Komplikasi Kencing Manis yang Patut Anda Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Penghidap kencing manis kebiasaannya akan lebih berdisiplin dalam memilih pemakanan bagi mengawal pengambilan gula. Diabetis atau kencing manis ini adalah salah satu penyakit kronik yang ditakuti oleh kebanyakan orang kerana ia mempunyai banyak komplikasi yang bakal dihidapi oleh penghidapnya. Namun, apakah komplikasi kencing manis jika pengambilan makanan bergula tidak dikawal? 

Komplikasi kencing manis jangka pendek

i) Hiperglisemia

Hiperglisemia atau gula tinggi dalam darah dalam tempoh yang panjang boleh menyebabkan kerosakan saraf dan organ tubuh. Ia terjadi sekiranya pesakit tidak mengambil langkah pencegahan untuk mengurangkan tahap gula dalam darah seperti suntikan insulin. Hiperglisemua adalah keadaan yang serius dan memerlukan rawatan perubatan segera.

ii) Hipoglisemia

Dalam beberapa kes, penghidap diabetes melakukan kawalan yang salah dan berlebihan sehingga tahap glukosa dalam darah menjadi terlalu rendah. Melambatkan waktu makan dan bersenam serta pengambilan ubat diabetes atau suntikan insulin boleh menyebabkan hipoglisemia. Kawalan gula dalam darah dan rundingan bersama doktor boleh mengelakkan pesakit mengalami hipoglisemia ini.

iii) Ketoasidosis

Ketoasidosis adalah komplikasi penyakit kencing manis yang terjadi apabila tubuh tidak mampu menggunakan glukosa atau gula dalam darah sebagai tenaga kerana kekurangan insulin. Ketika sel-sel tubuh kekurangan tenaga, ia akan menggunakan lemak cadangan sebagai tenaga. Semasa rantaian lemak terganggu, terbentuklah keton (racun) dalam tubuh. Keadaan ini boleh menyebakan kesukaran bernafas, sakit perut terlampau dan dehidrasi.

Komplikasi kencing manis jangka panjang

Sumber grafik daripada Pinterest

i) Kerosakan mata

Kadar gula yang turun naik pada peringkat awal menyebabkan masalah keseimbangan cecair dalam kanta. Ini boleh menyebabkan mata menjadi kabur dan lama kelamaan kanta akan rosak, iaitu menjadi katarak mata. Pada masa sama saraf juga boleh rosak. Kedua-dua keadaan ini boleh menyebabkan buta.

ii) Masalah kulit dan kaki

Pesakit kencing manis sangat mudah mengalami masalah kaki. Kerosakan pada saraf dan saluran darah akan mengehadkan alirah darah ke bahagian kaki. Gatal-gatal kecil pada kaki dan kulit mudah menjadi jangkitan luka yang sangat teruk. Tanpa penjagaan yang serius, luka akan semakin membesar dan sekiranya semakin teruk bahagian itu mesti dipotong supaya jangkitan tidak terus merebak.

iii) Mati pucuk dan risiko mandul

Akibat pengaliran darah yang perlahan dan juga kerosakan saraf, fungsi alat sulit lelaki yang menghidap kencing manis boleh menurun dan menyebabkan mati pucuk.

iv) Buah pinggang

Gula yang tinggi juga boleh merosakkan sel buah pinggang dan menyebabkan buah pinggang terpaksa bekerja lebih. Biasanya, pesakit akan dipantau sama ada buah pinggang mereka masih dalam keadaan baik atau sebaliknya.

v) Masalah jantung

Penghidap kencing manis berisiko terkena masalah jantung. Penyelidik mengatakan bahawa risiko serangan jantung pada penghidap kencing manis adalah sama dengan mereka yang pernah mengalami serangan jantung. Beberapa masalah pada jantung dan penyempitan pembuluh darah yang berkait dengan diabetes adalah:

Oleh sebab itu, penghidap kencing manis perlu melakukan pemeriksaan kadar gula dalam darah secara rutin, menjaga gaya hidup dan pemakanan bagi mengurangkan risiko komplikasi.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Dialisis, Rawatan Untuk Pesakit Buah Pinggang Yang Berkos Tinggi, Ada Alternatif Lain Ke?

    Mungkin ramai sudah tahu tentang apa itu dialisis namun belum arif tentang siapa yang perlu buat rawatan ini bukan? Jom klik untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Urologi, Penyakit Buah Pinggang 05/10/2020 . 3 minit bacaan

    Tidak Semestinya Sakit Jantung Perlu Dibedah, Ada Cara Lain Untuk Rawat Penyakit Ini

    Ramai yang sangka bahawa rawatan penyakit jantung adalah melalui pembedahan sahaja. Pun begitu, ada beberapa lagi cara lain yang mungkin boleh dicuba!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Pusat Kesihatan, Penyakit Jantung 01/10/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Masalah Botak Dan Rambut Beruban? Jaga-jaga! Anda Mungkin Menghidap Sakit Jantung

    Sakit jantung adalah keadaan kesihatan yang menakutkan. Tabiat merokok, obesiti dan penyakit kronik boleh menyumbang kepada risiko penyakit jantung.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Bukan Sahaja ‘Apa’, Penderita Kencing Manis Juga Kena Prihatin Dengan ‘Bila’ Anda Makan!

    Mungkin ramai yang ada kencing manis jenis 2 namun tidak tahu tip untuk mengawalnya bukan? Jadi jom klik artikel ini untuk baca dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kencing Manis, Diabetes Jenis 2 21/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    bahan masakan

    Nak Makanan Sedap Tapi Perlu Kawal Gula, Lemak? Pesakit Diabetes Boleh Guna 13 Bahan Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
    diabetes

    Membongkar 4 Mitos Tentang Terapi Insulin

    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
    penjagaan diri

    Ini 5 Perkara Yang Mesti Pesakit Diabetes Lakukan Setiap Masa, Setiap Hari! Jangan Lalai

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 14/10/2020 . 4 minit bacaan
    bahaya diabetes

    Bahayanya Diabetes, Bukan Menyerang Jantung Atau Ginjal Sahaja, Malah Organ Lain Juga!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 13/10/2020 . 5 minit bacaan