backup og meta

Tak Larat Asyik Berulang-alik Ke Tandas, Rawat Cirit-birit Di Rumah Dengan 10 Cara Ini!

Tak Larat Asyik Berulang-alik Ke Tandas, Rawat Cirit-birit Di Rumah Dengan 10 Cara Ini!

Masalah cirit-birit adalah keadaan yang boleh terjadi kepada mana-mana individu. Ada kalanya ia boleh sembuh dengan sendiri, namun dalam sesetengah kes, ia memerlukan rawatan. Jom ketahui cara pencegahan cirit birit yang boleh dilakukan di rumah!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

Masalah cirit-birit

Cirit-birit adalah keadaan kesihatan yang kerap berlaku. Walaupun ia adalah masalah biasa, jika tidak dirawat dengan betul, ia boleh membawa kepada pelbagai komplikasi.

Apabila mengalami cirit-birit, ia boleh dirawat dengan ubat-ubatan yang dipreskripsi oleh doktor. Selain itu, terdapat banyak remedi rumah yang boleh membantu mengatasi cirit-birit.

Cara pencegahan cirit birit di rumah

cara pencegahan cirit birit

Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk merawat keadaan berkaitan masalah penghadaman ini.

Antara cara mencegah cirit birit yang boleh dilakukan di rumah ialah:

Menangani dehidrasi

Masalah yang paling biasa bagi cirit-birit adalah dehidrasi. Untuk menguruskannya, anda boleh megikuti langkah-langkah berikut:

  • Selalu mengambil jumlah air yang kecil atau minuman dehidrasi seperti sorbitol.
  • Mula makan makanan ringan apabila anda keadaan menjadi semakin baik. Ingat untuk tidak makan makanan pedas atau buah-buahan.
  • Elakkan mengambil kafein atau alkohol sekurang-kurangnya 48 jam.
  • Elakkan minum susu sekurang-kurangnya 3 hari selepas semua simptom hilang. Keju atau yogurt dengan probiotik boleh diambil sebagai cara mencegah cirit birit.

cara pencegahan cirit birit

Mencari ubat non-preskripsi

Terdapat ubat-ubatan non-preskripsi yang boleh membantu anda melawan cirit-birit. Sila ikut arahan ini dengan berhati-hati:

  • Hanya gunakan ubat cirit-birit non-preskripsi jika anda mengalami cirit-birit lebih daripada 6 jam.
  • Jangan gunakan ubat ini jika anda mengalami cirit-birit berdarah, suhu badan luar biasa (terlalu rendah atau terlalu tinggi) atau simptom penyakit lain.
  • Ikut arahan pada bekas dengan teliti.
  • Berhenti menggunakan ubat-ubatan jika najis menunjukkan tanda-tanda penebalan. Anda tidak mahu untuk mengalami sembelit selepas cirit-birit.

Baca juga:

Ubat-ubatan tersebut termasuk:

1. Campuran penebal. Campuran ini akan menyerap air membuatkan najis menjadi lebih keras.

2. Antidiarrheals antispasmodic. Produk-produk ini akan melambatkan kekejangan usus. Ini adalah bakteria baik yang secara semula jadi di dalam sistem penghadaman. Apabila cirit-birit berlaku, jumlah bakteria ini berkurangan. Menambah bakteria ini akan menyokong dan meningkatkan penghadaman.

Bila saya perlu dapatkan bantuan perubatan?

cara pencegahan cirit birit

Dapatkan bantuan daripada doktor jika:

  • Tanda-tanda dehidrasi
  • Cirit-birit terlalu teruk apabila pesakit membuang air lebih daripada 10 kali dalam 24 jam.
  • Najis hitam atau berdarah.
  • Mangsa mengalami demam.
  • Simptom-simptom menjadi semakin teruk.

Cara pencegahan cirit birit

Keracunan makanan adalah punca yang paling biasa bagi cirit-birit. Sebagai cara pencegahan cirit birit, ikuti langkah berikut:

  • Sediakan makanan di kawasan bebas bakteria.
  • Berhati-hati apabila membeli-belah.
  • Masak makanan pada suhu yang selamat untuk membunuh semua bakteria yang boleh menyebabkan cirit-birit.
  • Ikut arahan mengenai cara menggunakan makanan di dalam bekas.
  • Makan dengan selamat menggunakan segala perkakas bebas daripada faktor-faktor berjangkit.
  • Jangan mengambil makanan apabila anda mengesyaki bahawa ia telah tercemar atau rosak.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Diarrhea. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/4108-diarrhea. Accessed February 28, 2017
  2. Acute Diarrhea in Adults.https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/4108-diarrhea. Accessed February 28, 2017
  3. Diarrhea Signs and Symptoms. https://www.ucsfhealth.org/conditions/diarrhea/symptoms. Accessed February 28, 2017
  4. Diarrheal Diseases – Acute and Chronic.https://gi.org/topics/diarrhea-acute-and-chronic/. Accessed February 28, 2017
  5. Diarrhea. https://kidshealth.org/en/parents/diarrhea.html. Accessed February 28, 2017
  6. Diarrhea. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/diarrhea/diagnosis-treatment/drc-20352246#:~:text=Add%20semisolid%20and%20low%2Dfiber,Ask%20about%20anti%2Ddiarrheal%20medications. Accessed July 17, 2023

 

Versi Terbaru

17/07/2023

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Risau Tengok Anak Muntah & Cirit-Birit Lepas Makan Ubat, Adakah Ia Berbahaya?

Minuman Teh Boleh Jadi Punca @ Penawar Cirit-birit? Atau Mungkin Kedua-duanya Sekali?


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 17/07/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan