Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Penyalahgunaan narkotik adalah keadaan di mana anda terus menggunakan dadah walaupun ia menyakiti anda atau orang lain. Narkotik adalah ubat yang digunakan untuk mengurangkan atau menghilangkan kesakitan yang teruk. Narkotik juga boleh dipanggil opioid. Anda mungkin mengalami masalah berikut yang berterusan atau berulang:
Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Tanda dan simptom penyalahgunaan opioid termasuk:
Jika seseorang menggunakan opioid untuk jangka masa yang panjang, mereka biasanya akan mula dapat kebergantungan dan tolerans fizikal. Seringkali, orang yang menyalahgunakan opioid akan mengambilnya dalam kuantiti yang banyak untuk terus berada dalam keadaan khayal. Sekiranya seseorang berhenti menggunakan opioid selepas mereka bergantung kepada ubat secara fizikal, mereka akan mengalami simptom sarak / gian.
Simptom pemberhentian opioid termasuk:
Simptom pemberhentian dadah opioid tidak berbahaya secara perubatan. Tetapi ia boleh menyakitkan dan keterlaluan, menyumbang kepada penyalahgunaan dadah yang berterusan. Secara umum, keterukan simptom pemberhentian dadah opioid, dan berapa lama simptom ini dialami bergantung kepada ada berapa lama orang itu menyalahgunakan opioid dan kuantiti apa mereka ambil opioid.
Terdapat ubat-ubatan yang boleh diambil dalam pelbagai bentuk dan digunakan untuk mencegah simptom pemberhentian dadah selepas seseorang berhenti menggunakan dadah, iaitu satu proses yang dipanggil penyahtoksikan (detoks). Methadone digunakan secara meluas untuk mengurangkan simptom pemberhentian opiate dan kadangkala ia digunakan untuk jangka masa panjang (dikenali sebagai pengekalan methadone) untuk mencegah kambuh. Buprenorphine (Subutex) adalah alternatif kepada methadone untuk penyahtoksikan akut daripada opiat. Ia kadang-kadang digabungkan dengan naloxone (gabungan yang dipanggil Suboxone) untuk rawatan simptom pemberhentian opiate akut. Pilihan ubat-ubatan lain untuk merawat simptom pemberhentian akut termasuk ubat tekanan darah clonidin. “Detoks cepat” menggunakan naltrexone (ubat yang menghalang reseptor opiate) kadang-kadang dilakukan di bawah anestesia umum di pusat rawatan khas, walaupun pendekatan ini tidak terbukti mempunyai hasil yang lebih baik daripada kaedah detoks yang lebih tradisional.
Selepas pemberhentian dadah selesai, seseorang itu tidak lagi bergantung kepada dadah secara fizikal. Tetapi pergantungan secara psikologi dapat diteruskan. Sesetengah orang dengan ketagihan dadah mungkin mengalami kambuh (relaps) sebagai tindak balas kepada tekanan atau pencetus yang kuat.
Mungkin terdapat beberapa gejala yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang gejala, sila berjumpa dengan doktor anda.
Jika anda mempunyai sebarang tanda atau gejala yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Ia adalah yang terbaik untuk membincangkan dengan doktor anda apa yang terbaik untuk keadaan anda.
Ubat narkotik berfungsi dengan merangsang reseptor opioid dalam sistem saraf pusat dan tisu di sekelilingnya.
Penyalahgunaan narkotik berlaku akibat euforia dan penenang (sedasi) yang dihasilkan dadah tersebut dalam sistem saraf pusat. Orang yang menyalahgunakan heroin secara suntikan intravena menggambarkan kesannya sebagai “kerubut” atau perasaan orgasmik diikuti dengan kegirangan, relaksasi, dan kemudian penenang atau tidur.
Narkotik yang digunakan untuk keadaan perubatan jangka masa yang pendek jarang memerlukan pemisahan kerana menghentikan ubat selepas tempoh yang singkat jarang menimbulkan kesan buruk. Sekiranya keadaan membenarkan, dos untuk orang yang menggunakan narkotik untuk tempoh masa yang lama bagi tujuan perubatan perlahan dikurangkan sedikit demi sedikit selama beberapa minggu untuk mengelakkan gejala pemberhentian dadah. Matlamatnya adalah untuk memisahkan individu tersebut daripada narkotik supaya mereka bebas rasa sakit atau dapat menggunakan analgesik bukan-narkotik.
Terdapat banyak faktor risiko penyalahgunaan narkotik, seperti:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SENTIASA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Diagnosis awal daripada terlebih dos narkotik di jabatan kecemasan dibuat berdasarkan sejarah, tanda-tanda dan simptom-simptom yang dialami oleh pesakit. Hampir semua pesakit yang tidak sedarkan diri diberikan ubat yang dipanggil naloxone (Narcan), yang juga dikenali sebagai antagonis narkotik kerana ia menghalang dan membalikkan kesan narkotik. Selepas resusitasi (pemulihan) awal, opioid mudah dikesan melalui ujian kencing rutin. Maklumat dari rakan dan keluarga atau penunjuk seperti botol pil atau peralatan ubat boleh memberikan petunjuk penting kepada doktor di bahagian kecemasan mengenai penggunaan dan penyalahgunaan dadah seseorang.
Maklumat dari rakan dan keluarga atau penunjuk seperti botol pil atau peralatan ubat boleh memberikan petunjuk penting kepada doktor di bahagian kecemasan mengenai penggunaan dan penyalahgunaan dadah seseorang.
Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen