backup og meta

Penghidap Asid Refluks Boleh Minum Kopi Ke? Kalau Ada Tanda Macam Ni, Jangan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 16/08/2023

    Penghidap Asid Refluks Boleh Minum Kopi Ke? Kalau Ada Tanda Macam Ni, Jangan!

    Kebanyakan doktor menyarankan individu yang mempunyai masalah asid refluks untuk mengelakkan minuman berkafein. Apakah kaitan di antara kedua-duanya? Ikuti penjelasan ini!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Sistem Penghadaman, anda boleh klik di sini.

    Memahami mengenai masalah asid refluks

    Asid refluks atau dikenali sebagai penyakit refluks gastroesophageal (GERD) adalah penyakit pencernaan kronik.

    Ia adalah keadaan di mana asid perut akan mengalir dan naik kembali ke bahagian esofagus – saluran yang menghubungkan mulut ke perut.

    Situasi asid perut yang telah naik kembali itu boleh merengsakan esofagus dan menyebabkan pedih ulu hati

    Pedih ulu hati adalah sensasi terbakar yang boleh berlaku pada mana-mana bahagian tengah perut hingga sekitar kerongkong. 

    masalah asid refluks

    Antara simptom lain masalah asid refluks adalah seperti:

  • Alami masalah nafas berbau
  • Sakit pada bahagian dada atau perut atas
  • Rasa loya dan muntah
  • Kesukaran atau kesakitan untuk menelan
  • Gigi sensitif
  • Masalah dengan pernafasan
  • Rasa tidak sedap dalam mulut
  • Batuk yang mengganggu aktiviti harian
  • Sekiranya mengalami gejala di atas, ia bermakna anda mengalami penyakit refluks gastroesophageal.

    Ini bermakna asid refluks yang berlaku boleh menjejaskan kehidupan seharian dan mungkin merosakkan saluran esofagus anda. AWAS!

    Tetapi mengapakah minuman yang mengandung kafein tinggi tidak digalakkan pengambilannya?

    Minuman berkafein vs individu dengan masalah asid refluks

    Adakah kesemua mereka yang menghidap GERD tidak boleh langsung mengambil minuman seperti teh atau kopi?

    Sesetengah individu melaporkan bahawa beberapa makanan dan minuman, seperti kopi dan teh, boleh mencetuskan atau memburukkan lagi gejala GERD

    Biasanya, doktor dan profesional kesihatan akan mengesyorkan agar individu yang mempunyai masalah asid refluks mengehadkan atau mengelakkan pengambilan minuman sebegini.

    Walau bagaimanapun, daripada bukti saintifik, ini adalah 1 keadaan yang tidak jelas – sama ada semua individu menghidap GERD harus mengelakkan kopi dan teh.

    minuman berkafein

    Berdasarkan kajian analisis yang dijalankan pada tahun 2013 mengenai kesan kopi pada pesakit GERD, pengambilan kopi sering tidak digalakkan pada individu dengan asid refluks.

    Walaupun begitu, hanya terdapat sedikit bukti yang mengaitkan antara penggunaan kopi dan kejadian GERD.

    Ini bermakna, bagi individu tertentu dengan GERD mengatakan bahawa minuman berkafein memburukkan lagi gejala masalah asid refluks mereka.

    Manakala ada sebilangan pesakit yang lain pula mendapati bahawa minuman ini  tidak mempengaruhi simptom mereka.

    Kesan minuman berkafein terhadap GERD

    Kesan kafein pada GERD tidak begitu jelas.

    Walaupun , hanya ada sedikit bukti saintifik yang menyokong. Namun kebanyakan profesional kesihatan menyatakan bahawa kafein berisiko memburukkan simptom refluks.

    Ini kerana minuman berkafein adalah berasid dan boleh memburukkan lagi penyakit refluks gastroesophageal yang dialami.

    Pun begitu, jika seseorang mendapati bahawa kafein memburukkan lagi gejala GERD mereka, masih ada pilihan alternatif kepada kopi dan teh berkafein.

    Antara pilihan alternatif itu termasuklah:

    • Minuman teh herba atau buah
    • Minuman kopi tanpa kafein

    Perubahan gaya hidup dan diet pemakanan

    Selain kafein, ada beberapa makanan dan minuman lain yang cenderung memburukkan simptom masalah asid refluks.

    Beberapa pencetus biasa termasuk:

    • Coklat 
    • Pudina 
    • Tomato dan produk tomato 
    • Makanan pedas
    • Makanan berasid
    • Makanan berlemak
    • Minuman beralkohol

    Walau bagaimanapun, sama seperti minuman sebegini, hanya terdapat sedikit bukti saintifik menunjukkan hubung kait yang kuat antara senarai pencetus di atas dan simptom asid refluks.

    Bagi sesetengah individu, mungkin akan mendapat manfaat daripada penyingkiran senarai makanan dan minuman tersebut. Manakala bagi yang lain, mungkin sebaliknya.

    Ini kerana setiap penghidap GERD mempunyai pencetus yang berbeza dan kerana itulah penting untuk mengenal pasti makanan yang berisiko mencetuskan simptom asid refluks

    minuman berkafein

    Menurut garis panduan pengurusan GERD, penyelidikan menunjukkan bahawa intervensi gaya hidup yang berbeza mungkin boleh mengurangkan gejala, seperti:

    • Penurunan berat badan, bagi individu yang mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti
    • Meninggikan paras kepala ketika tidur sebanyak 6-8 inci dengan menggunakan bantal
    • Mengelakkan daripada makan antara tempoh 2 atau 3 jam sebelum tidur

    Kawal pengambilan kafein

    Masalah asid refluks adalah keadaan biasa yang boleh berlaku disebabkan pelbagai gejala. Adakalanya keadaan ini boleh mempengaruhi kualiti hidup seseorang.

    Sekiranya minuman berkafein berkemungkinan boleh memburukkan simptom GERD, penyelesaian terbaik adalah untuk menghindarinya dan melihat sama ada keadaan bertambah baik atau tidak.

    Mencatatkan pengambilan makanan dan minuman dalam sehari boleh membantu pesakit GERD untuk mengenal pasti pencetus atau memburukkan lagi gejala yang dialami.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 16/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan