalui kategori Fitness, Food and Fun.

Fitness (Kecergasan)

Berat badan berlebihan meningkatkan risiko mengalami prehipertensi. Kajian telah menunjukkan bahawa dengan beberapa usaha penurunan berat badan, prehipertensi dapat dikurangkan sebanyak 20% di kalangan individu yang berlebihan berat badan.

Mempunyai gaya hidup aktif bukan sahaja membantu anda mengurangkan berat badan tetapi juga membantu anda mengurangkan prehipertensi. Penemuan menunjukkan bahawa jika anda mempunyai tekanan darah tinggi, walaupun dengan hanya 30 minit berjalan kaki dalam kebanyakan hari dalam seminggu dapat membantu mengurangkan tekanan darah anda dengan kira-kira 5 hingga 8 mm Hg. Tetapi anda mestilah konsisten dalam usaha kecergasan anda untuk melihat hasil yang terbaik.

Food (Makanan)

Kurangkan pengambilan garam dalam pemakanan dengan mengurangkan makanan terproses serta menggunakan herba atau rempah sebagai ganti garam untuk menambahkan rasa dalam makanan. Catatan pemakanan juga membantu untuk memantau rutin pemakanan anda. Ini membantu anda untuk lebih bertanggungjawab dan membuat kawalan terhadap pengambilan makanan anda. Pastikan anda membaca label makanan dan mengikut pelan pemakanan sihat anda walaupun anda makan di luar.

Mengamalkan diet yang kaya dengan bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran dan produk tenusu yang rendah lemak tepu. Meningkatkan jumlah kalium atau potassium dalam pengambilan makanan anda juga boleh membantu mengurangkan prehipertensi.

Walau bagaimanapun, perkara ini kadangkala akan menjadi satu cabaran untuk melaksanakannya. Oleh itu, mulakan secara beransur-ansur dan konsisten. Jika anda tidak biasa makan sayur-sayuran dalam kuantiti yang banyak, tingkatkan jumlah pengambilannya dengan satu sudu. Sekiranya anda tidak biasa mengambil buah-buahan, tambah buah-buahan yang kaya dengan potassium dalam diet anda sekali seminggu seperti memakan buah pisang yang dicelupkan ke dalam dark chocolate pada hujung minggu. Kedua-dua makanan ini dikatakan membantu mengurangkan hipertensi.

Fun (Keseronokan)

Emosi yang kita alami dikaitkan dengan kesihatan kita melalui kitaran yang kasar. Semakin banyak ketakutan dan kemarahan yang kita ada, semakin tinggi risiko untuk mempunyai prehipertensi dan begitu juga sebaliknya. Kajian telah menunjukkan bahawa emosi seperti kemarahan dan kecemasan boleh meningkatkan tekanan darah kepada tahap yang berbeza. Stres dapat meningkatkan hormon stres seperti kortisol dan epinephrine dan dalam jangka masa panjang, dapat meningkatkan kemungkinan memiliki kadar tekanan darah yang tinggi.

Luangkan masa setiap hari untuk berseronok dengan rutin ‘me time‘ dan ‘self care‘. Ketawa, kebahagiaan dan rasa humor telah ditemui untuk mengurangkan hormon stres, mengurangkan keradangan arteri dan meningkatkan HDL, “kolesterol” yang baik, menurut American Heart Association (AHA). Menonton rancangan yang positif dan lucu sama ada di tv atau di internet juga boleh membantu anda,.

Lebih fleksibel dalam pemikiran anda. Orang-orang yang rigid dalam pemikiran mereka kadangkala mendapati diri mereka mudah tertekan apabila jangkaan mereka tidak sepadan dengan realiti mereka. Ubah harapan anda untuk menyesuaikan diri dengan realiti semasa anda. Tips yang perlu diingat adalah, walaupun terdapat beberapa aspek dalam kehidupan yang kita mungkin tidak selalu mempunyai kawalan keatasnya, kita masih boleh  mengawal bagaimana kita memilih untuk bertindak balas kepada aspek tersebut.

Kesihatan fizikal kita sangat berkaitan dengan kesihatan mental dan emosi dan begitu juga sebaliknya. Oleh itu, utamakan masa untuk penjagaan diri adalah salah satu pelaburan yang paling penting yang dapat anda lakukan dalam kehidupan dengan pulangan yang sihat sehingga tidak ada jumlah yang dapat dibeli.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy

    DARI PAKAR Pamilia Lourdunathan

    Mengatasi Keadaan Setelah Jantung Terhenti

    Artikel ini ditulis dengan kerjasama Naluri. Lebih daripada 320,000 kes jantung terhenti berlaku di luar hospital setiap tahun di Amerika Syarikat. Jantung terhenti dipicu oleh kerosakan elektrik di bahagian jantung ...

    Ditulis oleh Pamilia Lourdunathan
    jantung terhenti

    Diabetes: Menguruskan Emosi Anda

    Artikel ini ditulis dengan kerjasama Naluri. Kajian telah menunjukkan bahawa individu yang mempunyai diabetes mempunyai risiko kemurungan yang lebih tinggi berbanding populasi normal. Masalah diabetes dan masalah ...

    Ditulis oleh Pamilia Lourdunathan
    emosi

    Diabetes: Adakah Anda Bersedia Untuk Mengubah Tabiat Anda?

    Artikel ini ditulis dengan kerjasama Naluri. Dianggarkan bahawa sekitar 350 juta individu di seluruh dunia telah didiagnosis menderita diabetes. Berjuta-juta orang lain mungkin tidak didiagnosis memandangkan setiap ...

    Ditulis oleh Pamilia Lourdunathan
    diabetes

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Minum Air Rendaman Kapal Terbang Boleh Rawat Kencing Manis? Jangan Buat BAHAYA!

    Ada yang mendakwa, daun kapal terbang boleh ubati kencing manis. Namun, tidak ramai yang sedar, air rendaman daun pokok kapal terbang boleh sebabkan kanser.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 18/08/2020 . 3 minit bacaan

    Klasifikasi Hipertensi- Ini Cara Nak Tahu Tahap Keterukan Tekanan Darah Tinggi

    Hipertensi terbahagi kepada beberapa tahap. Pengelasan ini dibuat berdasarkan kepada nilai tekanan darah. Jika lebih nilai normal, ia mungkin darah tinggi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Hipertensi, Pusat Kesihatan 15/05/2020 . 3 minit bacaan

    Bahana Ibu Hamil Tidur Berdengkur, Bukan Saja Tingkat Risiko Pre-Eklampsia, Tapi Juga Bersalin C-zer

    Berdengkur 1 perkara biasa. Tetapi jika anda tidur berdengkur semasa hamil, ia mungkin petanda masalah gangguan tidur. Ada risiko perlu anda ambil tahu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 07/05/2020 . 3 minit bacaan

    Kaum Adam, Ini Senarai LENGKAP 21 Pemeriksaan Kesihatan & Vaksin Perlu Buat!

    Bukan wanita sahaja yang perlu kerap berjumpa doktor, orang lelaki juga perlu melakukan pemeriksaan kesihatan dan mengambil imunisasi badan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 14/04/2020 . 5 minit bacaan