backup og meta

Aduh, Sakitnya Buasir! Ini Apa Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Kurangkan Kesakitan!

Aduh, Sakitnya Buasir! Ini Apa Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Kurangkan Kesakitan!

Penyakit buasir adalah satu keadaan yang sangat mengganggu. Meskipun ia tidaklah begitu serius dan bahaya, ia boleh menjejaskan kualiti hidup seseorang. Jika anda pernah mengalaminya, pasti anda faham betapa seksanya menghadapi hari-hari bersama buasir. Jangan bimbang! Terdapat banyak cara rawat buasir.

Persoalannya, berapa lama buasir akan hilang? Kenapa boleh kena buasir? Adakah buasir normal?

Mari lihat apa yang anda boleh lakukan.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Sistem Penghadaman, anda boleh klik di sini.

4 cara merawat buasir

Kenapa boleh kena buasir?

Buasir berlaku apabila salur darah pada kawasan dubur membengkak. Ia boleh berlaku di dalam atau di sekitar kawasan kulit pada permukaan dubur.

3 daripada 4 orang dewasa akan mengalami buasir dari semasa ke semasa. Ada banyak punca buasir, namun dalam kebanyakkan kes, ia tidak dapat dikenal pasti.

Di bawah, kami senaraikan beberapa cara merawat buasir:

1. Tingkatkan pengambilan serat

cara rawat buasir
Serat boleh didapati daripada sayuran.

Antara punca penyakit buasir adalah sembelit. Bercakap tentang sembelit, serat sentiasa menjadi solusi utamanya. Tidak perlu disebut lagi mengapa serat sangat penting dalam mencegah sembelit.

Ia melembutkan najis dan memudahkan pergerakan di dalam usus tanpa perlu meneran secara berlebihan sehingga mendedahkan diri kepada buasir.

Makanan tinggi serat termasuk brokoli, kacang panjang, gandum, makanan bijirin penuh, kekacang dan buah-buahan segar.

Jika anda bukan pengambil serat berkala, mulakan dengan jumlah yang sedikit terlebih dahulu sebelum menambah secara beransur untuk mengelakkan perut kembung dan berangin.

Cara rawat buasir 2: Jangan tunggu lama-lama untuk ke tandas

cara rawat buasir
Jenis dan tahap-tahap buasir.

Apabila datang rasa ingin membuang air besar, jangan tahan terlalu lama.

Terus pergi ke tandas untuk menyelesaikan urusan anda. Menahan terlalu lama akan menambah tekanan di dalam rektum dan anus, seterusnya meningkatkan risiko buasir.

Anda juga boleh cuba tetapkan waktu tertentu ke tandas setiap hari untuk mendapatkan tabiat usus yang teratur. Contohnya, pergi ke tandas setiap kali selepas makan berat.

3. Rawatan topikal

Krim topikal untuk buasir yang mengandungi ubat tahan sakit boleh didapatkan di farmasi berdekatan.

Ia membantu mengurangkan rasa tidak selesa dan memudahkan membuang air buat sementara waktu.

Tip

Anda juga boleh cuba tuam menggunakan ais atau tuala sejuk sebagai cara rawat buasir.

Cara rawat buasir 4: Pembedahan

cara rawat buasir
Gunting untuk pembedahan.

Ini mungkin merupakan pilihan terakhir jika langkah-langkah di atas masih gagal. Terdapat beberapa prosedur pembedahan:

  • Band ligation – buasir terbabit akan diikat dengan sejenis pita pengikat khas. Ini akan membuatkan vena yang bengkak mengecut. Prosedur ini dilakukan selama beberapa sesi.
  • Hemorrhoidectomy – jika teknik pertama gagal, vena tersebut boleh dibuang terus menggunakan kaedah ini. Pembedahan di bawah anestesia umum ini mempunyai peratusan berjaya yang tinggi dan komplikasi yang rendah.
  • Stapler – ini adalah alternatif kepada kaedah hemorrhoidectomy. Sejenis stapler khas digunakan untuk memastikan vena yang bengkak itu kekal di tempatnya dan tidak beralih atau menonjol ke luar dubur.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Hemorrhoids and What to do About Them. https://www.health.harvard.edu/diseases-and-conditions/hemorrhoids_and_what_to_do_about_them. Accessed on November 6, 2022.
  2. Hemorrhoids. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/hemorrhoids/symptoms-causes/syc-20360268. Accessed on November 6, 2022.
  3. Hemorrhoids. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/15120-hemorrhoids. Accessed on November 6, 2022.
  4. Piles (haemorrhoids). https://www.nhs.uk/conditions/piles-haemorrhoids/. Accessed on November 6, 2022.
  5. Hemorrhoids: From basic pathophysiology to clinical management. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3342598/. Accessed on November 6, 2022.

Versi Terbaru

15/05/2024

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Anda Hidap Gastritis, Ini Makanan Yang Boleh & Perlu Elak Terutamanya KOPI!

Muntah Tiba-tiba, Tapi Bukan Sebab Mengandung? Awasi Punca Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 15/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan