Risiko Kencing Manis Tinggi Dalam Kalangan Orang Asia

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 23/06/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Ramai orang tahu perihal kencing manis. Ia merupakan penyakit kronik yang dikaitkan dengan kandungan gula tinggi dalam darah menyebabkan individu mengalami simptom seperti kehausan, kerap kencing dan kelesuan. Walau bagaimanapun serius ke kencing manis ni? Ada mereka yang beranggapan bahawa kencing manis merupakan perkara biasa yang dialami oleh golongan tua. 

Kata-kata seperti “Biasalah tu, dah tua” bagaikan zikir yang diucapkan oleh/ kepada mereka yang didiagnosis dengan kencing manis. Apa kata anda? Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

Trend kencing manis menjelang 2025 di Malaysia

Malaysia merupakan negara yang mempunyai bilangan pesakit kencing manis tertinggi di rantau Asia. Pada tahun 2019, menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, 3.6 juta rakyat Malaysia telah didiagnosis dengan penyakit tersebut. Jumlah ini dijangkakan meningkat menjelang tahun 2025 kepada 7 juta individu.

Peningkatan kepada anggaran jumlah tersebut melihat kepada beberapa faktor seperti insiden masalah obesiti dan berat badan berlebihan dalam kalangan rakyat Malaysia serta gaya hidup yang tidak aktif. 

Masalah ini kian meruncing memandangkan mereka yang didiagnosis dengan kencing manis memerlukan rawatan jangka masa panjang yang menelan kos yang besar. Ia boleh mempengaruhi jumlah perbelanjaan negara, kualiti hidup rakyat secara menyeluruh dan peningkatan kepada insiden kecacatan kekal berikutan amputasi kaki yang terpaksa dilakukan bagi membendung masalah ini.

Malaysia mempunyai sistem kesihatan yang dianggap sebagai terbaik di dunia. Kerajaan membelanjakan berbilion ringgit dalam menyediakan subsidi rawatan kesihatan di klinik dan hospital kerajaan bagi memastikan hak individu untuk mendapatkan rawatan tidak terbatas dek kekangan kewangan.

Namun, dari segi kesembuhan dan pengawalan simptom, ia bergantung kepada pesakit tersebut. Tanpa kepatuhan terhadap ubat atau pelan pemakanan yang diberikan, keadaan pesakit akan terus menjadi bertambah buruk sehingga berlakunya komplikasi yang boleh mengancam nyawa.

Risiko dua kali ganda buat orang Asia dan Hispanik di Amerika

Salah satu daripada faktor risiko penting untuk seorang individu itu mendapat masalah kencing manis adalah obesiti. Ia merupakan satu masalah kronik yang berpunca daripada pengambilan jumlah kalori secara berlebihan bersama dengan pengamalan gaya hidup tidak aktif.

Di Amerika Syarikat, kajian yang dijalankan oleh Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) telah mendapati bahawa, mereka yang berketurunan Asia dan Hispanik mempunyai risiko dua kali ganda lebih tinggi untuk mendapat kencing manis.

Kencing manis dianggap sebagai pembunuh dalam diam. Majoriti mereka yang mempunyai masalah tersebut tidak tahu menahu akan hal itu menyebabkan proses penyakit berlarutan hingga ia menjadi semakin teruk. Menurut CDC, seramai 1.4 juta kes kencing manis didiagnosis di Amerika Syarikat setiap tahun.

Apa yang lebih membimbangkan adalah dianggarkan 8.1 juta individu di Amerika tidak tahu berkenaan dengan status masalah kencing manis mereka. Ini merupakan satu perkara yang perlu diatasi memandangkan 90% daripada individu yang menghidap kencing manis jenis 2 boleh diubati dengan perubahan gaya hidup.

Buat masa sekarang, populasi Asia, Hispanik dan Latin yang tinggal di Amerika merangkumi 23% daripada jumlah populasi umum. Jumlah tersebut dianggarkan meningkat menjelang 2060 kepada 38 peratus. Ini bermakna, tanpa langkah pencegahan yang berkesan, kita bakal menyaksikan peningkatan insiden kencing manis di Amerika.

Kelainan pada nilai BMI bagi orang Asia di serata dunia

Jika anda sedar, risiko untuk mendapat penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kencing manis meningkat apabila nilai jisim berat badan (BMI) individu berada pada paras yang tidak normal. Mengapa penulis katakan paras yang tidak normal dan bukan tinggi?

Ini disebabkan oleh pelbagai jenis kajian telah menunjukkan peningkatan pada insiden penyakit kronik jika BMI individu berada di bawah paras normal (masalah kurang berat badan). Nilai ideal berada di antara 18.5 hingga 24.9 kg/m2. Namun tahukah anda, nilai tersebut tidak boleh diguna pakai dalam populasi orang Asia?

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat tiga faktor yang menjadi sumber kepada perubahan nilai BMI bagi orang Asia.

  • Peningkatan pada prevalens kencing manis jenis 2 dan penyakit kardiovaskular dalam kalangan orang Asia yang mempunyai BMI di bawah 25 kg/m2
  • Terdapat bukti kajian yang menunjukkan bahawa kaitan di antara BMI, peratusan lemak badan dan distribusi lemak badan berbeza antara populasi. Orang Asia yang mempunyai BMI 24 kg/mmempunyai peratusan lemak badan yang lebih tinggi berbanding dengan populasi Eropah pada nilai BMI yang sama
  • Terdapat banyak cubaan bagi menyelaraskan nilai BMI penduduk populasi spesifik dengan nilai BMI yang ditetapkan oleh WHO. Ini jelas menunjukkan keperluan untuk menetapkan nilai BMI bagi populasi yang berbeza

Walaupun jelas menunjukkan bahawa nilai BMI orang Asia berlainan berbanding dengan populasi lain, namun kebanyakan maklumat yang diberikan kepada populasi umum menggunakan nilai BMI yang tidak bersesuaian. 

Akibatnya, majoriti individu Asia menggunakan 25.0 kg/m2 sebagai tanda aras bagi BMI normal walhal bagi populasi Asia, nilai tersebut sepatutnya berada pada tanda aras 22.9 kg/m2. Ambil tahu berkenaan dengan perkara ini dan nilai BMI boleh digunakan untuk mengetahui risiko seseorang mendapat penyakit kronik.

Obesiti dan kencing manis

Obesiti adalah faktor risiko utama bagi kebanyakan penyakit kronik dan kanser tertentu. Pengambilan kalori berlebihan ditambah lagi dengan gaya hidup tidak aktif merupakan punca utama yang sukar dibendung dalam usaha untuk mewujudkan masyarakat yang sihat.

Secara teorinya, apabila sel mempunyai terlalu banyak sumber tenaga glukosa untuk diproses, signal bagi mengurangkan reseptor insulin pada permukaan sel akan terbentuk. Ini merupakan asas kepada terbentuknya permasalahan berkaitan dengan kerintangan insulin.

Mereka yang didiagnosis dengan kencing manis pada tahap awal kebiasaannya tidak memerlukan ubat untuk mengawal kadar gula dalam darah. Apa yang perlu adalah perubahan corak pemakanan dan mengamalkan gaya hidup sihat melalui senaman, tidur yang mencukupi dan penjagaan kesihatan mental.

Malaysia bukan sahaja negara yang mempunyai pesakit diabetes tertinggi, ia juga digelar negara tergemuk di rantau Asia. Tidak pelik jika difikirkan secara logik, negara yang mempunyai kadar obesiti tertinggi kebiasaannya memegang rekod pesakit diabetes tertinggi pada masa yang sama.

Oleh sebab orang Asia sangat terdedah untuk mendapat penyakit kencing manis, saringan awal perlu dilakukan terutamanya bagi mereka yang mempunyai faktor risiko tertentu. Di Malaysia, bagi individu yang tidak mempunyai faktor risiko, mereka perlu menjalani ujian saringan kencing manis seawal usia 30 tahun.

Konklusi

Kencing manis bukanlah satu penyakit kronik yang boleh dipandang ringan. Komplikasinya boleh mempengaruhi kualiti hidup individu dan menyebabkan kecacatan kekal. Amalkan gaya hidup sihat dan anda akan terhindar daripada penyakit ini. Jika anda mempunyai risiko atau mengalami simptom seperti kerap kencing, kerap terasa haus dan lesu, dapatkan khidmat nasihat kesihatan daripada doktor anda sekarang.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bukan Sahaja ‘Apa’, Penderita Kencing Manis Juga Kena Prihatin Dengan ‘Bila’ Anda Makan!

    Mungkin ramai yang ada kencing manis jenis 2 namun tidak tahu tip untuk mengawalnya bukan? Jadi jom klik artikel ini untuk baca dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kencing Manis, Diabetes Jenis 2 21/09/2020 . 3 minit bacaan

    Pssttt… Rahsia Untuk Kurangkan Risiko Dapat Diabetes Jenis 2, Amalkan Pengambilan Serat!

    Serat yang diperoleh daripada makanan seperti sayuran mempunyai banyak manfaat. Salah satu manfaat serat ialah kurangkan risiko diabetes jenis 2!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Luka Lambat Sembuh? Hati-hati, Ia Mungkin Tanda Anda Menghidap Kencing Manis!

    Anda alami luka tetapi sudah berminggu-minggu masih belum baik? Luka lambat sembuh tersebut mungkin tanda bahawa anda alami luka kencing manis!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 10/09/2020 . 3 minit bacaan

    Pesakit Diabetes Tak Boleh Makan Lobak Merah Sebab Manis, Betul Ke?

    Pasti ramai yang tidak tahu khasiat lobak merah bukan? Selain baik untuk mata, sayur ini juga bagus untuk individu yang mempunyai diabetes.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 03/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    diabetes

    Membongkar 4 Mitos Tentang Terapi Insulin

    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
    maksud obesiti

    Individu Obes Tak Sama Dengan Golongan Lebih Berat Badan! Jangan Silap Nilai Orang

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 15/10/2020 . 3 minit bacaan
    penjagaan diri

    Ini 5 Perkara Yang Mesti Pesakit Diabetes Lakukan Setiap Masa, Setiap Hari! Jangan Lalai

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 14/10/2020 . 4 minit bacaan
    apa itu dialisis

    Dialisis, Rawatan Untuk Pesakit Buah Pinggang Yang Berkos Tinggi, Ada Alternatif Lain Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 05/10/2020 . 3 minit bacaan