backup og meta

Makan Banyak Tapi Tak Berak? Cuba 5 Suplemen Ni untuk Perut Lebih Selesa!

Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.

Sistem penghadaman yang sihat adalah asas kepada kesihatan keseluruhan tubuh badan. Bila penghadaman terganggu, macam-macam masalah boleh timbul; dari perut memulas, berak tak lawas, rasa lesu, sehinggalah ketidakseimbangan nutrien dalam badan.

Sempena World Digestive Day pada 29 Mei, inilah masanya untuk beri perhatian lebih kepada usus dan perut kita.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

Berak tak lawas: mengapa perlu jaga kesihatan penghadaman?

Sistem penghadaman bukan sekadar memproses makanan, tetapi juga menyerap zat penting dan menyokong sistem imun badan. 

Apabila sistem ni tak berfungsi dengan baik, anda mungkin tertanya-tanya kenapa tak boleh berak walaupun sudah minum air banyak, makan serat, atau rasa seperti perut telah penuh. 

Ada juga yang alami kenapa perut rasa memulas tapi bila ke tandas, tiada apa yang keluar. 

berak tak lawas
5 jenis makanan untuk elak sembelit.

Kadangkala, makan banyak tapi tak berak pun boleh jadi tanda sistem penghadaman perlukan bantuan.

Berita baiknya, ada pelbagai suplemen yang terbukti secara saintifik boleh membantu melancarkan sistem penghadaman. 

Berikut adalah lima suplemen pilihan yang boleh anda cuba.

5 jenis suplemen bantu tingkatkan kesihatan sistem penghadaman dan isu berak tak lawas

Bagi anda mencari solusi bagi masalah berkaitan penghadaman, atau sekadar mahu meningkatkan tahap kesihatan sistem pencernaan tubuh, boleh pertimbangkan lima jenis suplemen ini:

#1. Bonguard Probiotic & Prebiotic Capsule

Suplemen ini menggabungkan probiotik dan prebiotik yang bertindak menjaga kesihatan usus. 

Ia membantu melawan bakteria jahat, menyokong penyerapan nutrien, dan menjadikan pembuangan lebih lawas. 

Bagi anda yang sering mengalami berak tak lawas, produk ini boleh membantu melegakan ketidakselesaan perut dan mengembalikan keseimbangan bakteria baik dalam sistem pencernaan.

#2. Envora Biome Probiotic Shapez

Selain menyokong kesihatan usus, Envora Biome turut membantu pengurusan berat badan melalui ekstrak White Kidney Bean yang mengurangkan penyerapan karbohidrat. 

Ia sesuai untuk anda yang mengalami makan banyak tapi tak berak, kerana kandungannya menyokong penghadaman yang lebih efisien dan menyeluruh.

#3. Timo Super Fiber With Cordyceps

Timo Super Fiber mengandungi campuran serat tumbuhan, prebiotik dan makanan beralkali yang menyokong detoksifikasi dan kesihatan kolon. 

Jika anda tertanya-tanya kenapa perut rasa memulas tapi susah nak buang air besar, produk ini boleh membantu kerana ia mempercepatkan pergerakan usus dan melancarkan pembuangan.

#4. Abbott SURBEX Nutri-Fiber

Mengandungi Nutriose® iaitu serat larut semula jadi daripada gandum, suplemen ini membantu menggalakkan pergerakan usus yang lebih teratur. 

Ia sesuai dicampur ke dalam minuman atau makanan harian. 

Bagi mereka yang mengalami berak tak lawas, pengambilan serat seperti ini boleh membantu melembutkan najis dan memudahkan proses buang air besar.

#5. Life Space Adult Broad Spectrum Probiotic

Mengandungi 15 strain bakteria baik, probiotik ini menyokong keseimbangan mikrobiota dalam usus

Ia bukan sahaja membantu dalam penghadaman dan penyerapan nutrien, tetapi juga mengurangkan ketidakselesaan perut selepas mengambil antibiotik. 

Untuk mereka yang selalu mengalami makan banyak tapi tak berak, probiotik spektrum luas ini boleh membantu mengembalikan keseimbangan semula jadi flora usus anda.

Kesimpulan

Kesihatan usus yang baik memberi kesan langsung kepada kehidupan seharian. 

Jika anda sering tertanya-tanya kenapa tak boleh berak, rasa tidak selesa selepas makan, atau perut memulas tanpa hasil, ini mungkin petanda sistem penghadaman anda memerlukan bantuan. 

Menerusi pengambilan suplemen yang sesuai, anda boleh mengembalikan keselesaan usus dan menjalani hari dengan lebih lancar. 

Sempena World Digestive Day ini, berilah perhatian pada tubuh anda bila berak tak lawas. Jika usus sentiasa sihat, hidup pun lebih tenang.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Constipation: Causes and Prevention Tips. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/constipation-causes-and-prevention-tips. Diakses pada Mei 19, 2025. 

Constipation. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/constipation/symptoms-causes/syc-20354253. Diakses pada Mei 19, 2025.

Constipation. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/4059-constipation. Diakses pada Mei 19, 2025.

Tips for Preventing Constipation. https://www.eatright.org/health/health-conditions/digestive-and-gastrointestinal/tips-for-preventing-constipation. Diakses pada Mei 19, 2025.

How to Prevent and Treat Constipation. https://www.nm.org/healthbeat/healthy-tips/How-to-Prevent-and-Treat-Constipation. Diakses pada Mei 19, 2025.

Versi Terbaru

19/05/2025

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Susah Buang Air Besar, Boleh Dapatkan Ubat Sembelit Dewasa Di Farmasi Sekarang!

Cari Petua Untuk Mudah Buang Air Besar? Amalkan 7 Jenis Makanan Rawat Sembelit!


Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor · · · Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Dikemas kini 19/05/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan